Langkau ke kandungan utama

PEJUANG ADALAH PENDIDIK DAN PENGHIBUR MANUSIA.

PENERAJU EMPAYAR ADALAH GURU DAN PENGHIBUR.



Pejuang Islam adalah pendidik dan penghibur. Pejuang bukan sahaja pendidik tetapi juga adalah penghibur manusia. Perjuangan yang mendidik manusia mendapatkan iman. Perjuangan yang mendidik membawa khabar berita rahmat kepada semua makhluk Tuhan. Pejuang kebenaran adalah pendidik dan penghibur juga menjadi benteng iman. Begitulah hakikat kedatangan Islam di dunia adalah untuk bawa berita mendidik dan menghiburkan manusia.

Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu mendidik dan menghibur. Penghibur dan pendidik yg paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja2 Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung. Pada kebangkitan pertama para pejuang berjaya menjadi pendidik, penghibur dan penyelamat maka pada kebangkitan Islam yang kedua ini juga sepatutnya para pejuang dan pendakwah menyalin watak yang sama seperti pejuang pada kebangkitan pertama. Menjadi pendidik, penghibur dan penyelamat.


Sistem pendidikan Islam adalah sistem pendidikan yang menghiburkan, bersumber dari Tuhan yang telah mencetak pribadi agung Rasulullah SAW seperti yang baginda sabdakan:
                                   أدبني ربي فأحسن تأديبـي
“Tuhanku telah mendidikku dengan pendidikan yang sangat sempurna”

Salah satu sarana yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW dalam menjalankan tugas Tuhannya ini adalah akhlaq baginda yang sangat luhur dan baginda peribadi insaniah yang tinggi, sehingga Allah swt menyebutnya dengan,
                                       وإنك لعلى خلق عظيم
“Sungguh engkau memiliki akhlaq yang sangat tinggi”

Abuya sebagai guru mursyid kita telah berkongsi ilmu dan panduan yang jelas misinya kepada kita iaitu sebagai pengajar dan pendidik. Allah dan rasul telah telah mendidik jiwa manusia. Sisi terbesar dalam kehidupan Rasulullah mendidik manusia. Tugas besar rasul memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Manusia terus dalam kegelapan dan tidak akan lurus kecuali dengan pengajaran dan pendidikan agama. Melalui pena para cendekiawan dan alim ulama menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kita.

Maksud Firman Tuhan:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus,10:57).


Kejayaan perjuangan dalam mendidik dan menyelamatkan manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhan-Nya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Perjuangan sebenar mendidik dan menyelamatkan manusia daripada Api Neraka bukan mudah. Ini kerana pada manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal,roh dan nafsu). Kejayaan mendidik dan menyelamatkan manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu.

Maksud firman Tuhan:

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At-Tahrim,66:6).


Bagi orang yang bercita-cita menjadi pendidik dan penyelamat, sudah tentu menyelamatkan diri, keluarga dan manusia lain daripada azab neraka. Iman manusia itulah yang hendak diselamatkan. Pemimpin dalam Islam tugas utamanya adalah pendidik dan penyelamat. Pemimpin sudah tentu mempunyai jentera bersamanya untuk mendidik dan menyelamatkan manusia di bawah naungannya.


Semua kaki tangan sebagai jentera pendidik dan penyelamat yang terlibat dalam menyelamatkan manusia mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya: MANUSIA YANG HENDAK DI SELAMATKAN MEMPUNYAI AKAL, JASAD DAN HATI ATAU ROH. Begitulah yang kita menerima ilmunya dari Abuya Ashaari At Tamimi.

Maksud firman Tuhan:

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Jumu'ah 62:2).


Rasul SAW bersabda, "Sesungguhnya aku diutus untuk memberi pengajaran."


Untuk membentuk generasi baru yang memiliki tingkah laku, akhlak yang mulia, syariat dan undang-undang, dan aturan hidup berpandukan Quran dan sunnah, berkasih sayang tanamkan rasa cinta dan takut kepada Tuhan.


Bila bekerja sebagai satu team kita sama-sama bahu membahu bergandingan bila letih dan perlu rehat bersama. Saling mengutamakan orang lain. Tuhan bagi kita rasa mengantuk kita terlebih dahulu berikan bantal supaya team sama berkerja boleh rehat. Ertinya kita telah menghiburkan. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur tidak boleh tidur. Mengantuk menghiburkan. Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan. Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan sahaja.


Maksud Firman Allah: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(Ali Imran,3:190-191).

Maksud Firman Tuhan: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya,21:107). Firman Tuhan: Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (An-naml,27:77).


Tuhan datangkan Rasulullah utk mendidik dan menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tak terhiburkah? Kenapakah ulama hari ini bila menyuruh tentang jihad, mau bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tak ada yg berbuat begitu. Orang bukan Islam jadi takut, orang Islam pun jadi takut.

Jadi hari ini Tuhan minta kepada manusia untuk didik menghiburkan orang. Tuhan datangkan orang2 berjuang utk menghiburkan orang walaupun mereka susah, yg penting orang terhibur. Pada kebangkitan pertama Rasulullah dan para sahabat mereka adalah pejuang ertinya mereka adalah penghibur manusia. Selain beri Tuhan kepada manusia dan menyelamatkan manusia daripada termasuk api Neraka adalah hiburan yang besar.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N