Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA MENJADI INSPIRASI EMPAYAR ISLAM.



( Gibraltar menjadi penghubung antara Afrika Utara dengan Barat).
Islam masuk ke Malaysia melalui pendakwah daripada Gujurat dan Tanah Arab. Malaysia menjadi negara penghubung antara
negara-negara Islam, bahkan jambatan antara Timur dan Barat. Malaysia negara baru
untuk menjadi empayar atas nama Islam. Melayu bangsa baru yang akan menerajui empayar atas nama Islam.
Mengimbau kembali XPDC DAKWAH Abuya ke Spain pada tahun 1986. Ketika disana persatuan mualaf yang dianggotai seramai 10 ribu ahli telah meraikan Abuya dan rombongan.
Abuya ada menulis buku bertajuk, "Barat di ambang maut." Bagi kita melihat secara sekarang Amerika dengan gagahnya menguasai
dunia, kita tentu akan menyalahkan pandangan Abuya. Kerana terlalu awal
Abuya melontarkan pandangannya. Bagi para pengkaji barat mereka membenarkan pandangan Abuya. Ada penulis barat datang kepada Abuya dan melihat model Islam is the way of live yang Abuya cetuskan, terus dia memberikan pandangan, kalau di biarkan model yang Abuya cetuskan ini ia boleh
mempengaruhi bukan sahaja Malaysia bahkan dunia Islam.   
Banyak perkara Malaysia kena belajar dengan sejarah. Negara-negara dan bangsa-
bangsa yang pernah menerajui empayar atas nama Islam. Gibraltar pernah
menjadi penghubung antara Afrika Utara dengan Barat.
Gibraltar menjadi sejarah tempat Panglima Islam Thoriq bin Ziyad mengumpul kan 12 ribu tentera Islam di
Gibraltar berdepan dengan ratusan ribu tentera lawannya.
Pertempuran akhirnya dimenangi oleh pasukan Thoriq bin Ziyad dan Musa bin Nusair. Mereka dapat menguasai dan menawan sampai ke Selatan Perancis. Ertinya ketika itu tiga buah negara sekarang seperti Spain, Portugal dan Perancis dibawah Islam.
Ketika pasukan Thoriq mendekati tentera pasukan
Roderick, lantas dia berdiri
mengadap pasukannya seraya memuji Allah dan berselawat keatas Rasulullah
dan menyeru kepada pasukannya " البحر من وراءكم والعدو أمامكم فاختاروا بينهما شئتم
Ertinya" lautan dibelakang kamu dan musuh dihadapan kamu. Maka pilihlah apakah mati ditelan lautan atau mara
kehadapan berdepan dengan
musuh." Eropah pernah menerajui Empayar atas nama Islam.
Menurut pandangan mereka sendiri.Dalam tempoh 10 tahun, kita semua akan jadi orang Islam kerana kebodohan dan kejahilan diri sendiri. Itali dan Eropah mengamalkan gaya hidup secara orang Asli dan ateis, mereka akan membuat undang-undang menentang tuhan dan mengamalkan tradisi fahaman jahiliah.Kata
Carlo Liberati yang juga merupakan Biskop Emeritus Pompeii mendakwa, selain kejahilan beragama dalam kalangan penduduk, pertambahan imigran beragama Islam ke Eropah juga bakal menjadikan Islam menjadi agama utama di rantau ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...