DI TIMPA SAKIT ADALAH KASIH SAYANG TUHAN.
Manusia tidak boleh lari daripada menderita penyakit tak kiralah penyakit yg kronik atau tidaknya. Kerana terlalu moden, kebanyakan manusia sentiasa meminta bantuan doktor yang merupakan kaedah terbaik untuk menghalang atau mengubati penyakit daripada menular. Sedihnya, bukan sedikit kes dunia perubatan moden sekarang ini yang menyebabkan penyakit bertambah serius malahan mengakibatkan kematian.
Apabila rawatan dunia moden masih lagi tidak berkesan untuk mengubati penyakit, di mana lagi kita hendak mencari perubatan ‘Super Moden’ selain daripada Pencipta kita? InsyaAllah, mukjizat Al-quran adalah penawar yang paling baik dan teknologi moden yang paling hebat sehinga ke hari Kiamat.
Kisah Nabi Ayub AS yang diujikan dengan penyakit kulit yang teruk dan dasyat iaitu dari hujung kepala sehinggalah kehujung kaki adalah sbg contoh terbaik untuk ikutan kita. Baginda dinamai sebagai Nabi yang paling sabar menghadapi penyakit sehingga pada akhirnya yg tinggal pada badannya hanya lidah dan hatinya yg digunakannya untuk berzikir pada Allah.
Nabi Ayub A.S menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bangsa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
“Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya).” (QS. Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan baginda memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah SWT padanya.
"Rasa Bertuhan Setiap Waktu "
Kalau setiap detik dan waktu kita rasa bertuhan
Ke mana kita pergi dan berada rasa itu dibawa bersama
Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita
Terasa di dengar-Nya hingga gerakan hati kita
Ke mana kita pergi dan berada rasa itu dibawa bersama
Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita
Terasa di dengar-Nya hingga gerakan hati kita
Luar dan dalam batin kita diketahui-Nya
Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita
Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya
Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita
Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya
Kalau dia berkata: sakit, sakitlah kita
Jika Dia berkata sihat, sihatlah kita
Bila dia berkata nahas, nahaslah kita
Dia berkata patah, patahlah kita
Jika Dia berkata sihat, sihatlah kita
Bila dia berkata nahas, nahaslah kita
Dia berkata patah, patahlah kita
Begitulah seterusnya Dia berkata pandai, pandailah kita
Hiduplah, matilah berlaku pada kita
Tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa
Apabila takut dengan Tuhan, takut pula dengan dosa.
Hiduplah, matilah berlaku pada kita
Tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa
Apabila takut dengan Tuhan, takut pula dengan dosa.
(Sajak Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi).
Ulasan
Catat Ulasan