Langkau ke kandungan utama

SERIKANDI ISLAM

SERIKANDI ISLAM.



Serikandi Islam dirumah sebagai teman hidup. Membesar dan mendidik anak-anak suaminya.Diluar rumah sebagai kawan yang boleh bergandingan. MerekaMereka bert ke seluruh pelusuk dunia.Disebalik sifat
lemah lembut mereka membahu membantu suami kerja-kerja dirumah. Mendidik dan membesarkan anak-anak.


Serikandi Islam terus mara
dengan merelakan diri mereka dihanyutkan oleh arus kebangkitan Islam sekali lagi. Serikandi terus mara dengan kerja-kerja perjuangan dalam wadah kebenaran kebangkitan Islam. berjuang membela Allah dan Rasul.


Jika di awal tahun 70-an dulu, mungkin mini telekung atau penutupan aurat wanita begitu asing pada masyarakat kita. Kerana zaman itu, perkembangan
Islam belum rancak dan pengamalan Islam amat kurang. Yang bergelar ustazah pun pakai tudung sekerat. Tapi kini perkembangan Islam dan pengamalan Islam makin ketara. Orang Islam semakin berlumba-lumba untuk amalkan Islam apa yang termampu.


Era kebangkitan ini, golongan selebriti pun berlumba-lumba
amalkan syariat Islam. Pakaian tudung untuk menutup aurat perempuan menjadi viral dalam masyarakat. Para artis perempuan pun perkenalkan pelbagai fesyen tudung muslimah yang menutup aurat.


Ketika zaman kebangkitan Islam pertama. Iaitu berlaku ketika pemerintahan Khalifah Umar. Ada seseorang bermaksud menghadap Khalifah Umar bin khattab hendak mengadukan perihal perangai buruk isterinya. Sampai ke rumah yang dituju, orang itu menanti Khalifah Umar ra di depan pintu. Saat itu ia terdengar isteri Saidina Umar mengomel tentang diri Umar, sementara Umar sendiri hanya berdiam diri saja tanpa beraksi.


Orang itu bermaksud balik kembali sambil melangkahkan kaki seraya bergumam, “Kalau keadaan Amirul Mukminin saja begitu, bagaimana halnya dengan diriku.”Bersamaan itu Umar keluar, ketika melihat orang itu hendak kembali, Umar memanggilnya.Umar bertanya, “Apakah Ada keperluan penting?”
Lelaki itu menjawab, “Amirul Mukminin, kedatanganku ini sebenarnya hendak mengadukan perihal isteriku lantaran suka memarahiku.

“Tetapi begitu aku mendengar isterimu sendiri berbuat serupa, maka aku bermaksud kembali.
Dalam hati aku berkata, ‘Kalau keadaan Amirul Mukminin saja diperlakukan isterinya seperti itu, bagaimana halnya dengan diriku?’”


Umar berkata kepada lelaki itu, “Saudara, sesungguhnya aku rela menanggung perlakuan seperti itu dari isteriku karena adanya beberapa hak yang ada padanya. Isteriku bertindak sebagai juru masak makananku. Ia selalu membuatkan roti untukku. Ia selalu mencucikan pakaian-pakaianku. Ia menyusui anak-anakku, padahal semua itu bukan kewajibannya.

Aku cukup tenteram tidak melakukan perkara haram lantaran pelayanan
isteriku. Karena itu aku menerimanya sekalipun dimarahi.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N