Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN FITRAH




PERJUANGAN FITRAH
فِطْرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ.
Iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Ar Room 30:30).


Memperjuangkan Tuhan ertinya kita memperjuangkan
fitrah. Bila kita berdakwah dengan memberikan Tuhan kepada manusia, ertinya 
kita menghidupkan fitrah manusia.
Allah itulah Tuhan sumber kebahagian.Marilah kita
kenali dan cintailah Allah
kerana Allah menyintai kita
cintakan Allah tiada kecewa
beriman kepada Nya dan sembahlah Dia ikuti syariat Nya dan tawakkallah kepada Nya mintalah kepada Nya
berbaik sangkalah kepada Nya itulah penenang jiwa serta ubat jiwa yang lara
nikmat bahagia pasti dirasa.


Semua manusia memburu ketenangan dan kebahagiaan
kerana ia fitrah semulajadi manusia.di manakah ketenangan dan dimana bahagia? pada harta? pangkat dan kuasa? atau pada kecantikkan wanita?
Kalau disitulah kebahagiaan
mengapakah jutawan berpenyakit jiwa? kenapa yang berpangkat pemarah dan beremosi saja?
mengapa yang punya kuasa berkrisis saja? mengapa gila wanita selalu kecewa?


Di mana ketenangan dan dimana kebahagiaan manusia? sudah lama manusia mencari tiada jumpa terumbang ambinglah mereka ditengah kemodenan hidupnya canggih
tapi jiwanya tersisih sedih
manusia kehilangan kebahagiaan, walau sentiasa memburunya yang disangka bahagia itu rupanya mengecewakan! harta pangkat dan kuasa jua wanita semuanya menipunya
manusia kecewa dimana-mana!


Memperjuangkan Tuhan semua manusia boleh terima
Tidak mengira bangsa, negara atau agama. Kerana ia keperluan manusia semua.
Mari kita mengimbau kembali perjuangan fitrah yg
Abuya perkenalkan.


Bagaimana penerimaan Gabenor Chingmai terhadap
perjuangan Abuya. Menurut
Gabenor Chingmai,"Abuya Imam Ashaari At Tamimi  seorang  pemimpin yang cukup kreatif dan berusaha
menggabungkan agama dengan  ekonomi ".


"Abuya bukan sahaja merapatkan hubungan masyarakat di Malaysia malah di negara-negara jiran
(ASEAN)" katanya lagi. ( Virachai Naewboonien :
Gabenor Chingmai ).


Seorang ketua editor akhbar
Tawannue yang terbit di Chingmai Utara Thailand. Beliau masuk Islam ditangan Abuya. Kini namanya Muhammad Anas.Katanya,
"Abuya adalah pemimpin
yang diperlukan oleh Asia.
Cara hidup yang Abuya cetuskan adalah model negara Islam sebenar."


Banyak lagi pandangan yang
diluahkan oleh masyarakat
di pelbagai negara. Ini membuktikan apa yang Abuya perjuangkan boleh diterima oleh fitrah manusia.Inilah yang kita difahamkan ia adalah perjuangan fitrah.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...