Langkau ke kandungan utama

PERKAHWINAN ADALAH FITRAH.


PERKAHWINAN ADALAH
FITRAH.


"Aku sememangnya mengharapkan kasih sayangmu,namun pastikanlah hamparan kasih
sayangmu itu hadir dari hati yang sesungguhnya cinta kepada Tuhanku"



Wanita adalah insan yang amat mempesona bagi setiap lelaki. Anugerah ini adalah amanah yang perlu di pelihara jika dirinya mahu
bukan saja disayangi pasangannya tetapi juga Allah dan Rasul-Nya.



Pada kesempatan yang baik
ambillah peluang jangan teragak-agak untuk menyatakan cinta dan penghargaan kepada isteri. Kerana kaum wanita begitu kepingin untuk menerima kata-kata sayang dan penghargaan yang dilahirkan
suami.



Perkahwinan tanpa seks bukanlah satu yang ideal dan
harmoni. Malah tidak boleh dinamakan perkahwinan.
Memang hubungan seks itu
merupakan satu aspek fizikal
yang mencerminkan ikatan suami isteri, dalam sesetengah ketika hubunganhubun merupakan satu faktor mengukuhkan  perpaduan suami isteri apabila ikatan semakin kendur dan ringan.



Persediaan minda dan roh.
Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan setiap pasangan perlu membuat persediaan minda dan kerohanian agar mereka lebih matang memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.



Antara ciri-ciri yang dikatakan matang itu apabila mereka lebih bersedia memikul tanggungjawag dalam rumahtangga, boleh berfikir dan bertindak secara wajar, boleh dipercayai serta tidak bergantung kepada orang lain.Bakal pasangan juga hendaklah berpengetahuan dan mahir menguruskan rumahtangga.



Antara aspek pengetahuan dan kemahiran yang perlu diketahui mereka termasuklah soal hukum-hakam agama dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan perkahwinan, komunikasi, sumber masa, wang, tenaga serta bijak menguruskan tekanan yang timbul dalam rumahtangga.



Jika kasih sayang sudah tidak wujud di kalangan manusia, perpaduan tidak akan berlaku. Kalau kasih sayang sudah hilang, bekerjasama jika berlaku adalah secara terpaksa dan pura-pura. Manakala kasih sayang sudah gersang, peri kemanusiaan pun hilang. Jika kasih sayang sudah tidak ada, yang miskin papa tidak akan terbela. Bertimbang rasasesama manusia pun tidak akan ada. Orang yang susah akan terbiar di dalam penderitaan.



Jikalau kasih sayang sudah hilang, orang yang teraniaya tidak akan ada orang yang membela. Penzalim-penzalim bermaharajalela tidak siapa yang akan menghalang. Bila kasih sayang hilang mudah sahaja terjadi perbalahan dan permusuhan. Mudah sahaja berlaku pergaduhan dan perkelahian di kalangan manusia. Apabila kasih sayang hilang maaf-bermaafan payah berlaku di dalam pergaulan. Masing-masing individu-individu prejudis satu sama lain.



Kalau begitu di manalah
kebahagiaan dan keharmonian. Sudah tentu kebahagiaan dan keharmonian hilang. Hiduplah manusia di dalam ketakutan dan kebimbangan. Jiwa manusia tidak tenang, fikiran berserabut dan kusut. Barulah kita sedar kasih sayang adalah anak kunci segala kebaikan.



Kasih sayang tidak akan wujud jika setiap insan tidak mencintai Tuhan. Cintakan Tuhan rahsia kasih sayang sesama manusia. Kalau inginkan perpaduan, berjuanglah untuk menanamkan rasa cinta dengan atau kepada Tuhan. Secara automatik akan berlaku kasih sayang sesama manusia. Di sini kita faham, perpaduan bukan boleh berlaku sekadar slogan-slogan. Lebih-lebih lagi perpaduan tidak akan wujud dengan diakta dan diundang-undangkan. Kerana perpaduan adalah bersifat kejiwaan. Kalau jiwa kasih sayangnya sudah hilang bagaimana mungkin lahir perpaduan?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...