Langkau ke kandungan utama

KENAPA PERJUANGKAN TUHAN DI SUSAH-SUSAH KAN?





Kenapa kita di susah-susahkan  dalam berjuang.
Bukankah menegakkan agama patut kita dibantu dan
dimudahkan-Nya?"
Allah Taala susah-susahkan dahulu dengan tujuan mahu melihat siapakah di kalangan hamba-hambaNya yang berjuang kerana-Nya



Golongan bertaqwa tidak ramai. Sedikit sahaja.Dengan ujian kesusahan antara cara Allah taala memilih ahli-Nya. Allah taala sangat baik kepada hamba-hambaNya.


Bercakap tentang agama mudah, melaksanakan agama payah. Antara disusahkan, untuk orang beriman Allah nak tingkatkan darjat. Allah akan berikan kemenangan dan bantuan kepada orang bertaqwa.


Kita imbau kembali temubual
wartawan TEMPO Indonesia dengan Abuya  di Manila.
Barang kali Abuya tidak keberatan menceritakan kegiatan selama 7 tahun bermusafir meninggalkan
Malaysia.


Abuya: panjang ceritanya.
Alhamdulillah Allah izinkan saya keluar dari Malaysia
sejak lebih kurang 7 tahun.
Di celah-celah itu saya ada balik 3 kali. Semenjak tujuh tahun, Abuya pergi hampir tiga perempat pelusuk dunia.


Bagaimana Abuya melihat
perkembangan Islam sekarang di Eropah dan Asia
Tenggara?
Secara umum kita lihat, kesungguhan memperjuang kan Islam atau lahirnya dakwah serta pengamalan Islam lebih pesat dan lebih ketara di sebelah Timur ini.
Seperti di Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Kalau selain negara yang disebutkan tadi lebih banyak bersifat politik. Yang dimaksudkan secara berdakwah ini ialah berjuang secara lemah lembut,kasih sayang. Hal tersebut berlaku dengan pesat di Timur ini.


Apa yang Abuya lihat di Indonesia sehingga Abuya terbitkan buku Pak Harto ikut jadual Allah. Abuya:Sebab Pak Harto ini kita Akhir-akhir
ini sudah ingin kepada Islam.
Dilihat dari segi sudah pergi
haji, selepas haji nampak perubahannya dari amal ibadah nya dan dapat dilihat bagaimana dia sudah cuba mendidik keluarganya. Bulan Ramadhan kita ada hantar wakil kita sendiri, yang dijemput oleh istana. Dia kumpulkan 40 orang ahli keluarganya menantu dan anak-anaknya.Kemudian Pak Harto haramkan arak,judi dan sebagainya.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...