Langkau ke kandungan utama

MUHASABAH DIRI.




Seluruh dunia Islam,Umat Islam sudah salah berfikir,
Mereka sudah tidak pandai
menilai baik buruknya didalam kehidupan.


Mereka tidak kenal gejala masyarakat yg merosakkan
kehidupan yg sebenarnya,
Ada yg dianggap gejala
ada yg anggap bukan gejala


Kerana orang tidak kenal
mana padi mana lalang. Mana pokok yg sebenar, mana pokok yg menumpang,
dedalu namanya.Akibatnya padi dibuang, lalang disuburkan.


Dedalu dibiarkan,pokok yg sebenar ditebang. Yang untung dimusnahkan yg merugikan dibiarkan. Racun tikus dimakan ubat sebenar dibuang.


Akhirnya semenjak merdeka
negara negara umat Islam tidak habis-habis masalah,
Bahkan semakin banyak masalah yang ditimpakan,


Diantaranya: perpecahan, kemunduran,kemiskinan, kekotoran dan penindasan.
Ertinya masyarakat Islam se
dunia tidak kenal mana yang
baik,mana yang buruk.


Mana memberi faedah,mana yang mendatangkan padah dan parah kerana kayu pengukur hanya akal dan nafsu.Bukan Al Quran dan Al sunnah.


Tidak hairanlah masyarakat
umat Islam dipermainkan dimana-mana.Hina dimana-mana. Mereka sendiri yang
meletakkan diri mereka
dalam kehinaan.


Menurut ajaran Al Quran dan As Sunnah, kita diminta husnuzzan iaitu berbaik sangka. Samaada disudut hablumminallah dan hablumminannas.


Selagi kita tidak nampak perkara yang disangka
kan itu berlaku depan
mata. Kalau sekadar kita mendengar penilaian orang tak boleh lagi kita buat apa-apa keputusan, andaian
atau hukuman.


Sedangkan dunia hari ini penuh dengan fitnah.Kita menjadi sulit untuk tahu kedudukan satu-satu perkara kerana fitnah telah merata berlaku dalam kehidupan kita.Ibarat kegelapan malam
menyelubungi sekeliling kita.


Kita ambil panduan bagaimana Sahabat Nabi iaitu Umar al-Khattab lakukan muhasabah dirinya.
Beliau akan mengambil masa yang khusus untuk buat muhasabah keatas
dirinya.


Beliau sediakan rotan dan akan memukul dirinya sendiri. Menurut sejarah ada kesan-kesan lebam pada badannya. Beginilah tauladan yang ditunjukkan kepada kita. Sebab Islam dapat berjalan dengan baik selamat dan harmoni selama 300 tahun kerana budaya ini yang berlaku dalam mesyuarat di era kebangkitan pertama.


Selepas era tersebut umat Islam lebih banyak menilai dan menghukum orang lain dan diri sendiri dikecualikan
atau terlupa untuk dinilai.
Sebab itu muhasabah yang
dilakukan lebih banyak untuk
orang lain bukan diri sendiri.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...