Langkau ke kandungan utama

KAEDAH DAKWAH FITRAH.






Pihak keselamatan Thailand
dan Malaysia sangat dekat dengan Abuya. Saya sendiri
melihat Abuya berikan fokas
dan tumpuan istimewa kepada mereka.Kerana merekalah yang menjaga keselamatan dan keamanan satu-satu negara. Abuya mengambil sikap mendidik dan bukan menjauhi mereka.



Era ISA saya juga terlibat ada beberapa kenangan yang
tak dapat dilupakan. Buat
saya waktu itu, hingga kini kenangan itu tidak luput
dari ingatan ini, ia masih terbayang-bayang di ruang mata ini. Sampai bila-bila pun tidak akan saya lupakan kenangan ini. Bagaimana Abuya gigih mendidik dan berdakwah kepada pihak keselamatan Thailand dan Malaysia.Bukan dengan cakap tetapi dengan sikap yang Abuya lahirkan.


Seorang tokoh dakwah yang sangat kontroversi waktu itu dan kini pun namanya masih disebut-sebut sama ada pujian mahu pun kutukan, kejian jua cemuhan. Walaupun masa telah berlalu lapan tahun  pemergiannya.Tokoh tersebut adalah Ustaz Ashaari Muhammad bekas pemimpin Al-Arqam sebelum diharamkan, beliau pun sudah meninggal dunia (al-fatihah), pada tahun 2010



Sudah menjadi kenangan buat keluarga dan  juga tentunya buat mereka yang seiring sejalan dalam perjuangan yang mereka ikuti sewaktu dulu. Namun jutaan umat Islam  mengikuti perkembangan dan simpati apa yang berlaku kepada Abuya Imam Imam Ashaari At Tamimi.


Kisah ini sengaja saya tulis kembali di sini, kerana dari banyak sisi kita dapat panduan dalam menegakkan perjuangan dakwah. Abuya orang yang suka meraikan tetamu.Para tetamu Abuya dihibur kan oleh anak-anak nya dengan dendangan nasyid.


Selesai diraikan para tetamu bertemu abuya di biliknya, Para tetamu terus dijamu dengan pelbagai macam juadah, juga ada hadiah dari Abuya keluaran produk syarikat Abuya sendiri.


Abuya ke mana-mana didalam Malaysia dan Thailand anggota keselamatan sering bersama Abuya. Kalau di Thailand pihak istana akan mengiringi Abuya sepanjang perjalanan
Abuya di negara tersebut.


Lebih menarik lagi bila anggota keselamatan itu kata,  Thailand dan Malaysia dalam menangani Abuya, jadi lebih mudah kerana banyak perkara yang Abuya berikan
kerjasama. Apa pandangan orang-orang penting dalam kerajaan Thailand, antaranya:
Menteri dalam negeri Thailand, Jenderal Chaovalit
Yongchaiyudh, telah mengiktiraf Abuya sebagai
"pemimpin yang membawa kasih sayang". Sebelum kata-
kata ini diluahkannya dalam pertemuan eksklusif dengan
Abuya di pejabatnya di Bangkok pada pertengahan
bulan Mei 1994.Isteri beliau
terlebih dahulu mengenali
Abuya melalui gambar hiasan pada kalendar yang
dihadiahkan kepadanya.


Isteri Chaovalit menyatakan simpatinya pada Abuya dalam pertemuan yang tidak
dirancang dengan wakil-wakil Abuya dikediaman seorang ahli kerabatnya di
Bandar Bangkok.


Walaupun beliau beragama
Budha,namun atas dasar
fitrah yang sukakan keharmonian dan kedamaian
hidup, beliau amat berminat
mengetahui perjuangan Abuya yang dilihatnya membawa imej kasih sayang.
  





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N