Langkau ke kandungan utama

BERSYUKUR DALAM ISLAM.




Mejoriti keluarga Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi berkumpul di Sendayan Seremban Negeri Sembilan. Setiap bulan keluarga Abuya menjamu masyarakat di Biz Seremban Negeri Sembilan.Masyarakat awam akan diraikan melalui jamuan kenduri yang di sediakan. Aktiviti tersebut di ketuai oleh adik Abuya sendiri iaitu Syeikh Hasyim Muhammad At Tamimi. Menjamu masyarakat adalah salah satu melahirkan rasa bersyukur.

Cara bersyukur kepada Allah SWT menurut Imam Al Ghazali; Cara bersyukur kepada Allah SWT menurut Imam Al Ghazali Mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah sebenarnya sangatlah mudah, tetapi banyak orang muslim mengunakan cara salah dalam bersyukur yang cenderung keperbuatan berhura-hura dan juga memanfaatkan nikmat dengan perbuatan yang buruk. Berikut cara bersyukur kepada Allah SWT menurut Imam Al Ghazali : Besyukur didalam hati Menyedari atas nikmat dari Allah baik itu nikmat kecil maupun nikmat besar. Syukur akan menimbulkan rasa kebesaran dan kemurahan kasih sayang Allah.
Bersyukur secara lisan Orang yang yakin akan segala nikmat yang didapatnya berasal dari Allah, pasti akan mengucapkan “Alhamdulillah” dalam lisannya untuk memuji Allah. Bersyukur melalui perbuatan Membantu orang lain yang sedang berkurangan ataupun orang yang sedang memerlukan adalah bentuk syukur atas rahmat Allah SWT.
Bersyukur kalau kita telah diberikan lebih dari orang yang berkekurangan dengan cara bersedekah. Bersyukur dengan menjaga segala nikmat Segala rezeki dan nikmat yang sudah diberikan oleh Allah hendaknya dipergunakan sebaik mungkin.
Jika kita mampu memperguna kan  rezeki tersebut untuk hal yang positif maka Allah akan menambahkan nikamatnya kepada kita.
Menangis, puas meraung. Jiwa sedih, kecewa, dan hancur. Terasa dikhianati, disakiti dan hati seakan dirobek-robek hingga luka berdarah. Berbaur segala macam perasaan yang menyesakkan dada.
Hampir sahaja kaki ini tak kuat berdiri, hampir sahaja tubuh ini rebah ke bumi. Andai Allah tidak memasakkan iman yang masih tersisa.
Ingin sahaja diceraikan nyawa daripada jasad. Biar sakit ini pergi. Nauzubillahi min zalik. Begitulah gambaran perasaan seorang insan yang sedang hebat diuji.
Wahai jiwa yang bergelar hamba. Mari kita tinggalkan sebentar cerita duka lara, biar saya bawakan satu analogi kehidupan yang boleh kita jadikan pengajaran untuk merawat luka.

Sahabat, cuba kita renungkan sesuatu. Bukankah kita ini manusia yang hidup di bumi Sang Pencipta? Planet bumi yang sangat taat pada arahan Tuhan untuk kekal berputar pada paksinya.
Saya ingin bertanya, pernahkah kalian terfikirkenapa agaknya Allah menciptakan bumi itu berputar?
Ya, dari segi saintifiknya memang ada jawapan pada persoalan yang diajukan.
Putaran bumi telah menjadi asbab kewujudannya siang dan malam, faktor kejadian empat musim, jua sebagai satu kaedah untuk pengiraan masa dan tahun. Dan banyak lagi kaitannya fakta saintifik dengan putaran planet bumi. Subhanallah.
Tapi bukan itu yang ingin diketengahkan. Saya ingin kalian memikirkan satu yang lebih dekat dengan kehidupan kita sebagai manusia. Salah satu ibrah yang Allah ingin kita fikirkan.
Baiklah. Berhenti dengan teka-teki yang menjadi persoalan. Biar saya beritahu sahaja.
Wahai teman. Sedarkah kita, kehidupan ini sebenarnya persis seperti putaran Bumi. Bagaimana? Kerana kehidupan kita saling silih berganti antara suka dan duka seiring dengan putaran bumi yang tidak pernah berhenti menukar ganti posisi kita ke atas dan ke bawah.
Ya, hidup ini juga begitu. Roda kehidupan yang turut berputar tidak selalu meletakkan posisi kita untuk sentiasa berada di atas.

Adakalanya walau tanpa kita pinta, kesedihan akan tetap hadir menghuni jiwa saat ia berputar ke bawah.
Ada waktunya kita disapa kegembiraan. Kecapi kebahagiaan hingga tak lekang bibir kita mengukir senyuman. Waktu itu kita gah berada di posisi paling atas di puncak kenikmatan.
Namun ada suatu waktu di mana kebahagiaan kita direnggut, ketawa bertukar menjadi linangan air mata. Musibah hadir menggantikan sebuah kegembiraan. Dan saat itulah kita sedar bahawa kita telah jatuh ke posisi paling corot dalam kehidupan.
Dan begitulah sunnatullah takdir yang berlaku hingga ke helaan nafas yang terakhir. Harusnya kita bagaimana?
Sahabat, hidup ini sebenarnya hanya mengenai syukur dan sabar. Syukur saat kamu memperoleh nikmat dan sabar saat kamu ditimpa musibah. Bicara yang cukup mudah. Namun melaksanakannya terlalu payah bukan? Saya mengerti.
Tapi bukankah Allah telah mengatakan bahawa kita pasti akan diuji hingga zahir tulusnya keimanan? Jadi terimalah. Dan Allah menjanjikan syurga buat kita yang berjaya. Tidak mahukah?
Bayangkanlah syurga yang tidak tertanding keindahannya mana mungkin dicapai jika kita hanya duduk sahaja.
Sedangkan jika kita mahu mencari sebutir mutiara pun memerlukan kekuatan untuk kita menyelam ke dasar lautan. Inikan pula ingin menggapai syurga yang jauh lebih indah.

Maka harusnya lebih besar pengorbanan dan usaha yang diberikan.
Kerana itu saya merayu. Tetapkanlah kesabaranmu saat diuji dengan kepayahan. Janganlah berputus asa daripada rahmat Illahi.
Sungguh Allah tahu kamu penat, Allah tahu kamu sakit. Allah tahu setiap titis air mata yang jatuh dari tubir matamu. Allah tahu betapa dalamnya luka yang tercalar di hatimu.
Tapi harus diingat Allah tidak menguji, melainkan dengan sesuatu yang pasti kita mampu hadapi. Kamu hanya perlu percaya.
Yakinlah. Kamu pasti boleh laluinya. Cubalah menolehkan pandangan ke belakang. Berapa banyak pancaroba kehidupan yang telah berjaya kamu lepasi? Siapakah yang memudahkan perjalanan kamu jika bukan Tuhanmu?
Berdoa kepadaNya memohon pertolongan dengan sabar dan solat. Pasti Allah kabulkan. Siapakah yang mengabulkan setiap permintaan orang yang berdoa jika bukan Pencipta yang Esa?
Ayuh kuatlah. Dunia ini tidak lebih daripada hanya sekadar senda gurauan. Untuk apa kamu bersedih pada sesuatu yang akan luput.
Bangkit daripada kesedihan kamu, melangkahlah ke hadapan dengan berani dan persiapkan diri kamu untuk sebuah kehidupan yang kekal di akhirat nanti.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut ayat 2-3)
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Al-Mulk ayat 2)





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N