Langkau ke kandungan utama


MASYARAKAT KRISTIAN FILIPINA MENGULANGI SEJARAH MASYARAKAT KRISTIAN MESIR.

Negara Mesir tidak terkecuali dilanda oleh kebangkitan Islam sekali lagi. Abuya tidak putus-putus mengirim delegasi dakwah ke Mesir.
Mesir merupakan negara Islam yang cukup besar di Afrika. Jumlah penduduknya 41.990.000 jiwa, sebagian besar penduduknya beragama Islam, sedangkan bakinya 3 juta jiwa beragama Kristian.

Pada masa Khalifah Umar Bin Khattab, Mesir dalam penjajahan bangsa Rom Timur, dan yang menjadi Gabenor Mesir pada saat itu ialah Mauqauqis. Pada saat itu bangsa Mesir sangat menderita kerana penjajahan yang tidak kenal belas kasihan. Oleh Kerana itu, Amr Bin Ash selaku panglima perang mengusulkan kepada Khalifah Umar Bin Khattab untuk membebaskan Mesir dari penjajahan Rom Timur. Usul ini diterima dan pasukan Islam yang membawa 4000 orang siap membebaskan Mesir. 

Pasukan yang dipimpin Amr ini memasuki daerah Mesir melalui padang pasir terus mamasuki kota kecil bernama Al Arisy, dengan mudah pasukan Islam menaklukan kota itu. Dari situ pasukan Islam memasuki kota Al Farma. Di kota ini pasukan Islam mendapat tentangan Amr Bin Ash memerintahkan untuk mengepung kota ini dan setelah 1 bulan kota ini berhasil direbut.

Dari kota itu pasukan Islam melanjutkan ke kota Bilbis. Di sini pasukan Islam mendapat bantuan dari rakyat Mesir. Di kota ini pasukan Islam menangkap Puteri Mauqauqis yang terkenal sebagai pelindung rakyat Mesir. Puteri ini dihantar kerumahnya dengan segala hormat. Dari kota Bilbis pasukan Islam menuju ke Tondamis yang terletak di tepi sungai Nil.

Di sini Amr Bin Ash mendapat kesulitan kerana banyak pasukan sudah gugur dan pasukan yang masih hidup merasakan rasa lelah yang luar biasa. Amr Bin Ash pun meminta bantuan ke Khalifah Umar Bin Khattab. Kepada pasukan yang ada Amr Bin Ash memberikan pidato yang berapi-api sehingga pasukan Islam dapat menghancurkan benteng Tondamis dan melanjutkan ke kota Ainu Syam, di perjalanan kota ini pasukan Islam baru mendapat bantuan sebanyak 4000 orang. Setelah Ainu Syam dapat ditaklukan pasukan Islam mempersiapkan penyerangan ke benteng Babil. Selama 7 bulan benteng Babil dikepung dan akhirnya benteng terbaru di Mesir dapat di kuasai.

Setelah itu pasukan Islam merebut kota Iskandaria, maka diadakan perjanjian antara Amr Bin Ash dan Mauqauqis dan sejak itu Mesir menjadi daerah Islam sepenuhnya. Nama Amr Bin Ash diabadikan menjadi nama mesjid tertua di Mesir.

Masuknya Islam Di Mesir
Islam menyentuh wilayah Mesir pada 628 Masehi. Ketika itu Rasulullah mengirim surat pada Gubernur Mukaukis -yang berada di bawah kekuasaan Rom mengajak masuk Islam. Rasul bahkan menikahi gadis Mesir, Maria.

Pada 639 Masehi, ketika Islam di bawah kepemimpinan Umar bin Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir dan kemudian diperkuat pasukan Zubair bin Awwam berkekuatan 4000 orang. Mukaukis didukung gereja Kopti menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan pihak Islam. Di masa kekuasaan Keluarga Umayah dan kemudian Abbasiyah, Mesir menjadi salah satu provinsi Islam. Sejarah dakwah tersebut di ulangi di era kebangkitan Islam sekali lagi.

Dakwah Islam yang sebenar menepati fitrah manusia. Ia tak mengira bangsa dan agama. Kerana fitrah manusia yang masih murni asalnya sama. Hati manusia dapat menerima ajaran yang selari dengan fitrah manusia yang Tuhan ciptakan.

Contoh penerimaan sebuah keluarga Kristian di Manila terhadap minda Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi serta pengislaman beberapa ahli keluarga itu selepas mengenali Abuya. Penulis sempat menyaksikan bagaimana penerimaan keluarga Kristian tersebut terhadap Islam yang Abuya perjuangkan.

Penulis menyaksikan pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Abuya di Filipina melengkapkan misi dakwah Abuya dibumi sebelah Timur. Manakala sambutan baik daripada kalangan golongan intelek, ahli perniagaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan beragama Kristian di sini. Hasil melihat perubahan yang berlaku kepada Abu Khairullah, salah seorang ahli keluarga itu yang telah memeluk
agama Islam di tangan Abuya.
Beberapa ahli keluarga yang lain menyatakan kesedian untuk memeluk Islam melalui Abuya. Ia dimulai dengan bapa mertua Abu Khairullah, Louie L. Balatbat 60 tahun seorang ahli perniagaan dan ahli politik yang memeluk Islam ditangan Abuya.

Anak perempuannya Chereto 33 tahun dan cucunya turut ikut memeluk Islam. Ada keluarga yang lain masih beragama Kristian tetap menerima Islam yang Abuya perkenalkan kepada mereka. Contoh nenek Abu Khairullah ketika dikunjungi oleh Abuya, neneknya melahirkan rasa terima kasih kepada Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi kerana telah merubah cucunya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N