Langkau ke kandungan utama

BUDAYA RAVER DAN HIPSTER.



BUDAYA RAVER, HIPSTER DALAM MASYARAKAT.

Bagaimana menangani budaya "Raver, Hipster" yang melanda masyarakat Islam terutamanya generasi muda?. Artikel ini dikeluarkan sempena hari umat Islam merayakan "Hari menuju Allah" atau dalam bahasa Arabnya iaitu "Aiduladha". Iaitu meraikan raya haji. Ertinya umat Islam akan menyambutnya.

Namun begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati kita dalam melihat budaya yang melanda anak-anak muda. Budaya negatif bermaharajalela. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Pendedahan dan didikan yang diberikan kepada mereka.Mereka hanya difahamkan tentang budaya berseronok sahaja. Tidak hiraukan apa yang berlaku dan menimpa negara. 

Negara telah menular budaya sekular Barat.Kebelakangan ini kecoh dengan budaya Raver yang dikatakan mula menjadi ikutan remaja di negara ini. Bukan sedikit golongan dewasa yang garu kepala, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan budaya Raver ini.
Lebih memeningkan apabila golongan pengamal budaya Raver ini dilaporkan mula bersengketa dengan golongan pengamal budaya hipster. Di laman sosial, 'perang' antara Raver dan Hipster menjadi topik perbualan, dan ramai yang menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dan mengenali jati diri.

Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang yang tak prihatin kepada negara, contoh golongan LGBT menuntut supaya hobi nafsu mereka diberi pengiktirafan. Mereka dari golongan yang tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti.

Demi kepentingan beberapa individu yang didalangi oleh Barat,telah berjaya alihkan pandangan kepada kelompok terpencil seperti LGBT. Namun oleh kerana di Timur adalah tapak kebangkitan Islam maka kesannya sebalik yang berlaku. Iaitu umat Islam yang tertidur selama ini Tuhan celikkan mereka dengan isu tersebut. Musuh Allah semakin pelik percaturan yang mereka lakukan kenapa hasilnya lain. Inilah makar Tuhan kepada musuh-musuh Islam.

Natijah yang kita sedang saksikan ini adalah benih yang telah orang Tuhan lakukan.Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat.
Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kita tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi. Moga-moga Tuhan izinkan buku politik Islam yang ditulis Abuya ini membawa mesej kebenaran tentang kekeliruan umat dan kesalahan menilai erti politik. Moga-moga dengan itu kita dapat kenal siapakah sebenarnya orang politik dan siapa yang bukan. Dan seterusnya dapat kita tahu bagaimana cara-cara berpolitik yang sebenarnya…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...