Langkau ke kandungan utama

AQIDAH MUKMIN ( 3 ).



AQIDAH MUKMIN ( 3).
Abuya Imam Ashaari telah menyalurkan fikrah beliau dalam kuliah-kuliah fardhu ain, ceramah-ceramah umum dan tarbiah, serta menerusi buku-bukunya yang begitu banyak sudah diterbitkan setakat ini. Setiap buku yang dikarangnya tidak terlepas dari menyentuh persoalan iman dan aqidah. 

Dan khusus untuk menyerang golongan syiah dan wahabi, beliau telah mengarang buku BAHAYA SYIAH dan BERHATI-HATI MEMBUAT TUDUHAN.
Buku AQIDAH MUKMIN ini (Siri I, II dan III) khusus membicarakan persoalan aqidah yang merangkumi keyakinan kepada Rukun Iman yang enam.
Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi telah bertemu dan berbincang dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di merata dunia termasuk di Mesir, Turki, Pakistan, Jordan, Tunisia, Maghribi, Indonesia, dan sebagainya. Beliau juga bertemu dengan ulama-ulama syiah dan wahabi di Iran, Kuwait dan Arab Saudi. 


Dan beliau telah menjelajah ke banyak negara Barat tempat berkembangnya berbagai-bagai aliran fikiran dan isme yang sesat, termasuk ke Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali, Yugoslavia dan lain-lain. Dari situlah beliau memperolehi gambaran yang sejelas-jelasnya mengenai segala macam fahaman dan aliran aqidah yang ada di dunia hari ini.

Oleh itu melalui pengajian yang beliau sampaikan ini, beliau menghurai kembali isi kitab tua dengan gaya pengolahan yang segar dan bahasa yang mudah berserta contoh-contoh yang dekat dengan kehidupan masyarakat hari ini. Apa yang menarik, dalam membicarakan persoalan aqidah ini, Ustaz Ashaari tidak langsung memisahkannya dari persoalan tasawuf dan syariat. Beliau mahu menekankan bahawa ilmu usuluddin (aqidah), tasawuf (akhlak) dan feqah (syariat) merupakan tiga serangkai dalam ajaran Islam yang tidak boleh dipisah-pisahkan dari kehidupan seorang mukmin. Oleh itu huraian beliau tentang aqidah seringkali dikaitkan dengan aspek-aspek lain dalam Islam khususnya akhlak dan syariat.

Fikiran Abuya telahpun di bukukan. Kita bukan saja mendalami persoalan aqidah tetapi juga menerima ilmu dan didikan berhubung perkara-perkara asas yang lain dalam ajaran Islam, sehingga timbul satu dorongan yang kuat untuk beramal dan membentuk diri menjadi orang yang bertaqwa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N