Langkau ke kandungan utama

TAQWA ADALAH SEBAIK-BAIK BEKALAN...




Taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk didunia dan di Akhirat. Oleh kerana inilah umat Islam kena tingkatkan baiki diri hari demi hari. Baiki ibadah lahir dan batin. Ibadah yang wajib dan sunat, tingkatkan ibadah tambahan dan tambah kualiti amalan.

Taqwa itu sangat penting. Ia merupakan aset umat Islam dunia dan Akhirat. Ia adalah keselamatan dunia dan Akhirat. Ia adalah kemenangan dunia dan Akhirat. Ia adalah juga perlindungan dunia dan Akhirat.Semenjak dahulu, inilah faktor yang membawa kepada bantuan Allah SWT di dalam segala usaha ikhtiar umat Islam.
Terutama di kalangan para Sahabat. Allah buka pintu hati manusia sehingga mudah menerima kebenaran, mudah menerima Islam dan mudah dalam perjuangan. 

Allah buka laluan kepada perkembangan Islam yang pesat. Allah buka laluan dengan didatangkan para pendokong yang berkemampuan membangunkan umat.
Allah datangkan rasa berani yang luar biasa kepada umat Islam dan rasa ketakutan yang amat sangat kepada para penentang.

Amalan taqwa pula bukan setakat sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran, berwirid dan berzikir. Bukan juga bersuluk dan beruzlah, menjauhkan diri dari orang ramai. Taqwa bukan sahaja di surau dan di masjid. Taqwa merangkumi segala perkara yang berlaku dalam kehidupan, di mana sahaja, baik dalam kehidupan bermasyarakat seharian, dalam ekonomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, kesihatan dan sebagainya.

Yang penting, setiap amalan itu ada rohnya, dihayati dan dijiwai. Barulah setiap amalan itu menjadi amalan taqwa. Kita mesti bertaqwa kepada Allah sejauh yang termungkin. Sejauh yang termungkin di sini bermaksud turun naik nafas, mendengar, melihat, makan minum, berjalan dan berhibur, kesemuanya mesti dijadikan amalan taqwa. 

Jangan ada satu hembusan nafas yang tidak jadi taqwa. Jangan ada seulas nasi yang tidak jadi taqwa. Jangan ada satu pendengaran atau penglihatan yang tidak jadi taqwa. Sebenarnya erti taqwa itu terlalu besar. Ia aset untuk orang Islam dunia dan Akhirat. Kalau ini difahami dan dihayati, barulah kita akan selamat di dunia dan Akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N