Langkau ke kandungan utama

MUKMIN PALING CERDIK.



"Cukuplah dengan ingat kematian itu dapat mengawal diri dari leka dengan dunia ini".

"Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Sabda Rasulullah SAW (orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingatkan mati". (Riwayat ibnu Majah ).

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata, tanggungjawab yang harus dilaksana lebih banyak dari masa yang ada.

Imam Ashaari Muhammad At Tamimi mengingatkan kita tentang kehebatan mati. Sesuatu yang pasti terjadi, tapi sering dilupakan dan tidak dipedulikan, ialah mati.

Dari masa, kita tahu umur kita kian mengganda. Dari umur yang mengganda, kita tahu kita takkan selamanya muda, bahkan mati sentiasa mengintai kita.

Mati yakni berhentinya dekupan jantung, lalu berhentilah nafas dan lain lain pergerakan, hingga manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Walaupun dia seorang profesor, raja atau presiden antarabangsa. Kalau dibiarkan akan busuk dan reput, maka terpaksalah ditimbus jauh-jauh
ke dalam bumi.

Mati adalah permulaan perjalanan manusia menuju Allah. Alam Barzakh atau alam kematian adalah permulaan kita menuju alam Akhirat.

Kesakitan sewaktu roh dicabut dari badan oleh Malaikat Izrail umpama sakit ditetak 300 kali dengan mata pedang. Hancur lumat hingga hilang segala-segalanya.

Alam Barzakh iaitu alam di luar dan lain daripada alam dunia ini.
Alam diperlihatkan Syurga dan Neraka. Dan dapat melihat ragam-ragam manusia di dunia ini yang belum mati lagi itu.

Kerana itu, setiap masa harus tetapkan misi dan visi. Biar jelas dan tegas. Sematkan niat kerja untuk ibadat, agar tak terasa beban memberat. Itulah kerja kita didunia dan sekaligus bekalan kita untuk Akhirat nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...