Langkau ke kandungan utama

NEGARA ISLAM.

Rumahtangga yang dibina tanpa ikatan Iman dan Taqwa akan mengeluarkan benih-benih yang mudah dirosakkan. Kerana itulah ibu bapa perlu berubah menjadi baik, membina Iman didalam diri. Barulah akan terbit benih-benih yang mulia. Rangkaian rumah tangga yang bertaqwa menjadi mata rantai negara Islam yang boleh menjadi model di Akhir zaman ini.

Negara Islam ( Daulah Islamiah) yang dibina tanpa ikatan Iman dan Taqwa akan menjadikan rakyat yang rosak dan menolak kebaikan yang diberikan. Masyarakat mudah liar bila tidak diberikan iman. Gejala negatif mudah mereka terima. Kerana itulah pemimpin perlu berubah menjadi baik, membina Iman didalam diri. Barulah akan terbit benih-benih yang mulia. Dan dapat melahirkan masyarakat yang baik. Negara Islam yang akan dapat kempunan dan kemakmuran.

Kita bersyukur berada di bumi Timur. Malaysia merupakan tapak kebangkitan Islam ditimur.
 Kita rasa bersyukur kerana berada di bumi Timur ini. Cara bersyukur kepada Allah SWT menurut Imam Al Ghazali; Cara bersyukur kepada Allah SWT menurut Imam Al Ghazali Mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah sebenarnya sangatlah mudah, tetapi banyak orang muslim mengunakan cara salah dalam bersyukur yang cenderung keperbuatan berhura-hura dan juga memanfaatkan nikmat dengan perbuatan yang buruk. Berikut cara bersyukur kepada Allah SWT menurut Imam Al Ghazali : Besyukur didalam hati Menyedari atas nikmat dari Allah baik itu nikmat kecil maupun nikmat besar. Syukur akan menimbulkan rasa kebesaran dan kemurahan kasih sayang Allah.

Bersyukur secara lisan Orang yang yakin akan segala nikmat yang didapatnya berasal dari Allah, pasti akan mengucapkan “Alhamdulillah” dalam lisannya untuk memuji Allah. Bersyukur melalui perbuatan Membantu orang lain yang sedang berkurangan ataupun orang yang sedang memerlukan adalah bentuk syukur atas rahmat Allah SWT.

Bersyukur kalau kita telah diberikan lebih dari orang yang berkekurangan dengan cara bersedekah. Bersyukur dengan menjaga segala nikmat Segala rezeki dan nikmat yang sudah diberikan oleh Allah hendaknya dipergunakan sebaik mungkin.

Jika kita mampu memperguna kan  rezeki tersebut untuk hal yang positif maka Allah akan menambahkan nikamatnya kepada kita.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...