Langkau ke kandungan utama

ERA KEBANGKITAN ISLAM.

Istana Al Hamra


KEBANGKITAN PERTAMA DAN KEDUA.
Mengimbau kembali XPDC dakwah pada tahun 1985 bersama dengan Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi ke bumi Eropah. Terutamanya bekas empayar Islam di Andalusia. Dari bumi Sepanyol, Portugal dan Selatan Perancis. Ahlul Bait membawa Islam ke Timur dan Barat. Motivasi masuknya Islam ke Spanyol dilatar belakangi oleh semangat da’wah dan roh amalan Islam. Islam di Spanyol telah berjaya selama kurang lebih 700 tahun (711- 1609 M). Spanyol telah menjadi pusat peradaban Islam selain Bagdad dan Mesir.

Perkembangan dakwah pesat berlaku dan meluas dari Timur hingga ke Barat. Angin dakwah telah mula bertiup pesat dari zaman Saidina Umar Al-Khattab
hinggalah tiga perempat dunia.
Selama kurun waktu tersebut kemajuan dan perkembangan peradaban Islam di Spanyol tidak hanya memiliki erti penting bagi perkembangan ilmu dan teknologi dalam lingkup peradaban dunia Islam, tapi juga telah tercatat mempunyai erti penting bagi perkembangan peradaban manusia pada umumnya.

Pada masa pemerintahan Sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Usman bin Affan, Islam telah menguasai wilayah Afrika utara sampai ke daerah Tripoli dan Barkah (wilayah sebelah barat Mesir, kini Libya). Dakwah
Islam berkembang hingga ke wilayah Afrika utara.Pada masa Bani Umayyah, kekuasaan Islam telah bertapak di Afrika utara.

Uqbah dapat menguasai wilayah Afrika utara bagian barat sampai ke pendalaman bagian selatan yang dikuasai Barbar (daerah Fazzan). Selanjutnya Muawiyah memerintahkan Uqbah untuk membangun kota sebagai pusat kegiatan umat Islam di sana, dan untuk itu dibangunlah kota Qairawan pada tahun 50 H. Kota ini terletak jauh sebelah Barat Barqah.

Musa ibn Nushair pada akhir masa pemerintahan Abd. Malik bin Marwan atau pada awal pemerintahan Al Walid. Musa memakai gelar Amir Qairawan
Musa terus memperluas wilayahnya ke Afrika bagian barat, sampai ia dapat menaklukan kota Septah (Ceuta) secara damai. Ceuta kota di bagian hujung bagian barat Afrika utara berhadapan dengan semenanjung Andalusia. Kota ini asalnya berada di bawah kekuasaan kerajaan Gothia di Andalusia. Islam berhasil menguasai persekutuan  tersebut.Wilayah Spanyol dan Portugal berada dalam semenanjung yang dulu namanya, Iberia.

Tercatat tiga pahlawan Islam yang terkenal berkaitan dengan penaklukan daerah tersebut iaitu Tarif ibn Malik, Tariq bin Ziyad dan Musa ibn Nushair. Tarif ibn Malik dapat dikatakan sebagai perintis. Ia bersama pasukannya menyeberang selat menuju semenanjung Andalusia, menaiki empat buah kapal yang disediakan Julian, penguasa Ceuta. Dalam penyerbuannya Tarif memperoleh kemenangan besar. 

Peristiwa ini terjadi pada tahun 91 H.
Pada tahun 711 M, kemudian disusul oleh pasukan berikutnya yang lebih besar di bawah pimpinan Tarik bin Ziyad, yang didukung oleh bangsa Barbar.Tarik bersama pasukannya menyeberang selat dan mendarat di sebuah gunung, yang kemudian nama ini terkenal dengan Gibraltar (Jabal Tariq جبل الطارق. Sempena nama beliau. 

Tariq terus memasuki Spanyol dan dalam pertempuran di Bakkah, Raja Roderck, penguasa Spanyol dikalahkan.
Seterusnya, setelah mendapat dukungan dari penduduk setempat, Tariq menaklukan kota-kota berikutnya, seperti Cordova, Granada dan Toledo (ibu kota kerajaan Gothia saat itu).
Sementara Tariq telah memperoleh kemenangan, kemudian pada tahun 712 M, Musa bin Nushair menyusul dengan pasukannya untuk merebut kota-kota lain. Pasukan Musa dapat menaklukan kota-kota Medina, Sidonia, Karmonia, Seville, Merida, pasukan Musa kemudian bergabung dengan Tarik di Toledo, yang kemudian mereka menuju ke utara, menaklukan wilayah Aragon, Castille, Galicia, Sarragosa, Barcelona dan Praus.Pada waktu Tarik dan Musa memenangkan pertempuran-pertempuran dan menguasai kota-kota di Andalusia, maka sejak itulah Spanyol mulai dikuasai oleh Islam di bawah kekuasaan Bani Umayyah yang berpusat di Damaskus.

Bani-bani bertukar ganti meneruskan penguasaan ke atas bumi Andalusia ( Sepanyol dan Portugal hingga ke Selatan Perancis). Pada tahun 711 M dengan pasukan di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad. Sejak itu Spanyol menjadi wilayah kekuasaan Islam yang berpusat di Damaskus.

Ombak dakwah yang pernah melanda dunia di era kebangkitan Islam pertama dan ianya akan berulang sekali lagi di era kebangkitan Islam kali kedua. Kebangkitan kali kedua ini sama besarnya dengan kebangkitan Islam yang pertama. Di era kebangkitan pertama merubah kehidupan manusia dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup sunnah Rasulullah SAW. Perkara yang sama akan berlaku sekali lagi. Iaitu era kebangkitan Islam kali kedua. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…