Langkau ke kandungan utama

ISLAM AGAMA FITRAH.


( Sekeluarga Kristian memeluk agama Islam di tangan Abuya ).

ISLAM AGAMA FITRAH.

Secara etimologis, asal kata fitrah dari bahasa arab “Fitratun” artinya perangai, tabiat, asal kejadian atau ciptaan. Menurut al-Qur’an, tabiat manusia adalah homo religious (makhluk beragama) yang sejak l0ahirnya membawa suatu kecenderungan beragama. Dalam hal ini, pada QS. al-Rum (30): 30 Allah berfirman :

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُون

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Ar Rom 30:30).

Setelah menempuh beberapa kejayaan yang memberangsang kan di Thailand dan Indonesia, kehadiran Abuya di Filipina dijangka meninggalkan kesan yang positif kepada umat Islam dan bukan Islam yang masih terjajah fikiran dan jiwa mereka oleh nilai-nilai sekular yang datang dari negara Barat.

Seperti juga negara-negara Asia Tenggara yang lain. Filipina sedang menyaksikan kebangkitan semula rakyatnya untuk menghayati kembali nilai-nilai agama yang telah hilang ditelan oleh arus pembangunan dan kemodenan yang pesat.

Kedatangan Abuya membawa mesej kasih sayang sebagai kunci ke arah perpaduan sejagats sesuaidengan sifat agama Islam itu sebagai agama fitrah kepada umat manusia. Di mana manusia itu walau apa pun ideologi, warna kulit, keturunan dan agamanya, secara fitrahnya memerlukan kasih sayang.

Kehadiran Abuya di Filipina benar-benar telah dapat mencetuskan kasih sayang itu sehingga membuka hati seorang ahli perniagaan terkenal disana untuk memeluk agama Islam. Ahli perniagaan itu, Louie L. Balatbat yang merupakan bapa mertua Abu Khairullah (pegawai keselamatan di istana Malacanang) dan terkenal sebagai seorang penganut agama Kristian yang taat, tegas dan mempunyai prinsip hidup yang tidak mudah goyang. Selepas beberapa hari Abuya berada di bumi Filipina, perbincangan berlaku di antara beliau dan Abuya. Panggilan mesranya ialah 'Daddy'.

Telah terbuka hatinya dan minat untuk mengenali tentang agama Islam yang di perjuangkan oleh Abuya. Selain beliau anak perempuan beliau Cherito iaitu isteri kepada Abu Khairullah secara sukarela telah memeluk agama Islam. Detik-detik peristiwa tersebut suatu peristiwa besar yang akan menjadi kayu pengukur dan petunjuk bahawa Islam yang diperjuangkan oleh Abuya dalam mendaulatkannya di bumi ini boleh diterima oleh masyarakat
Kristian. Dengan kehadiran keluarga Abu Khairullah perjuangan Abuya lebih mudah mendapat laluan di Filipina.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...