Langkau ke kandungan utama

SAKIT ROHANI.


PENYAKIT ROHANI.

Soal rosak iman dan rosak akidah ini adalah satu penyakit rohani. Penyakit rohani balanya membawa ke Akhirat. Ia boleh menyebabkan kekal dalam Neraka selama-lamanya. Kalau kita sanggup mengeluarkan bajet yang besar untuk penyakit fizikal kenapa penyakit rohani kita tidak sanggup sedangkan akibatnya sampai ke Akhirat.

Penyakit rohani seperti Black Metal lebih dahsyat lagi.
Black Metal juga adalah cabang muzik Metal yang paling tinggi, keras dan ganas dalam muzik underground (liar).  Rentak muzik keras, sebutan sukar difahami dan lirik berbagai pemujaan pelbagai nama syaitan, anti ketuhanan dan keagamaan, bunuh diri seks bebas, dianjurkan dalam lagu Black Metal yang disebarkan keseluruh dunia termasuk Malaysia.  Tidak cukup dengan muzik, pemuzik dan pengikutnya dikehendaki mengisytiharkan diri murtad, melakukan ritual memuja syaitan, membakar kitab suci al-Quran dan memberontak terhadap sistem kemanusiaan dan perundangan.

Teracunnya jiwa remaja kita dengan bentuk hiburan dan budaya beracun, toksik dan merosakkan ini, sepatutnya semua pihak patut rasa bersalah. Tidak sikap tuduh menuduh dan tunding menunding kerana ini tidak akan menyelesaikan masalah. Kita sebenarnya sudah lama membiarkan para remaja dan anak-anak kita kekosongan dari iman dan taqwa. Jiwa yang kosong mudah sahaja meniru dan menerima apa yang datang dari Barat. Memang budaya Barat banyak disogokkan oleh media massa. Orang Barat rambut panjang mereka pun ikut rambut panjang. Orang Barat sudah gila mereka juga ikut gila.

Jadi apa yang patut kita buat. Tidak ada perkara lain melainkan kita mesti mengisi kekosongan jiwa remaja dengan iman dan taqwa. Supaya jiwa mereka dapat dibersihkan dari kekotoran rohani atau maknawi.
Kita kena rawat remaja kita yang kena penyakit rohani seperti bohjan bohsia, buang anak, zina,dadah, sumbang mahram dan lebih-lebih lagi gejala Black Metal.

Awal-awal agama mengenal Tuhan. Kita kena bawa para remaja  kenal Tuhan. Mereka tak dapat lari dari jatuh cinta kepada Tuhan. Kenalkan Tuhan kepada mereka. Hingga mereka rasa takut dan cintakan Tuhan. Mereka tidak akan jatuhcinta lebih daripada Tuhan. Bila sudah cintakan Tuhan mereka berusaha untuk taat dan berbakti kepada Tuhan. Tuhanlah yang akan menjadi idola mereka. Usaha inilah yang belum kita buat. Usaha inilah yang kita belum buat baik dirumah mahupun disekolah.
Memberi tahu murid-murid tentang sifat-sifat Tuhan itu mudah. Tetapi memperkenalkan
Tuhan itu yang susah. Kalau kita tidak mampu kena cari orang yang mampu, orang yang arif billah atau yang kenal Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...