Langkau ke kandungan utama

ROH AMALAN KORBAN.




.
Dalam Islam, amalan yang ada roh memberi kekuatan kepada pengamalnya. Pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam sempena raya korban atau Aidiladha yang ada roh memberikan sesuatu kekuatan kepada umat Islam yang melakukan pengorbanan. 

Antara natijah amalan yang ada roh, seperti pengorbanan diraya haji natijahnya terhubung kembali sesama umat Islam. Bukan saja ada nilai pahala korban ia juga dapat menghiburkan sesama umat Islam. Lahirlah hubungan silaturrahim antara yang mampu dengan orang yang menerima  pembelaan. Tumbuhlah kasih sayang sesama umat Islam.


Menurut panduan yang kita dapat dari guru mursyid, anak kunci perpaduan sesama manusia lebih-lebih lagi umat iaitu iaitu kasih sayang. Kasih sayang yang dilakukan bersama roh. Ertinya kasih sayang yang ada roh melahirkan perpaduan yang jitu. Begitu juga amalan  sembahyang berjemaah yang ada roh adalah asas disiplin. Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang, disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan. Abuya melatih kita menyusun kasut/selipar sebelum masuk ke rumah atau masjid, atau di mana sahaja. Falsafah dan hikmah dari menyusun kasut, ada praktikal fardu ain dan fardu kifayah. Bila kita berjemaah di masjid atau di surau yang ahli jemaahnya, ramai sudah tentu kasut sangat terserlah bersepah jika ianya tidak di susun.
Bagi yang keluar atau masuk selalunya memijak selipar/kasut yang ada. Kalau tapak selipar/kasut yang kotor lagi bernajis akan mengotorkan dan meninggalkan najis pada kasut atau selipar yang lain. 

Contohnya, kalau orang masuk ke dalam masjid lalu terpijak selipar/kasut yang terkena najis, maka merebaklah najis ke dalam ruang masjid. Bagaimana kita bersembahyang di ruang yang sudah terkena najis? Sedangkan dari ilmu yang kita pelajari, sembahyang membawa najis hukumnya tidak sah. Tertolaklah amalan solat kita jika dalam keadaan bernajis.

Amalan yang ada roh melahirkan yang ada jiwa untuk lakukan kebangkitan Islam sekali lagi. Masyarakat yang amalan mereka mempunyai roh memberi kekuatan kembali kepada masyarakat. Ertinya masyarakat yang mengulangi kekuatan amalan para sahabat yang ada roh. Iaitu melahirkan masyarakat yang baik disiplin
nya.

Samada disiplin dengan Tuhan atau disiplin dengan manusia. Kejayaan umat Islam ialah mereka kuat dan taat dengan agama mereka. Dari umat Islam yang sangat kuat menjaga disiplin agama mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N