Langkau ke kandungan utama

DOKTOR ROHANI.



Firman Allah SWT:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا.
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al Israk 17: 82).


Doktor orang yang bertugas mengubati orang-orang yang sakit. Tidak semua orang yang merawat dan mengubati
penyakit boleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang persijilan/tauliah khusus.
Para Mujaddid, para ulama adalah doktor rohani. Peranan mereka adalah untuk merawat roh manusia. Dengan memberikan ilmu serta memberi bimbingan agama. Para Ulama, mereka adalah pewaris Nabi.Ulama merawat rohani manusia.Doktor merawat penyakit fizikal manusia. Penyakit fizikal tidak membawa manusia membunuh diri. Orang yang  kena penyakit rohani boleh membawa bunuh diri. Penyakit fizikal tidak membahayakan orang lain. Penyakit rohani boleh membahayakan orang lain. Tanpa sebab dia boleh mengganggu orang lain. Kerana jiwanya tidak tenteram atau terganggu.


Peranan roh manusia.
Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi hati atau roh yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah-olah bangkai yang bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namun semua itu penuh kejahatan dan kerosakan.Maksud saya, sekiranya roh atau hati yang rosak atau kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga, dan kliknya sahaja, malah dia adalah perosak bangsa, agama dan negara.


Kalau roh atau hati atau anggota batin yang rosak berada dalam diri orang kaya, jadilah si kaya itu bakhil, tamak, lintah darat dan membazir. Kalau roh atau hati dalam diri ulama sudah rosak, jadilah si ulama itu penjahat (ulama suk). Dia akan menjual ilmu Islamnya untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, nama dan duit semata-mata macam petani menjual tanamannya untuk mendapat duit.Ulama suk menjual ilmunya untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, duit. Kalau dia bercakap bagi pihak tuan bukan bagi pihak Tuhan. Kalau tidak bercakap mereka menjadi syaitan-syaitan bisu pula.


Roh atau hati atau anggota batin yang sudah rosak kalau berada dalam diri para remaja ia akan menghabiskan masa dengan berfoya-foya, berangan-angan, melepak-lepak dan berseronok-seronok. Tenaga sasanya disia-siakan tanpa memberi apa-apa faedah atau khidmat kepada masyarakat. Akhirnya mereka menjadi sampah masyarakat.
Kalau roh atau hati yang jahat ada pada si miskin, maka kelu- kesahlah dia sepanjang masa, rasa hina, rasa malu kepada orang yang lebih darinya. Dengan orang kaya mereka rasa dengki dan dendam. Ertinya dia tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.


Demikianlah kalau roh yang jahat itu ada dalam diri para gadis dan kaum wanita maka rosaklah dirinya dengan asyik berlawa-lawa, bersolek-solek dan bergaya untuk menarik orang perhatian padanya. Dirinya sanggup dijual pada sesiapa yang boleh memberi nikmat dunia padanya. Ramai lelaki yang tergoda. Sama sendiri saling benci membenci.Begitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagaikan raja dalam negara diri. Menjadi penentu baik atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia. Kalau roh keluar dari jasad, manusia akan menjadi bangkai. Kalau ia ada pula dialah yang akan  mencorak kehidupan itu. Baik atau buruk, perosak atau pengislah, peruntuh atau pembangun. Bertanggungjawab
terhadap masalah atau pencetus masalah. Menjadi pendamai atau penghuru-hara
dan lain-lain lagi.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N