Langkau ke kandungan utama

KEHEBATAN MATI (BARZAKH).




Mati sesuatu yang pasti terjadi.
Ia sering dilupakan. Kematian adalah sesuatu yang pasti, tetapi sering tidak dipeduli. Yakni berhentinya degupan jantung, lalu berhentilah nafas
dan lain-lain pergerakan. Ketika itu manusia tidak berguna apa-apa lagi. Walaupun dia itu seorang profesor, raja atau presiden antara bangsa. Kalau dibiarkan akan busuk dan reput maka terpaksalah ditimbus jauh-jauh ke dalam bumi.


Semua orang dulu pasti sudah merasai mati. Mereka sudah tidak ada di bumi ini. Yang tinggal hanya nama dan sejarah mereka saja. Dan detik itu pasti datang pada setiap orang daripada kita. Ia adalah program tidak boleh tidak pasti terjadi.Kita sering tertanya-tanya: "Bilakah giliranku untuk mati?
Dan apa persediaan yang patut aku lakukan?"


Kesakitan sewaktu roh dicabut
dari badan oleh malaikat Izrail seumpama sakit ditetak 300 kali
dengan mata pedang. Hancur lumat hingga hilang segala-galanya. Rasa haus ketika maut tiba tersangatlah azabnya hinggakan kalau pun satu lautan air diminum tidak akan jadi puas-puas. 

Tersedar kembali sewaktu berhadapan dengan Munkar dan Nakir.Yakni disatu alam yang luar dan lain daripada alam dunia ini.Alam Barzakh namanya. Alam dimana kita boleh melihat malaikat dan bersoal jawab dengannya. Alam diperlihatkan Syurga dan Neraka. Dan juga dapat melihat ragam-ragam manusia di dunia yang belum mati lagi itu.

Hidup di sana kalau bahagia, adalah lama sekali yakni hingga kiamat, mungkin beribu-ribu tahun. Dan kalau KIAMAT, mungkin beribu-ribu tahun pula.Dan kalau terseksa pun begitu juga lamanya. Bahagia atau derita bergantung pada berjaya atau tidaknya kita ketika di dunia. Kalau berjaya menjalankan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah Allah di bumi. Maka bahagialah kita.


Sebaliknya sewaktu di dunia menjadi hamba nafsu dan syaitan serta berjuang pula untuk itu. Malaikat akan mengazab kita di alam Barzakh sana. Terkurung selama beribu-beribu tahun dalam azab sengsara."Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?


Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
(Al Kiamah, 75:36-40).


Demikianlah dahsyatnya
akibat kematian; ngeri dan menakutkan. Sebut saja mati, orang yang tidak beriman sangat benci. Sebaliknya orang yang beriman akan insaf: dan para kekasih Allah pula merasai
mati itu indah kerana saat pertemuan dengan Allah sudah tiba. Betul-betullah mati itu sebagai guru.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N