Langkau ke kandungan utama

TIGA SERANGKAI ILMU ISLAM.


TIGA SERANGKAI ILMU ISLAM.


Ilmu asas dalam Islam ada tiga cabang, iaitu ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawuf. Apa yang menarik, dalam kita belajar dengan Syeikh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi tidak memisahkannya langsung dari  persoalan aqidah,syariah dan tasawuf. Beliau mahu menekankan bahawa ilmu Usuluddin (aqidah), tasawuf (akhlak) dan feqah (syariah) merupakan tiga serangkai dalam ajaran Islam yang tidak boleh dipisah-pisahkan dari kehidupan seorang mukmin. Oleh itu huraian beliau tentang aqidah seringkali dikaitkan dengan aspek-aspek asas yang lain dalam ajaran Islam. 


Melalui panduan tersebut mendorong dan memberikan kepada kita satu motivasi yang kuat untuk beramal dan membentuk diri menjadi orang yang bertaqwa.Melalui kelas pengajian beliau mampu mendorong kita mengimplementasikan dalam segenap bidang kehidupan. Hingga mudah untuk melahirkan model Islam is the way of life. Bermula dengan berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan yang kukuh kepada kita. Dengan pegangan ASWJ, kita mempunyai kekuatan untuk menolak aqidah-aqidah lain. Iaitu aqidah-aqidah yang sesat. 


Melalui pegangan ASWAJA, iaitu pegangan Ahlus sunnah Waljamaah. Kita punya kekuatan menolak ajaran Qadariah, Jabariah, bahai, Qadiani, wahabi,Syiah dan sebagainya.
Didalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Usuluddin aqidah).
2. Feqah (syariat).
3. Tasawuf (akhlak).
Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah atau amaliahnya


Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan.
Tiga serangkai ilmu tersebut kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu,maka akibatnya rosaklah yang lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga
ilmu tersebut dilaksanakan sekali gus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Berfeqah saja atau berusuluddin saja atau berakhlak saja tentu akan merosakkan ke-Islaman seseorang. Jadi tiga serangkai.


Ilmu tiga serangkai itu tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi orang fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sedar.
Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu Usuluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syari'at (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, Usuluddin itu adalah faundationnya. Bangunan rumah
serta peralatan-peralatannya itulah syariat itulah syariat dan akhlak. 


Kalau begitu rumah dan peralatan rumah tidak dapat ditegakkan sekiranya faundition rumah tersebut tidak kuat.
Justeru itu, dalam ajaran Islam:
1. Usuluddin itu adalah asas Islam. 2. Syariat dan tasawuf ialah furu dan cabang-cabangnya. Kalau begitu, ilmu Usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai sisi Allah kalau aqidah atau usuluddinnya telah rosak.


Pengulahan yang mudah dan adanya model dari ilmu tersebut ia sangat praktikal. Dirinya sendiri adalah model dalam pelaksanaan ilmu. Hal tersebut yang sangat membantu kita untuk berbuat atau melaksanakan ilmu yang diberikan kepada kita. Maka mudah untuk kita melaksanakan Islam keatas diri, keluarga dan membangunkan Islam is the way of life dalam kehidupan. Pelaksanaan pada diri, keluarga dan dapat ditegakkan Islam is the way of life dalam kehidupan bandar yang dibangunkan. Syiar Islam terserlah dalam kehidupan bandar Islam. Kesuksesan pelaksanaan dan implementasi Islam is the way live dalam kehidupan terserlah. Terutamanya bidang pendidikan dan ekonomi.


Ulasan

  1. Alhamdulilah terimaksih atas ulasan yg amat mudah di pahami🙏❤

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N