Langkau ke kandungan utama

KEBATILAN IBARAT API.


Perjuangan kebatilan ibarat api.
Membara dan terus memanas.
Dari jauh sudah rasa bahang kepanasannya. Kalau kita mendekatinya pasti terbakar hangus. Angin datang terus menyemarakkan lagi kepanasan api tersebut. Kawasan kebakaran semakin merebak luas kesan tiupan angin.


Perjuangan yang batil mudah didapati di mana-mana. Sebab itu dunia pada hari ini melahirkan manusia yang berhati batu. Manusia pergi kemana-mana terasa kepanasan. Hidup jadi kelu kesah macam cacing kepanasan. Bersama dengan perjuangan yang batil mazmumah semakin tebal. Manusia seperti ini ramai memenuhi muka bumi pada hari ini.


Dunia pada hari, disana sini berlaku peperangan. Peperangan demi peperangan yang terus memusnahkan hidup manusia.Pejuang-pejuang ideologi atau isme, nyata membawa kebatilan dan kerosakan. Perjuangan batil berdepan dengan kebangkitan Islam sekali lagi. Kini era kebangkitan Islam kali kedua berdepan dengan cabaran Dajjal yang membawa sistem yang membakar iman umat Islam.


Pejuang-pejuang ideologi menyelesaikan masalah dengan akal semata-mata dan didokong oleh nafsu. Walaupun masalah itu bersabit dengan hati dan jiwa manusia. Oleh itu masalah yang kecil jadi besar, masalah sedikit jadi banyak, masalah mudah jadi rumit, masalah setempat tersebar ke tempat lain. Ibarat gunung berapi yang meletus mengeluarkan lahar panas dan melimpah ke tempat lain.


DIANGGARKAN kira-kira 59,000 pelancong terkandas di Bali, Indonesia berikutan letusan berterusan Gunung Agung sejak November lalu. Mereka tidak dapat keluar dari pulau pelancongan itu kerana syarikat
-syarikat penerbangan membatalkan 
dan menjadualkan semula
penerbangan ke Bali dan Lombok. Setakat ini, impak letusan Gunung Agung agak kecil tetapi pakar gunung berapi memberikan amaran letusan lebih besar mungkin berlaku.
(Sumber 10 Disember 2017 4:00 PM Utusan Online! ).


Sebaliknya pula perjuangan kebenaran itu ibarat air. Ia dapat memadamkan kemaraan api yang membakar kehidupan manusia. Pejuangnya sangat unik, aneh dan sungguh pelik.Dia lain dari yang lain. Sifat dan wataknya tidak ada pada manusia lain. Tidak ada pada pejuang-pejuang lain. Tidak ada pada perjuangan ideologi atau isme ciptaan manusia. Kehadirannya natural dan semula jadi. Perjuangannya sangat diperlukan sangat memberi manfaat kepada manusia. 


Perjuangan kebenaran ibarat air yang
sangat menyejuk dan menyegarkan. Sangat menenang dan mententeramkan hati-hati manusia. Tidak seperti perjungan lain yang ibarat api yang mengganas dan membakar. Yang marak dan mencemaskan manusia. Yang memusnahkan segala-galanya. Yang menyebabkan huru-hara. Akhirnya yang tinggal hanya abu, arang dan bara. Manusia terseksa, menderita dan sengsara. Neraka di dunia sebelum Neraka hakiki di Akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...