Langkau ke kandungan utama

MENZALIMI ORANG LAIN.



Zalim (Arab: ظلم, Dzholim) dalam ajaran Islam adalah meletakkan sesuatu/ perkara bukan pada tempatnya. Orang yang berbuat zalim disebut
zalimin dan lawan kata dari zalim adalah adil. Bukan mudah untuk kita menzalimi orang lain. Tanpa ada apa-apa pasal, tidak mungkin kita boleh menzalimi orang lain. Kerana orang lain itu bukan hidup sendiri-sendiri di muka bumi ini. Dia ada Tuhan. Tuhan menjaganya. Tuhan melindunginya. Kita tidak boleh berbuat sembarangan terhadapnya.


Kalau seseorang itu berjaya menzalimi orang lain, sebenarnya dua perkara telah berlaku sebelum itu. Pertama, dia telah menzalimi dirinya sendiri dan telah membuat dosa hingga Tuhan murka kepadanya.Disebabkan kemurkaan Tuhan itu, maka didorongNya orang itu berlaku zalim kepada orang lain. Dengan itu dia terjebak lagi dengan dosa dan bertambahlah murka Tuhan kepadanya.


Kedua, orang yang kena zalim pula telah berbuat sesuatu yang menyebabkan Tuhan kasih dan sayang kepadanya. Kerana kasih sayang Tuhan itu, maka diizinkan-Nya orang lain berlaku zalim terhadapnya. Maka dengan itu, bertambahlah pahalanya dan bertambahlah kasih sayang Tuhan kepadanya.


Maka orang menzalimi orang lain harus sedar bahawa kezalimannya adalah berpunca dari dosanya sendiri dan bukan salah orang yang dizalimi. Kezalimannya itu hanya untuk menyempurnakan kemurkaan Tuhan terhadapnya. Lagi banyak dan dahsyat kezalimannya. Lagi bertambah murka Tuhan kepadanya. Makin dia zalim, makin bertambah dendam kesumatnya, makin tidak puas hatinya. Sudah zalim, mahu lebih zalim lagi. Dia tidak puas dimurka Tuhan.


Contoh yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Suka melihat keluarga orang lain cerai berai, bahkan campur tangannya cerai-berai benar-benar berlaku.Balu tersebut menjadi rebutan dalam masyarakat tersebut. Alangkah dahsyatnya orang yang menzalimi orang lain. Dia sangka dia hanya berhadapan dengan orang yang dia zalimi tetapi sebenarnya dia berhadapan dengan Tuhan sendiri. Dia hendak tunjuk dan pamerkan kezalimannya kepada Tuhan agar Tuhan murka dan melaknatnya. Begitu angkuh dan sombongnya dia dengan Tuhan.Dia tidak sedar yang dia sedang berperang dengan Tuhan dan bukan dengan orang yang dizaliminya.  Orang yang dizalimi itu hanya dijadikan sasaran oleh Tuhan supaya dia dicurahi rahmat dan kasih sayang-Nya. 


Zalim menurut Al-Qur'an
Di dalam Al-Qur'an zalim memiliki beberapa makna, di antaranya dalam beberapa surah sebagai berikut:
Al Baqarah 165 dan Huud 101, orang-orang yang menyembah selain Allah.
Al Maa-idah 47, karena menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.
Al Kahfi 35, zalim pada ayat ini sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.
Al-Anbiyaa' 13, Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemooh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.
Al 'Ankabuut 46, Yang dimaksud dengan orang-orang yang zalim pada ayat ini adalah orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.


Zalim menurut Hadits:
Dalam hadits shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Nabi Muhammad SAW pernah mengatakan bahwa, "Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya."[1]
Dari kisah Abu Dzar Al-Ghifari dari Rasulullah sebagaimana ia mendapat wahyu dari Allah bahwa Allah berfirman: "Wahai hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) di antara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim."[2]
Dalam hadits lain Nabi Muhammad SAW bersabda, "Takutlah kalian akan kezhaliman karena kezhaliman adalah kegelapan pada hari Kiamat."[3]


Dalam kita hendak menilai sama ada sesuatu perjungan itu memperjuangkan kebenaran atau pun tidak, maka bolehlah kriteria atau ukuran kemungkinan ia benar atau tidak
kalau ia bukan perjungan kebenaran , maka natijahnya nanti, ia akan membawa perbalahan, perpecahan, krisis benci membenci, huru hara, dan kacau bilau. Hilang kasih sayang
hilang persaudaraan, dan rosak akhlak. Kita akan bertambah jauh dari Tuhan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N