Langkau ke kandungan utama

ISTIQAMAH DAN BERDISIPLIN.




(Keluarga ustaz Ulfah, ibu mertuanya pernah menjaga anak-anak Abuya).



(Program bersama kawan-kawan dari Indonesia 2019).

Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi berjaya mencetuskan model perjuangan Islam yang praktikal dan berdisplin berdasarkan syariat Islam.Disiplin dan praktikal yang di perolehi daripada solat di praktikkan diluar solat atau sembahyang. Suara selawat Badwi sebelum solat adalah arahan-arahan rohani kepada hati untuk persiapan mengadap Tuhan  ketika solat. Rasulullah SAW adalah penghubung hati kita dengan Tuhan. Kerana solat itu sendiri Rasululah SAW terima dari Allah SWT di Sidratul Muntaha. Istiqamah anak cucu yang ada bersama Abuya solat berjemaah.  


Selepas solat kalau tidak keluar berXPDC, Abuya akan bertanya khabar dan berkongsi maklumat dan Abuya memberikan ilmu dan panduan. Begitulah yang berlaku setiap hari di rumah Abuya. Amalan tersebut berlaku secara istiqamah dalam keluarga Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi.
Sebelum sarapan pagi setiap orang dikalangan keluarganya diberikan tugasan. Selepas solat subuh berjemaah, Abuya pastikan tidak ada dikalangan anak cucunya yang tidur semula. Dalam Islam orang yang tidur selepas subuh menghalang malaikat membawa rezeki kepadanya.


Selepas solat subuh berjemaah suasana didalam rumah Abuya meriah. Masing-masing sibuk menerima arahan tugasan sebelum sarapan pagi. Maka
ada yang menyediakan sarapan. Ada yang ditugaskan membersihkan dalam rumah dan ada yang membersihkan halaman rumah. Ada yang menyambut tetamu dan sebagainya. Ertinya setiap anggota keluarga, masing-masing telah diagih-agihkan tugas dan peranan kerja usrah.


Disiplin yang sama ketika belajar diperingkat sekolah rendah duduk bersama datuk saya iaitu ayah Abuya kuatkuasakan disiplin yang sama kepada anak cucunya.Semua anggota keluarga dapat tugas tanpa mengira umur dan jantina. Kerja-kerja yang dibuat disesuaikan dengan umur dan
kemampuan. Pencapaian kerja mereka yang cemerlang diberikan penghargaan. Ketua keluarga mempastikan semua kerja terpimpin dan terpandu.
Lelaki dibahagian hadapan dan perempuan di belakang tabir . 


Pergerakan kerja setiap anggota keluarga akan dipantau oleh ketua keluarga atau anak yang besar wakil ketua keluarga.Roh karakter anggota keluarga yang diperolehi dari solat. Roh tersebut dikembangkan diluar solat. Pembentukan asas karakter anggota keluarga, disiplin, pengurusan masa dan bertindak mengikut arahan membentuk acuan sebenar melahirkan anggota masyarakat yang berdisiplin dan terpimpin.


Ia merupakan asas kepada disiplin Islam dalam mana-mana organisasi masyarakat Islam. Ketua keluarga membuat checklist terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh setiap individu dikalangan anggota keluarga. Sebagaimana Imam solat sebelum mengangkat takbir mempastikan setiap makmum bersiap sedia untuk solat. Hati yang telah didisiplinkan dengan khusuk dalam solat menyuburkan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Dengan berbekalkan hati yang takut dan cinta Tuhan mendorong kita patuh dengan syariat Islam.


Natijah dari solat yang khusyuk
melahirkan manusia yang ada kekuatan bermujahadah. Iaitu berjaya bermujahadah melawan nafsu. Ada motivasi dan kekuatan mendapatkan mahmudah dan membuang mazmumah. Kemuncak rasa takut dan cintakan Tuhan melahirkan hati yang taat dengan Allah SWT. Iaitu melahirkan hati yang rindu melihat tertegaknya hukum Allah di muka bumi ini.


Untuk pembinaan syakhsiah diri ia perlukan latihan yang bertubi dan istiqamah. Ilmu dan pendedahan praktikal dilakukan oleh Abuya kepada anak cucunya. Ertinya pembinaan
membina syakhsiah diri dengan menghayati ibadah agar ia berbunga dan berbuah, demi menjadi bahu-bahu yang memikul di dalam perjuangan ini, bukan hanya mata-mata yang memandang. 


Ada orang yang hanya melihat dari tingkap diajak masuk untuk turut serta bersama keluarganya.Secara praktikalnya dia berjaya mendisiplinkan dirinya dengan syariat Islam. Kemudian di ikuti oleh keluarga dan jemaahnya.
Oleh itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap istiqamah beramal adalah penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara dan menyelamatkan iman daripada serangan musuh terutama nafsu dan syaitan. Sabda Rasulullah SAW:
أحب الأعمال إلى الله أدوامها
وإقل.
Maksudnya: "Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan (berkekalan) walaupun sedikit."
(HR Bukhari-Muslim).


Yang penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Kalau tidak mampu berbuat banyak amalan, cukuplah sedikit asalkan dikekalkan (istiqamah). Daripada banyak amalan tetapi tidak kekal. Contohnya, membaca Al-Quran, cukuplah lima baris sahaja tetapi dibuat tiap-tiap hari daripada lima juzuk sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali. Begitu juga dengan sembahyang sunat pula,cukuplah dua rakaat tiap-tiap malam daripada seratus rakaat tetapi sebulan sekali. Begitu juga dengan sedekah. Biar hanya 10 setiap hari daripada 10 ringgit tetapi setahun sekali.


Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:
1. Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air kalau terus menerus memukul batu, lama kelamaan akan melekukkan pada batu. Sebaliknya kalau banjir yang datang tetapi hanya
sekali yang datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.
2. Tujuan beramal dan membersihkan hati agar iman dan akhlak subur. Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat buahnya itu. Jadi sesuatu amalan itu kita kekalkan
, maknanya kita akan sentiasa dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita.
3. Musuh kita terutama nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seimbang pertahanan kita terhadap musuh-musuh itu. Maknanya kita juga tidak pernah berehat mempertahankan iman dan akhlak kita. Imam Ghazali pernah mengingatkan, "Banyakkanlah oleh mu akan amalan yang terasa berbekas dihati."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N