Langkau ke kandungan utama

EMPAYAR HATI.




EMPAYAR HATI ROHANI.
Berpeluang solat berjemaah dengan Abuya kita dapat banyak perkara. Dapat maklumat dan ilmu dari Abuya. Kita bukan sahaja dapat ilmu, selain itu
kita dapat ulasan tentang perkembangan isu semasa. Hati yang sering berbolak-balik berhadapan cabaran hidup, kadang runtuhan itu menyebabkan perjungan hati kepada Tuannya longgar, terkadang-kadang kuat.

Duduk-duduk bersama guru mursyid kita Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi, kita dapat ilmu dan iman. Keadaan hati kita yang selalu tidak konsisten malah menyebabkan selalunya hati hanya dalam gelombang kelalaian. Ertinya hati dalam bahaya. Ia berada dalam gelombang kederhakaan dan kemurkaan Allah SWT. Peluang bersama Abuya dapat membantu kita mendidik hati yang sering lalai.

Bersama Abuya kita mendapat dunia dan akhirat. Kita mendapat Tuhan dan makan.Inilah doa yang kita di ajarkan oleh Rasulullah SAW. Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
اللَّهُمَّ آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“(Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka. (HR. Bukhari no. 4522 dan Muslim no. 2690).

Ketika bersama Abuya, kita diberi panduan berdasarkan pegangan Ahlus sunnah Waljamaah. Akal kita yang dihidupkan oleh guru mursyid dapat membawa hati berada di dalam suasana "Mut'mainah". Jiwa kita terus di subur-suburkan. Fizikal kita pula di aktifkan. Hati kita sedar terasa perlunya Allah itu pada diri kita. Barulah kita terasa patut kita menyembah-Nya. Barulah kita terasa patut kita patuh kepada-Nya.

Abuya sering kongsikan kepada kita ada khabar bushro iaitu berita gembira di akhir zaman. Allah datangkan pemimpin sebagai penyelamat dan pemimpin yang menyatukan kita umat Islam sejagat. Keterangan Hadis mengenai Al-Mahdi ada menyebut tentang bumi akan dipenuhi keadilan seperti sebelumnya dipenuhi oleh kezaliman. Ertinya dunia sudah bertukar corak dari kezaliman, kedurjanaan, kemungkaran, krisis, porak peranda dan peperangan kepada keadilan, keamanan dan kedamaian, kesejahteraan, kasih sayang, dan perpaduan.

Berlakunya perubahan kehidupan manusia itu bertitik tolak daripada perubahan hati. Kezaliman yang merata berlaku dikalangan manusia adalah berpunca daripada manusia tidak kenal Allah SWT. Manusia sudah tidak mentaati Allah SWT.Manusia sudah tidak takut kepada Allah SWT. Manusia tiada rasa bertuhan. Hati penuh subur dengan mazmumah. Maka berlakulah tindas menindas sesama manusia.

Keadilan, kedamaian, keamanan,
kasih sayang dan perpaduan yang merata pula menggantikan
kezaliman sebelumnya. Kerana hati manusia rata-rata telah beriman dan bertakwa, ketika itu manusia hidup diatas landasan syariat Allah. Manusia ketika itu hidup aman makmur. Manusia berkasih-sayang, tolak ansur dan bertolong bantu. Tiada keresahan dan kegelisahan. Masing-masing rasa puas hati,sabar, redha dengan kedudukan dan peranan masing-masing.

Begitulah seterusnya apa yang berlaku dalam kehidupan. Ada persamaan seperti yang berlaku kepada Mujaddid yang pertama iaitu Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz. Di era kebangkitan Islam pertama, para pejuangnya di anugerahkan keajaiban roh.Dan seterusnya akan berpindah pula suasana itu ke zaman ummah pimpinan Al- Mahdi. Siapa saja yang hatinya belum rosak pasti merindui dan menunggu saat dan ketika berlakunya suasana yang demikian.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N