Langkau ke kandungan utama

TEROPONG ROHANI.




Teropong adalah alat optik yang biasa dipakai untuk melihat benda-benda yang sangat jauh, .. Teropong rohani adalah satu kiasan. Dengan kita menggunakan teropong rohani dapat meneropong perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata lahir sekalipun telah menggunakan alat teropong.


Dengan menggunakan teropong rohani
 ( mata hati ) dengan dibantu oleh ilmunya, sifat-sifat mazmumah dapat ditumpaskan dan dikikis buangkan melalui proses mujahadatun nafsi. Barulah sifat mazmumah
ini dapat dikekang dan dikosongkan, yang akhirnya sifat mahmudah 
dapat diisi dalam hati.


Disinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh (hati). Supaya setelah kedua-dua nya dikesan, yang mahmudah nya dapat disuburkan dan
yang mazmumahnya dapat dihapuskan. Barulah manusia itu dapat kembali kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat diri manusia itu sendiri.


Ini kerana nilai diri manusia itu 
adalah pada sifat roh (hati)nya.
Ia jadi penentu yang
mencorak kehidupannya dan
manusia seluruhnya. Roh ini
dikekalkan untuk ditanya dan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti. Roh inilah yang mukallaf. Ia yang akan merasai nikmat atau azab.


Roh inilah juga yang akan ke Syurga atau ke Neraka bersama jasad barunya.
Allah SWT yang mencipta manusia dan Dialah paling bijak mendidik mereka. Matlamat, dasar dan pendekatan pendidikan yang termaktub di dalam Al Quran mestilah kembali dikaji, difahami, dihayati dan dilagang
untuk menyelesaikan krisis hidup yang makin kronik.


Telah ramai manusia yang ditipu
dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ.
Maksudnya:
"Apakah engkau tidak perhatikan
orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah
berdasarkan ilmu-Nya."
(Al Jasyiah  45:23).


Apabila nafsu jahat itu dibiarkan
menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada tempat, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu.Oleh itu setelah kita berjaya meneropong mazmumah yang bersarang di hati, hendaklah dihapus dan ditumpaskan sifat keji (mazmumah) tersebut. Kikiskanlah dengan menanam rasa takut dan cinta hanya pada Allah SWT. 


Rasakanlah Allah Maha Berkuasa, Maha Besar dan Allah-lah Maha Kuat dan Maha Gagah daripada segala-galanya.
Allah telah mendidik kita agar
 hanya pada-Nya kita wajib takut
dan menghinakan diri. Ini kerana
Allah-lah yang Maha Mencipta,
Maha Menganugerah, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan,dan Yang Mematikan. Allah-lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu. Allah-lah yang menentukan nasib makhluk. Allah-lah yang memberi bekas (muassir). Selain-Nya semuanya tidak lebih
 gagah, tidak lebih besar dan tidak 
memberi bekas apa-apa.
Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak besar dan hebat,
gagah dan berkuasa tapi hakikatnya semua makhluk itu tetap dalam genggaman Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N