Langkau ke kandungan utama

ROH JIHAD DALAM ISLAM.


ROH PERJUANGAN ISLAM.

Jihad atau perjuangan Islam ialah gerak diri kita, gerak akal kita, gerak kaki kita, gerak tangan kita, pergi kesana kesini memerah otak untuk memikirkan bagaimana hendak menegakkan hukum hakam Allah dalam kehidupan kita. Memerah tenaga lahir dan batin kita untuk mendaulatkan Islam
yakni agar hukum hakam Allah
itu mendapat tempat di tengah-tengah masyarakat.


Contoh kita berjuang dan berjihad membangunkan model bandar yang pernah dibangunkan oleh Abuya Syeikh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Kita buka beberapa premis untuk membangunkan model bandar seperti yang pernah Abuya bangunkan. Ada premis untuk pendidikan, ada premis untuk pasaraya, ada premis untuk klinik bersalin dan sebagainya. Apa yang dapat kita bina baru sudut lahirnya sahaja.
Ini semua jasad lahir atau rangka pada jihad atau model perjungan Islam itu. 


Rohnya, batinnya macam mana?
Di antaranya, hati mesti dibawa
sama dalam berjihad atau berjuang membangunkan model Islam tersebut. Hati mesti merasakan berjihad itu satu tanggungjawab atau satu kewajipan yang telah Allah pikulkan kepada kita. Ertinya kita berjuang bagi pihak Allah SWT, bukan bagi pihak diri kita. Bukan bagi pihak mana-mana kelompok. 
Jemaah itu hanya sebagai landasan untuk memudahkan kita berjuang dan berjihad di tengah masyarakat.


Diantara roh perjuangan Islam lagi ialah niat. Niat itu ialah kerja hati; peranan batin. Niat jihat itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah yakni hukum Allah yang lima itu. Yang wajib dan yang sunat hendak kita tegakkan dalam semua aspek kehidupan; yang haram dan makruh hendak kita hindarkan dari semua aspek kehidupan; dan yang harus, kalau boleh kita jadikan ibadah.


Seterusnya, dalam waktu kita berjuang itu hendaklah kita berasa takut kepada Allah SWT.Kerana berjuang itu simpang- siurnya dan liku-likunya terlalu banyak. Gelanggangnya terlalu luas; maka mudah saja tersalah dan tersilap. Jadi kena bawa hati sama dalam berjuang. Hendaklah sentiasa ada rasa takut kalau-kalau tersalah dan tersilap. Kalau perjungan kita tersalah dan tersilap, bukan saja kita rugi dan akan terhukum di dunia bahkan di Akhirat lebih parah lagi Allah akan hukum kita.


Di antara roh dalam perjuangan lagi ialah harapkan bantuan daripada Allah. Walaupun kita gigih dan aktif berjuang tapi hati mesti selalu saja bergantung kepada Allah SWT. Kerana mengikut pengajian dalam aqidah, usaha ikhtiar manusia itu tidak memberi bekas; yang memberi bekas atau yang menjayakan adalah Allah. Oleh itu dalam berjuang, hati mesti bergantung kepada Allah. Mesti berharap kepada-Nya.


Kemudian yang dikatakan roh jihad lagi ialah, dalam berjuang itu rasa lemah. Walaupun kita ada banyak pengikut, alat kelengkapan yang cukup dan hebat, gelanggang perjungan kita itu luas dan sebagainya, kita mesti rasa lemah dihadapan Tuhan. Sebab kejayaan itu daripada Allah, bukan dari  usaha ikhtiar kita walaupun usaha ikhtiar kita itu memang diperintahkan. Jadi walaupun riuh rendah kita berjuang, sampai kadang-kadang mulut kita menempikkan kalimah ALLAHU AKBAR tetapi hati kitamkita  tunduk dan mesti rasa lemah kepada Tuhan.


Seterusnya, dalam berjihad kita rasa syukur bila dapat kejayaan dan kemenangan. Ini juga roh perjuangan Islam. Hendaklah kita malu dengan Allah sebab kemenangan itu hadiah atau pemberian dari Allah SWT. Ia
merupakan rahmat dan nikmat dari-Nya.Kemudian, bila kita kalah atau tidak berjaya umpamanya, hati jangan rasa kecewa. Yang baiknya, hati merasa diri berdosa yang kerananya Allah tidak tolong. Tidak bolehlah disalahkan itu dan ini. Tetapi salahkan diri kita sendiri; ini tiada lain lantaran dosa-dosa kita hingga kita terhijab dari bantuan Allah. 
Oleh itu, setiap kali kita menemui kegagalan dalam berjuang, hendaklah cepat-cepat ingat kembali kepada dosa. Dosa itulah yang menghijab bantuan Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...