Langkau ke kandungan utama

ORANG BERTAQWA DI ALAM BARZAKH.


KEHIDUPAN ORANG BERTAQWA DI ALAM BARZAKH.

Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap bagaimana Islam itu mesti diperjuangkan. Cara serta strategi yang mesti digunakan dalam memperjuangkan agama Allah ini banyak digariskan dalam ucapan, ceramah-ceramah umum. Kuliah-kuliah yang disampaikan didalam pengisian pengajian fardhu Ain, kuliah-kuliah kesedaran dan kefahaman Islam.

Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi bukan saja memberikan panduan dalam bentuk teori tetapi juga mencetuskan model yang praktikal. Contoh menanamkan perasaan yang berani kepada keluarga dan pengikutnya. Suatu hari Abuya pulang dari dakwah, melalui kawasan perkuburan Islam dan dia turunkan saya dari kenderaan dan minta saya menghadiahkan Al Fatihah kepada mereka yang dikuburkan disitu. Ketika saya masih remaja, sudah tentu macam-macam perasaan takut hadir ketika itu. 

Namun Abuya hendak mendidik dan menanamkan perasaan takut hanya pada Allah. Disamping hendak mengubah persepsi saya tentang kehidupan di alam barzakh.
Roh orang bertaqwa dibantu Tuhan ketika melalui kehidupan didunia dan juga kehidupan di alam barzakh. Orang yang bertaqwa akan terus mendapat nikmat yang berkekalan. 

Mereka (yang hidup dalam suatu alam dinamakan barzakh) mengenali antara satu sama lain. Suami mengenali isterinya begitu juga sebaliknya. Bapa mengenali anaknya dan begitulah sebaliknya. Selain itu, sahabat mengenali sahabat yang lain, bahkan mereka saling ziarah menziarahi ketika di alam barzakh.

Mari kita perhatikan penjelasan para pakar tafsir mengenai kehidupan manusia di alam barzakh.Ulama-ulama tafsir ada menjelaskan potongan ayat ini:
النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا

“Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang.”
(Al Mu’kmin: 45-46).

Al Qurtubhi mengatakan,
“Sebagian ulama berdalil dengan ayat ini tentang adanya adzab kubur. … Pendapat inilah yang dipilih oleh Mujahid, ‘Ikrimah, Maqotil, Muhammad bin Ka’ab. Mereka semua mengatakan bahwa ayat ini menunjukkan adanya siksa kubur di dunia.” (Al Jaami’ Li Ahkamil Qur’an, 15/319).

Asy Syaukani –rahimahullah- mengatakan, “Yang dimaksud dengan potongan dalam ayat tersebut adalah siksaan di alam barzakh (alam kubur). ” (Fathul Qodir, 4/705). Imam Fakhrur razi Asy Syafi’i –rahimahullah- mengatakan,
“Para ulama Syafi’iyyah berdalil dengan ayat ini tentang adanya azab kubur. Mereka mengatakan bahwa ayat ini menunjukkan bahawa siksaan neraka yang dihadapkan kepada mereka malam dan siang (ertinya sepanjang waktu) bukanlah pada hari kiamat nanti.

Roh bagi orang beriman akan terus mendapat nikmat yang berkekalan. Mereka (yang hidup dalam suatu alam dinamakan barzakh) mengenali antara satu sama lain.Semasa di alam barzakh, suami mengenali isterinya begitu juga sebaliknya. Bapa mengenali anaknya dan begitulah sebaliknya. Selain itu, sahabat mengenali sahabat yang lain, bahkan mereka saling ziarah menziarahi.

Segala kebaikan dan perkara kebajikan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu didatangkan dalam bentuk kebaikan tidak kira sama ada kecil mahupun besar.Contohnya walaupun kebaikan dilakukan itu hanyalah sekadar memberi minum seteguk air kepada orang yang memerlukan tetapi pahalanya amat besar di sisi Allah SWT.

Roh bagi orang beriman akan terus mendapat nikmat.Tafsir al-Qurtubi ketika menafsirkan firman Allah“… Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”
(Al-Mukminun 23:100).

Barzakh (Bahasa Arab: برزخ‎) ialah alam kubur yang membatasi antara dunia dan akhirat. Barzakh menjadi tempat persinggahan sementara jasad makhluk sampai dibangkitkan nya pada Hari Kiamat.

Penghuni barzakh berada di tepi dunia (masa lalu) dan akhirat (masa depan). Menurut syariat Islam di alam Barzakh ini, si mayat akan bertemu dengan para Malaikat Munkar dan Nakir.Mayat sama ada ditanam, ditenggelamkan, terbakar jadi debu atau dimakan binatang; mereka disebut berada di alam barzakh. Atau dinamakan alam kubur.
Maka pengertian kubur yang dikaitkan dengan kesenangan atau azab ialah alam kubur yang berada di antara alam kehidupan dunia dengan alam akhirat iaitu alam barzakh.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N