Langkau ke kandungan utama

SEKS LUAR TABII DAN JENAYAH SEKSUAL MENJADI-JADI.
Laut Mati merupakan tasik
air masin yang terletak
di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.
Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Ia adalah kesan tempat kemurkaan Allah SWT. Dimana kaum Lut ditenggelamkan Tuhan. Kerana mereka suka melakukan seks luar tabii.
Gejala melakukan seks luar tabii dan jenayah seksual hampir setiap hari dimuat dalam berita arus perdana atau dalam media sosial. Ibubapa kalau tidak kawal media sosial yang bebas ditangan anak-anak akan merosakkan mindset mereka.
Penyakit sosial kaum Luth kini bebas berlaku dalam masyarakat.
Tidak ada orang yang suka masyarakat berpenyakit sosial, bermasalah dan timbulnya gejala-gejala negatif  berlaku di dalam masyarakat, berbagai-bagai bentuk kejahatan dan vandalisme, seperti pencurian, perompakan, perkelahian, penipuan, zina, perkosaan, tidak hormat pemimpin dan orang tua, tidak belas kasihan dengan anak-anak, merosakkan fasilitas umum, dsb. Kerana hal seumpama ini akan merosakkan ketenteraman umum dan akan menjadikan banyak orang dan semua golongan hidup di dalam kegelisahan, takut, bimbang, resah dan tidak tenang secara langsung mahupun tidak secara langsung.
Bila terjadi hal-hal negatif di dalam kehidupan bermasyarakat; lebih-lebih lagi ialah masyarakat Islam seperti yang digambarkan di atas; sudah tentu ada golongan-golongan yang memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah. Biasanya tentulah kaum cerdik pandai dan orang-orang penting masyarakat yang datang hendak memikirkan masalah itu. Masyarakat umum tentu tidak tahu bagaimana hendak mengatasinya. Mereka bingung dan di dalam kebingungan dan ketakutan mereka menunggu siapa yang akan bertanggungjawab.
Bila ada golongan yang hendak mengubati penyakit sosial masyarakat, sudah tentu mereka akan bermusyawarah dan berbincang membuat perancangan. Akhirnya rumusan-rumusan bagaimana hendak bertindak dan usaha bagaimana hendak dilakukan diambil sebagai panduan.
Mekanisme dan usaha-usaha adalah perkara kedua dalam menangani gejala-gejala masyarakat itu. Yang menjadi asas utamanya untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu iaitu tiang-tiang seri ( utama ) atau tonggak masyarakat yang hendak bertindak itu hendaknya baik lebih dahulu. Yang dimaksudkan dengan tiang-tiang seri atau tunggak masyarakat ialah seperti ketua-ketua kaum, ketua-ketua masyarakat, para-para ulamanya, cerdik pandai, pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai pemerintah, terutama pegawai-pegawai tinggi, kemudian barulah orang tua.
Mereka ini bukan saja perlu bertindak menangani masalah tetapi mereka mesti menjadi contoh kepada masyarakat. Agar orang ramai sayang, segan dan hormat. Agar orang ramai akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuh hati dan padu. Lebih-lebih lagi mereka yang menimbulkan gejala-gejala itu akan segera malu dan hormat. Menjadikan lidah mereka masin. Lebih-lebih lagi agar tidak jadi bahan-bahan ejekan di belakang mereka.
Tiang-tiang seri atau tonggak masyarakat adalah menjadi contoh, ikutan dan suri teladan kepada umum. Kalau mereka boleh menjadi contoh, usaha mereka itu akan berkesan kerana orang ramai menghormati dan malu kepada mereka. Cakap dan saranan mereka mudah diterima. Yang lebih penting dari itu adalah pertolongan Allah SWT yang akan memberi kejayaan melalui usaha-usaha mereka.
Oleh yang demikian, tonggak masyarakat itu hendaklah orang yang bagus ibadahnya, berilmu, berakhlak, seperti merendah diri, pemurah, kasih sayang, lemah lembut, jujur, simpati, bertoleransi mengutamakan orang lain dan lain-lain lagi.
Kalaulah tonggak-tonggak masyarakat dan tiang-tiang serinya baik, mereka disayangi dan dihormati. Mereka menjadi suri tauladan kepada orang ramai. Usaha mereka diterima penuh. Perjuangan mereka disokong sepenuh hati. Orang ramai malu dan insaf. Bantuan Allah pun datang kerana ketaqwaan mereka.
Tiang seri masyarakat itu ibarat tiang atau kayu. Orang ramai adalah bayangan kayu, kalau tiang atau kayu itu lurus, luruslah bayangannya. Kalau tiang atau kayu itu bengkok maka bengkoklah bayangannya. Begitulah teras-teras masyarakat itu apabila orangnya baik-baik, maka baiklah masyarakat. Orang ramai mudah mengikut dan meniru. Lebih-lebih lagi yang diikut itu, orang yang mereka sayang dan hormati.
Pada hari ini bagaimanalah gejala masyarakat ini hendak dapat ditumpaskan kerana tiang utama atau tunggak-tunggak masyarakat yang menguasai masyarakat serta ingin bertanggung jawab kepada masyarakat itu, sebahagian besarnya orang-orang yang tidak disayangi dan dihormati.
Bahkan ada kalanya usaha-usaha mereka itu jadi bahan-bahan ejekan. Kalau tidak terang-terangan pun berlaku di belakang mereka. Kerana orang ramai dan penjahat-penjahat masyarakat itu tahu keburukan yang dilakukan oleh tunggak-tunggak masyarakat itu. Hingga mereka tidak disayangi dan dihormati lagi. Orang ramai tidak mahu menyokong sepenuh hati. Orang-orang jahat masyarakat bertambah benci. Adakalanya mereka bertambah marah dan berdendam. Mereka bertambah lagi membuat tindakan-tindakan liar dan ganas yang lebih menyusahkan lagi.
Sebagai contoh kejahatan-kejahatan orang yang menjadi tiang seri masyarakat ini, mungkin mereka tidak bersikap vandalism tapi sombong dan pemarah. Kalau mereka tidak  foya-foya, korupsi. Kalau mereka tidak mencuri tapi tamak dan bakhil. Kalau mereka tidak berzina tapi mementingkan diri sendiri, kalau mereka tidak bergaduh tapi riyak, suka glamour, ingin nama. Kalaupun orang ramai tidak tahu, kerana mereka tidak melakukannya di hadapan orang ramai, tapi Allah Taala tahu. Maka di sinilah usaha-usaha mereka Allah tidak bantu.
Hari ini golongan-golongan tonggak masyarakat, ramai lagi yang tidak atau belum sedar tapi ingin menyedarkan orang. Mereka kurang sangat membaiki diri. Tapi menyuruh orang ramai membaiki diri. Mereka mahu mengubah pengacau-pengacau masyarakat. Tapi mereka tidak mahu merubah diri.
Lebih-lebih lagi di dalam mereka tidak berubah, mereka mengata, menuduh, menuding jari dan menghina golongan yang dianggap menimbulkan gejala masyarakat. Bukan saja orang jahat sakit hati, orang baik pun benci.
Kerana orang ramai tahu, mereka juga perosak masyarakat tapi bentuknya saja yang tidak sama. Orang muda dengan caranya. Mereka dengan cara mereka tersendiri pula. Orang ramai melakukan gejala di tengah ramai yang terbuka tapi mereka melakukan di tempat-tempat yang tertutup, di tempat-tempat yang eksklusif. Kalau masyarakat ramai tidak tahu tapi bolehkah lari daripada pengetahuan Allah?
Kadang-kadang mereka itulah yang membuat program untuk menangani masalah-masalah masyarakat. Agar masyarakat bersih daripada segala bentuk jenayah dan daripada segala bentuk gejala yang negatif. Bagaimanalah Allah mahu membantu usaha-usaha itu kalau Allah Taala telah murka kepada penganjur-penganjurnya.
Akibatnya habis masa, terkorban wang, sia-sia saja tenaga, hasilnya tiada. Gejala tetap terus berlaku. Adakalanya ia lebih buruk lagi. Oleh itu kita tidak cukup sekadar usaha saja, bantuan Allah itu amat diperlukan dan kenalah diambil kira. Jika Allah Taala tidak membantu usaha-usaha kita kerana dosa-dosa kita, sia-sia saja usaha kita. Bahkan adakalanya menambahkan dosa lagi serta gejala masyarakat tidak juga pulih dan bersih. Kita hendak membenteras gejala seks bebas dan songsang tetapi kita dilihat seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.
BANJIR kilat, gempa bumi, ribut petir, taufan dan pelbagai lagi bencana alam yg berlaku di atas muka bumi ini adalah amaran daripada Allah SWT agar manusia beringat.
Selain daripada itu, di dalam Al-Quran, Allah SWT banyak menceritakan kisah umat-umat terdahulu supaya kita mengambil pengajaran.
Contohnya, sebanyak 9 kali Allah SWT menceritakan di dalam surah-surah berbeza dengan gaya bahasa yang berbeza mengenai kisah kaum Nabi Lut yang lebih menyukai hubungan sejenis berbanding perkahwinan yang dihalalkan oleh Allah SWT, lalu Allah SWT menurunkan bala kepada mereka yang kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini. Berikut adalah ayat-ayat tersebut:
1-Surah Al-A’raf (80-84).
"...Nabi Lut mengingatkan kaumnya, patutkah kamu melakukan perbuatan keji. Iaitu mendatangi kaum lelaki untuk memuaskan nafau dan meninggalkan Isteri..."
2. (Surah Hud (77-83).
"Hari ini adalah amat mencemaskan. Dan kaum Nabi Lut pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya),
3. Surah Al-Hijr (57-77).
"...kami (malaikat) datang kepada kaummu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.
4. Surah Al-Anbiya’ (74).
"...bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji;...
5. Surah As-Syuara’ (160-175)
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
6. Surah Al-Naml (54-58)
54) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu.
7. Surah Al-Ankabut (28-35).
...Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?.
8. Surah As-Saaffat (134-138)
Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus...
Dan ke 9. Surah Al-Qamar (33-40). 33. (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N