Langkau ke kandungan utama

GENERASI SUFI BERTEKNOLOGI.



MELAHIRKAN GENERASI SUFI BERTEKNOLOGI.


Agama Islam itu adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin,dunia dan Akhirat. Mengkaji ilmu Islam yang sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dalam satu minggu seperti mana  berlaku di sekolah-sekolah sekular sekarang ini. Sebab itulah hari ini ramai umat Islam yang tidak tahu betul tentang agama anutannya sendiri sekali pun mereka beranggapan mereka lebih tahu dan faham serta berautoriti kerana mereka lulusan dari universiti Islam. Walhal hakikat sebenarnya, mereka belum mengetahuinya.


Abuya Imam Asha'ari Muhammad At Tamimi melahirkan generasi berjiwa besar. Melalui didikannya beliau melahirkan keluarga dan anak-anak muridnya yang berjiwa besar.
Mereka yang menerima pendidikan Abuya berani berdepan dengan siapa saja.

Sekolah yang Abuya dirikan pada tahun 1975 telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang pandai berniaga dan berdikari. Kemuncak mereka yang ada disekolah & sekolah Abuya ketika itu seramai  10 ribu pelajar.


Pelajar-pelajar didedahkan dipremis-premis perniagaan untuk mendapatkan ilmu dan  pengalaman dalam berniaga. Terdidik menyebarkan risalah dakwah di tengah- tengah masyarakat. Mereka juga mendapat latihan praktikal mengenal masyarakat melaui ORD. (Operasi Risalah dakwah).
Ketika itu apabila ditanya kepada pelajar-pelajar di sekolah Abuya, mereka akan berkongsi maklumat tentang masyarakat yang mereka kenali. Hasil pendedahan ORD. Mereka boleh kongsi dan menceritakan kategori umat Islam yang terdapat  dalam negara kita di bumi Malaysia.

Mereka mengenal watak dan kelas manusia ini. Mana kelompok masyarakat yang sombong, mana kelompok masyarakat yang dermawan, golongan mana yang bakhil, dikawasan mana orang kaya dan daerah mana kelompok yang tidak mahu bertemu dengan orang apa lagi hendak bergaul dengan mereka.


Mereka tahu baca watak rakyat Malaysia. Mereka ada pengalaman bagaimana hendak mendekati tiap-tiap kelompok tadi. Orang begini mereka pandai hidup sekalipun tanpa sijil. Mereka tidak mengharap rezeki datang menggolek. Tidak ada istilah menganggor dalam kamus hidup mereka.


Hasil banyak pendedahan
dapat membentuk watak
pelajar-pelajar yang pandai
berdekari. Bertanggungjawab
dan rela berkorban untuk agama. Dengan cita-cita Islam
yang ditanam kedalam jiwa
mereka. Natijahnya sanggup
menjadi pejuang dan berkorban
untuk agama


"Antara sebab hancurnya sebuah jemaah Islam itu kerana gagal melahirkan barisan pelapis."
Mereka membesar di tengah kepesatan kemajuan sains Kdan teknologi. Mereka tidak canggung dengan kemajuan
teknologi canggih dan tahu menggunakannya untuk mengatur hidup. Dalam masa yang sama, mereka tidak membiarkan diri mereka menjadi hamba teknologi. Justeru mereka telah dilatih memanfaatkan sains dan teknologi untuk menegakkan agama Allah. Mereka adalah generasi sufi berteknologi.

Pendidikan yang mereka terima sangat menekankan jiwa sufi. Mereka tidak perlu terlalu bersusah payah untuk memilikinya kerana sejak kecil telah dilatih mengikis mazmumah dan menyubur kan mahmudah. Mereka dilatih mengambil dunia untuk jambatan ke Akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N