Langkau ke kandungan utama

DUNIA IBARAT ANAK GADIS



(Dunia ibarat anak gadis).

DUNIA LAKSANA ANAK GADIS.
Allah SWT menjadikan dunia ini begitu indah pada pandangan mata. Tuhan menggerakkan keinginan hawa nafsu terhadap dunia.Rasulullah SAW bersabda:” Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikanmu khalifah di muka bumi agar Allah melihat apa yang kalian kerjakan."maka hati-htilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah kalian terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah pertama bani Isra’il adalah fitnah wanita”(HR Muslim).


Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:“Telah dihiasi pada diri manusia kecintaan terhadap wanita, anak, harta benda yang berupa emas, perak, kuda tunggangan, binatang ternak dan sawah ladang, yang demikian itu adalah perhiasan hidup di dunia , dan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali.”
 (QS Ali Imran3:14).


Lantas persoalannya adalah bagaimana seharusnya manusia menghadapi hal ini? Dalam surat al-Kahfi ayat 7 Allah berfirman
اِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى اْلاَرْضِ زِيْنَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ اَيُّهُمْ اَحْسَنُ عَمَلاً (الكهف: 7)
“Sesungguhnya kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk menguji mereka, siapakah yang terbaik amalnya.” (QS al-Kahfi: 7).


Dalam keadaan demikian, Allah mahu manusia menguruskan dan mentadbir dunia dengan adil dan telus. Tanpa khianat dan tanpa kepentingan apa-apa selain kerana Allah SWT semata-mata. Ertinya, Allah mahu menguji manusia, siapa yang dapat mengalahkan nafsu.
Atau mengatasi keinginannya
mengikut kehendak-kehendak
Allah SWT. Inilah ujian iman dan taqwa. Siapa yang kuat iman dan taqwanya dapatlah mengutamakan Allah daripada nafsunya. Sebaliknya siapa yang
lemah iman dan tiada taqwa nescaya dia tidak dapat lepas daripada kongkongan nafsunya.


Nescaya ia akan khianat dan merangkul dunia hanya untuk dirinya.
Jadi kelezatan rasa dan bagusnya pemandangan dijadikan Allah sebagai cobaan atau ujian, dan manusia dijadikan khalifah di dalamnya  untuk dilihat apa yang akan mereka kerjakan, siapakah yang terbaik amalnya. Barang siapa yang memperoleh dunia dengan cara yang halal dan menempatkannya pada tempat yang semestinya (dipenuhi hak-haknya), kemudian minta tolong pada Allah agar dunianya dapat mengantarkannya dalam menegakkan pengabdian pada Allah, maka dunianya akan menjadi bekal dan kendaraan baginya menuju ke kampung yang lebih mulia dan lebih kekal. Dengan demikian sempurnalah bagi mereka kebahagiaan dunia dan akhirat.


Sebaliknya orang-orang yang menjadikan dunianya sebagai himmahnya yang terbesar dan menjadi puncak tujuan hidupnya, maka ia tidak akan mendapat apa-apa kecuali yang telah digariskan padanya, dan setelah itu tiada lagi baginya kecuali kesengsaraan.
Perbandingan dunia ini ibarat anak gadis yang cantik.  Setiap mata melihatnya tertarik dan ingin memilikinya. Kemudian si gadis diserah oleh si penjaganya kepada kita untuk dipelihara. Agar diselamatkan daripada godaan atau gangguan orang luar. Supaya si gadis hidup dalam keadaan terkawal, selamat dan berbahagia. Dan supaya kita pun selamat.


Urusan ini tidaklah susah sekiranya hati
kita tidak inginkan si gadis. Tetapi disebabkan kita sendiri mempunyai keinginan yang kuat untuk menggoda dan memilikinya, maka hal ini akan menjadi satu ujian besar kepada kita. Bukanlah terlalu susah hendak menjaga agar orang lain tidak mencerobohinya, tapi yang lebih susah lagi ialah bagaimana hendak menjaga diri sendiri supaya jujur dan adil serta
tidak khianat terhadap gadis
itu. Supaya si gadis selamat daripada godaan kita yang di amanahkan untuk menjaga nya.


Biasanya yang paling baik dapat
kita buat ialah kita pinang si gadis untuk diri kita. Maknanya kita dapat memilikinya secara suci dan terhormat. Tetapi umumnya yang berlaku ialah,
'harapkan pagar, pagar makan padi'. Sebelum orang lain, kita dulu yang menggodanya. Pengurus sendiri yang merosakkan si gadis dengan cara-cara yang sungguh memalukan.


Demikianlah halnya kita dengan dunia ini. Allah SWT mengamanahkan kepada kita sesuatu yang sangat kita cintai.Harta, pangkat, wang, rumah besar, isteri cantik, anak-anak kesihatan, kepandaian, ilmu, pembangunan, kebun-kebun yang indah, kemudahan hidup dan serba serbi lagi. Allah mahu kita tadbir dunia ini mengikut hukum Allah SWT.


Adapun puncak dari hubbun dunyaadalah fitnatun nisa` (fitnah wanita), karena fitnahnya sangat besar. Terjatuh di dalamnya akan mendapat bahaya yang sangat besar, kerana ia adalah mashaidu as-syaithan wa habailuhu (buruan syaithan dan perangkapnya).Dari sinilah Nabi secara khusus mengkabarkannya berkaitan dengan kehancuran umat sebelum kita, agar dapat diambil pelajaran dan dijadikan nasihat bagi orang-orang yang bertaqwa.
           

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…