Langkau ke kandungan utama

KEADILAN PALING UTAMA.



Keadilan yang paling pokok dan utama ialah apabila roh manusia itu mengenali Penciptanya iaitu Allah SWT. Melalui pimpinan guru mursyid dapat membantu kita menegakkan keadilan ke atas roh. Tubuh kita terdiri daripada tiga unsur. Iaitu unsur jasmani yang tersusun daripada sejumlah anggota tubuh, urat-urat dan sel, kemudian unsur yang tidak dapat dilihat atau maknawi yang mendorong kita untuk melakukan apa jua tindakan zahiriah. Terakhir unsur roh yang merupakan faktor hidup yang menerangi jiwa.

Contoh adil pada barang, iaitu sesuatu itu diletakkan ditempatnya, pisau potong sayur tempatnya di dapur bukan di ruang tamu atau di atas katil. Bantal dan tilam diletakkan di bilik tidur bukan didapur. Kalau peralatan masak berada diruang tamu ertinya tidak meletakkan ditempatnya. Kita sudah tidak berlaku adil dan  lain-lainnya. Begitulah beberapa contoh.

Satu masa Abuya melihat selipar dan kasut berselerak di pintu masuk rumah. Abuya pun menegur anaknya, kalau selepar pun tidak boleh disusun, bagaimana hendak mengatur dan mengurus manusia.Sesungguhnya tubuh itu adalah alat. Hati, roh atau jiwa yang halus mempengaruhi diri kita. Ia ibarat raja dalam diri kita. 

Roh atau hati yang cinta dan takut dengan Tuhan menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.Konsep keadilan yang kita perkatakan ini pernah berlaku di era kebangkitan Islam pertama.

Perkara yang sama akan berulang di era kebangkitan Islam sekali lagi. Keadilan paling pokok ini akan berlaku setelah manusia itu kenal Tuhannya. Rasa cinta dan takutkan Tuhan sehingga terbakar mazmumah yang menjadi racun perosak kehidupan manusia.Adil disini ialah apabila manusia dapat meletakkan  kecintaan dalam hatinya hanya kepada Allah sebagai cinta agungnya. 

Adil terhadap hati atau jiwa atau roh.Hendaklah perasaan-perasaan itu diletakkan pada tempatnya seperti merasakan kebesaran Allah, rasa takut kepada Allah, rasa malu, rasa rendah diri, rasa cinta kepada-Nya, rasa lemah, rasa harap, rasa berdosa, rasa pemurah, rasa kasih sesama manusia, rasa belas kasihan terhadap orang yang susah dan lain-lain lagi.

Jika berlaku sebaliknya, iaitu rasa-rasa hati itu diletakkan pada rasa sombong, rasa megah, rasa ujub, rasa dendam, rasa marah, rasa bakhil, rasa tamak, rasa tidak pernah cukup dan lain-lain lagi rasa yang dilarang oleh Allah Taala, hukumnya zalim.

Adil atau keadilan adalah satu daripada sifat mahmudah iaitu sifat-sifat terpuji, yang Allah Taala wajibkan setiap mukallaf mesti memiliki atau menjadi pegangan setiap orang. Dan sifat ini adalah bertaraf sejagat.Ertinya ia diterima bersama oleh seluruh manusia sama ada orang Islam mahupun yang bukan Islam.

Walaupun sifat adil itu bersifat sejagat, diterima bersama oleh semua manusia namun setiap diri manusia itu amat susah sekali untuk dapat memiliki sifat itu tapi setiap orang itu suka kalau 
orang lain berlaku adil kerana ia menguntungkan diri, walaupun tidak boleh berlaku adil pada orang lain. Kerana itulah lumrah berlaku di dalam kehidupan bermasyarakat perkataan keadilan itu dikumandangkan, dislogan, diperjuangkan adalah untuk orang lain mengamalkan seperti kerajaan mengamalkan, majikan melaksanakan, bukan memperjuangkan keadilan itu dengan tujuan untuk dapat diamalkan pada diri masing-masing atau setiap orang.

Sepatutnya sifat keadilan itu diperjuangkan agar ia dapat dimiliki terlebih dahulu oleh setiap diri orang yang memperjuangkan keadilan itu, sebelum ia dapat diamalkan oleh orang lain.Tapi kita merasa pelik, pejuang-pejuang keadilan memperjuangkan sifat keadilan itu di seluruh dunia agar orang lain berlaku adil, bukan mereka berusaha berlaku adil. Justeru itu kebanyakkan orang melihat tidak adil itu adalah orang lain bukan diri sendiri.

Sebenarnya atau sepatutnya setiap orang itu apabila memperjuangkan keadilan agar ia menjadi milik dirinya. Apabila ia mempunyai sifat itu akan berlakulah adil kepada orang lain. Begitulah tuntutan dari Islam, apabila menyebut keadilan, ia mesti dilakukan oleh setiap mukallaf, bukan mendesak agar dilakukan oleh orang lain. Sedangkan diri sendiri tidak payah.
Adil adalah kewajipan setiap orang, kemestian setiap individu. Sesiapa yang tidak bersifat adil adalah satu kesalahan. Berdosa di sisi Tuhan. Kalau tidak bertaubat, ke Nerakalah padahnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N