Langkau ke kandungan utama

ABUYA ADALAH PEMIMPIN ROHANI DI ERA TEKNOLOGI.



Pemimpin rohani sangat mengambil berat dan mendidik hati kita supaya pandai merintih dengan Tuhan. Dunia era sekarang menyaksikan dua bentuk kepimpinan iaitu kepimpinan kapitalis dan kepimpinan rohani. Kepimpinan akal yang hanya bersandarkan akal hanya mementingkan pencapaian teknologi sekalipun insaniahnya hancur. Kepimpinan rohani yang membina insaniah manusia, jiwa manusia atau hati di persiapkan supaya pandai bergantung dengan Tuhan. Kepimpinan rohani disamping mendidik hati manusia juga tidak abaikan teknologi yang boleh di manfaatkan untuk Islam. 


Pertembungan kepimpinan rohani dan kepimpinan yang masih mengagungkan akal sangat ketara. Contoh apa yang berlaku sekarang pemimpin yang membesarkan akal diperingkat awal masih memperjuangkan Islam. Semakin dihujung kepimpinan yang mengagungkan akal nama Islam sudah tidak disebut tetapi menjadi pejuang LGBT. Pemimpin-pemimpin bertunjangkan akal sedang buntu untuk mempertahankan saki baki umur sistem Komunis dan sistem Demokrasi yang akan tumbang. Dunia menyaksikan Rusia keluar dari bumi Afghanistan cukup terhina dan mengingatkan Amerika hasil yang mereka alami supaya Amerika tak perlu mengulangi kesilapan mereka dengan kekalahan yang cukup terhina.


Rusia bapa kepada sistem Komunis lebih awal sudah tidak mampu untuk mengikat negara-negara yang bernaung dibawahnya. Ibarat seperti bapa dalam keluarga menghalau anak-anaknya keluar dari rumah dan mencari makan sendiri. Barat sedang menyusul nasib yang sama, seperti Britain tarik diri daripada kesatuan Eropah. Kiasan yang Abuya tulis pada bukunya Barat di ambang maut. Semuanya terjadi di hadapan mata kita. Saki baki sistem sosialis yang memerintah di beberapa dunia akan berakhir. Kapitalisma yang mengusai kehidupan manusia akan di tolak manusia sejagat. 


Kesempatan masa muda yang ada pada diri kita gunakanlah untuk Islam. Masa muda ambil peluang kuasai ilmu dunia dan ilmu agama. Kuasai ilmu teknologi untuk di jadikan kekuatan tambahan membela Islam. Gunakanlah peluang dan kesempatan masa muda yang ada membela Allah dan Rasulullah. Buatlah sesuatu supaya kita ada bekalan amalan ketika bertemu Tuhan. Buatlah sesuatu sebelum peluang yang Allah berikan akan berlalu dan terlepas begitu sahaja. Peluang masa muda tidak akan berulang lagi. Kalau sudah tua nak pertahankan ibadah yang sedia ada pun jenuh. Betapalah hendak menambah amalan-amalan lain sedangkan fizikal pun sudah tidak berupaya. Gunakanlah waktu dan kesempatan dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut. 


Di kesempatan yang ada pada kita ambillah peluang apabila masyarakat sudah sedar betapa kerosakan yang berlaku berpunca dari fahaman sosialis atau dari fahaman kapitalis yang telah meruntuhkan budaya hidup Islam dan berjaya menukarnya dengan budaya Barat. Kerosakan umat kesan dari fahaman dan budaya hidup ideologi tersebut ada dikalangan umat Islam sudah tercabut iman mereka. Tidak yakin lagi hidup beragama. Tetapi setelah melihat akibat meninggalkan hidup beragama manusia semakin parah lebih dahsyat dari kehidupan binatang. Apabila mereka sudah lemas dengan Kehidupan begitu mereka ingin diselamatkan.
Peluang kita hidangkan budaya hidup beragama. Kita kenalkan indahnya hidup bersama Tuhan. Kerana Tuhan Maha penghibur, ini terserlah pada sifat Rahman dan sifat RahimNya. Kita hidangkan sifat Rahman dan sifat Rahim Tuhan kepada masyarakat yang kehausan kebenaran.


Hadis Nabi tentang “lima perkara sebelum lima perkara” itu maksudnya adalah supaya kita mempergunakan waktu dan kesempatan dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut. Hadis tersebut diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak.

Lima perkara tersebut adalah sebagai berikut:

1. “Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu”.
 
Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan, kesuksesan, dan keberhasilan, karena masa mudalah kita mempunyai ambisi, keinginan dan cita-cita yang ingin kita raih, bukan berarti masa tua menghalangi kita untuk tetap berusaha mencapai keinginan kita, tapi tentulah usaha masa tua akan berbeda halnya dengan usaha saat kita masih muda. Maka dari itu masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.

2. “Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu”.
 
Disini kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar boleh diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri maupun orang lain. Misalnya, menengok saudara ketika ada kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi untuk sekedar mengunjungi kerabat.

3. “Pergunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu”.
Hal ini juga anjuran agar kita senantiasa waspada pada segala kemungkinan yang sifatnya diluar prediksi manusia, seperti halnya sakit. Sakit disini bukan sebatas sakit jasmani, tapi juga sakit rohani. Maka ketika
kita sehat jasmani-rohani, hendaknya kita senantiasa mempergukannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa mengulur-ngulur waktu.

4. “Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu”. 
Tidak terlalu jauh berbeda dari penjelasan di atas, ketika kekayaan ada pada kita, baik itu berupa materi atau lainnya, maka hendaknya kita memanfaatkannya sebaik-baiknya, jangan menghambur-hamburkan.

5. “Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu”. 
Yang terakhir ini merupakan cakupan dari empat hal diatas. Ketika kita diberi kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang tiada duanya. Karena kesempatan hidup tidak akan datang untuk kedua kalinya. Kehidupan harus dijalani sesuai tuntutan kemaslahatannya.


Abuya Imam Ashaari At Tamimi adalah pemimpin rohani yang hebat kerana kita dapat menyaksikan bagaimana beliau tak pernah jemu mendidik kita supaya kita dapat membena jiwa dan mensucikannya dari kotoran mazmumah. Beliau tertonjol kepimpinan rohaninya dan masa yang sama beliau dapat mencetuskan pelbagai Projek dan menjalankan banyak perniagaan dalam pelbagai bidang. Didalam Projek dan perniagaan tersebut ramai yang dapat menikmati rezki halal.

"Berfikirlah, berkemajuanlah 
dan membangunlah 
Sejauhmana yang termungkin 
asalkan ditunjangi oleh iman 
ia tidak akan sesat."


Tidak salah untuk kita mendapat kejayaan tidak kira apa bangsa sekalipun, samada Islam atau bukan Islam, yang tua atau yang muda, lelaki atau perempuan. Bagi orang bukan Islam untuk mendapat kejayaan tentulah berbeza dari orang-orang Islam. Kerana Allah berfirman: "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". (Al-Kaafiruun 109:6).


Maka bagi orang-orang bukan Islam, kejayaan yang dimaksudkan adalah berbentuk material seperti kekayaan, kelulusan, kedudukan dan kepentingan duniawi. Kejayaan orang-orang bukan Islam ini adalah bersifat sementara yang hanya menjadi kebanggaan di dunia tapi menjadi azab di Akhirat kelak. Tidak salah untuk kita memiliki kekayaan, kelulusan dan kedudukan asalkan ianya bertunjangkan kepada iman dan taqwa. Segala apa yang kita miliki di dunia ini, kiranya dapat membawa iman dan taqwa, kita akan mendapat keselamatan di dunia ini, lebih-lebih lagi mendapat keselamatan di hari Akhirat. Inilah kejayaan yang sebenar. Jelas di sini matlamat kita adalah kebahagian di Akhirat. Bagi manusia yang memahami kejayaan dan matlamat yang sebenar pasti bersedia mengorbankan apa saja demi mencapai matlamat itu. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N