Langkau ke kandungan utama

ETNIK YANG MENJADI PAYUNG KEPADA BANGSA LAIN.




Di-celah-celah kehancuran dan keruntuhan moral di dunia hari ini, muncul satu "etnik baru " dari sebelah Timur. Kemunculannya untuk menyuburkan keyakinan dan kepercyayaan umat Islam bahawa zaman keangkuhan empayar Barat sudah sampai ke titik penghujung. Etnik baru itu tampil untuk membenarkan janji Allah Islam akan bangkit kembali di sebelah Timur. Daerah kelahiran pencetus etnik baru ini, telah dipilih sebagai gelanggang asas kebangkitannya. Mereka datang dari Timur itu membawa harapan yang besar. Perjuangan Abuya Imam Ashaari At Tamimi yang menjadi pencetus etnik baru ini untuk sama-sama mendukung kebangkitan Islam kali kedua ini. Mereka datang bersama cahaya harapan kepada umat Islam dengan pendekatan kasih sayang dan kaedah serta formula tersendiri.


Mereka adalah etnik baru datang dari sebelah Timur. Ciri-Ciri mereka yang menjadi etnik baru ini yang akan menjadi payung kepada bangsa lain. Di mana kebenaran yang ada pada mereka terserlah. Kebenaran yang dimaksudkan ialah: • Kasih sayang • Keadilan • Perikemanusiaan yang amat tinggi • Rasa bersama dan bekerjasama • Kesatuan dan perpaduan • Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur • Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan • Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia • Memikirkan kepentingan orang lain • Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian.


Umat Islam meletakkan harapan tinggi kepada Agong moga dapat mengembalikan semula kebenaran yang di nanti-nantikan oleh semua bangsa dan agama yang ada di Malaysia. Kebenaran yang telah di sebutkan seperti di atas. Inilah yang Abuya kongsikan dengan kita sebelum ini bahawa Raja ada peranan pada kebangkitan Islam sekali lagi. Dengan tertabalnya Sultan Muhammad V menjadi Agong berkuasa selama 5 tahun menerajui Malaysia. Semoga di era kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 dapat membenarkan kebenaran "kebangkitan intitusi raja-raja ada peranan. Iaitu kegemilangan Islam kali kedua bukan satu ramalan, rekaan atau khayalan. Ianya pasti terjadi kerana ianya merupakan janji dari lidah Rasul SAW."


Etnik baru yang menjadi payung kepada bangsa lain sifatnya lemah lembut, dia tegas dalam perjuangan. Walaupun banyak menyerah diri kepada Tuhan, dia tahan di uji. Kalau di timpa pelbagai ujian, bertambah keyakinannya, bertambah optimisnya dan bertambah sangka baiknya dengan Tuhan. Jiwanya kukuh dan kental. Apa sahaja yang diperjuangkan ditegakkan pada dirinya terlebih dahulu. Kita boleh buat apa yang dia buat. Kita boleh amal apa yang dia amal. Dia boleh jadi contoh tidak mancam pejuang lain. Pejuang kebenaran boleh dijadikan tauladan. Pejuang lain perlu dijadikan sempadan. Pejuang lain selesaikan dengan akal, walaupun masalah itu bersabit dengan hati dan jiwa manusia.


Kita bersyukur kepada Allah di anugerahkan raja yang berperanan di era kebangkitan Islam. Sebelum ini sultan Mizan terengganu sangat memberi laluan kepada perjuangan Abuya. Ibunda Sultan Mizan berguru Quran yang sama dengan Abuya iaitu Ustaz Hasan Azhari yang anaknya kini selebriti yang tidak asing iaitu Jamaluddin Hasan Azhari. Anak-anak Abuya keluar masuk istana terengganu adalah perkara biasa dengan tujuan dakwah. Melalui kumpulan nasyid yang di terajui oleh anak-anak perempuan Abuya iaitu kumpulan Mawaddah yang tidak asing lagi membawa mesej dakwah Islam. Kini kita dan dunia sudah menyaksikan pertabalan sultan Kelantan sebagai Agung. Iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan Muhammad V telah melafazkan sumpah memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016. Intitusi raja-raja memainkan peranan penting di era kebangkitan Islam kali kedua. Umat islam akan kembali gemilang. Saat dan ketikanya sudah menjelang tiba. Kita bersyukur Allah izinkan bersama berada di era kebangkitan Islam yang kedua bakal mencorak dunia baru Islam sekali lagi di Akhir zaman. 


Perjuangan kebenaran itu walaupun membawa Tuhan, membawa Islam, orang yang tidak Islam pun suka. Sebab kebenaran itu kepunyaan bersama. Islam atau tidak Islam, itu hidayah dari Tuhan, bukan hak kita. Tetapi berkaitan dengan kebenaran, kerana ia keperluan semua bangsa maka semua bangsa dan etnik boleh terima walaupun tidak Islam. Itulah dia di antara ciri-ciri kebenaran yang tersirat dan yang lahir. Kalau kita bahaskan, banyak lagi. Tapi sekadar itu sudah cukup. Dengan itu diharapkan dapat kita bezakan antara pemimpin kebenaran dengan yang bukan kebenaran. 





















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N