Langkau ke kandungan utama

PENYAKIT JIWA MAZMUMAH LEBIH BAHAYA.

Bagaimana penyakit jiwa boleh berlaku? Manusia rasa dia ada kuasa. Dia rasa dia kuat dan boleh buat apa sahaja. Bila ada cabaran dan tekanan hidup, rupanya dia tidak ada kuasa. Dia rasa tertekan. Bagaimana dia hendak menangkisnya? Bila tidak dapat menangkisnya, jiwa rasa stress, jiwanya derita, dia rasa tension dan mengalami stress. Oleh kerana manusia tidak ada kuasa untuk hadapi cabaran dan kesusahan, maka fitrahnya ingin agar ada orang yang membela dan menyelamatkan dia. Bila ada masalah, dia ingin agar ada orang yang menolong. Tetapi siapa yang boleh menolong? Adakah manusia, sedangkan semua manusia mempunyai masalah yang sama. Apakah haiwan, atau tanaman sedangkan mereka tidak berakal. Apakah harta benda atau mesin atau ilmu? Sedangkan semua itu adalah rekaan manusia sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa.


Kalau begitu, manusia perlukan satu Zat yang Maha Agung yang kuasaNya tiada mula dan tidak terbatas. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya dengan berkata jadi maka jadilah. Dia Zat yang Maha Menyelesaikan segala masalah manusia. Dia doktor yang Maha Pakar dan menyembuhkan penyakit jiwa manusia. Dia tidak bertempat dan tidak tertaklok kepada ruang dan masa.Dia boleh dihubungi, boleh menghubungi dan boleh menyelesaikan masalah seluruh manusia dan makhluk-Nya serentak dalam satu masa di mana sahaja.


Malangnya, ramai manusia tidak percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham peranan Tuhan. Lebih-lebih lagi tidak cinta dan tidak takut Tuhan. Inilah menyebabkan jiwa jadi kosong. Inilah dia asas bagi penyakit jiwa. Kalau kita tidak tahu bahawa Tuhan ada peranan dalam kehidupan ertinya kita tidak ada pelindung, dan tidak ada pembela. Apabila ada masalah kita tidak ada tempat rujuk dan tempat mengadu. Kita tidak ada tempat bergantung. Kalau kekosongan jiwa ini berlaku satu hari, tidak mengapa. Tetapi kalau berlaku bertahun-tahun, ia jadi barah. Akhirnya barah ini pecah dan lahirlah penyakit jiwa. Manusia lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar kepada suatu kuasa yang gagah, perkasa dan mutlak iaitu Tuhan. Barulah hati manusia akan menjadi teguh dan kuat.


Manusia perlu kepada Tuhan. Manusia perlu rasa bertuhan. Tuhan adalah segala-galanya. Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. Kurang rasa bertuhannya, maka kuranglah kekuatan jiwanya. Kuat rasa bertuhannya maka kuatlah jiwanya. Kalau seseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan dengan Tuhan, percaya pun tidak, kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi lemah dan rosak, dan akan dihinggapi penyakit. Akan timbullah rasa kosong, risau, rimas dan runsing. Akan hilanglah ketenangan jiwa.

Maksudnya: "Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati menjadi tenang". (Ar Raad:28).

Kesan penyakit jiwa yang lebih parah, orang sakit jiwa ini terdedah kepada berbagai-bagai bahaya. Dalam hendak mengubat jiwanya yang parah dan menderita itu bukan terhenti setakat menagih dadah. Ini dianggap ringan. Dalam kes-kes yang lebih berat, ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Ini penyakit yang maha besar. Dia akan ditimpa seksa Neraka yang amat dahsyat, kekal abadi selama-lamanya.


Ada pula pesakit jiwa yang mencari ketenangan dengan membunuh orang sesuka hati. Dia rasa dengan membunuh orang, hati dia jadi tenang. Ada yang suka hirup darah binatang atau darah manusia. Ada yang mencari ketenangan dengan merogol. Ada yang mencari ketenangan dengan merosakan harta umum (vandalisme). Pada hal, bagi orang yang sihat jiwa, semua perbuatan ini dirasakan keji dan jijik dan mendatangkan rasa bersalah (guilty conscious). Bagi orang yang sakit jiwa, dia melakukan semua itu untuk mendapatkan ketenangan. Bagi mereka, itu disangkakan ubat. Begitulah keadaan orang yang ditimpa penyakit jiwa.
Dari sakit jiwa, berbagai-bagai perkara negatif dan berbahaya boleh berlaku sama ada kepada pesakit itu sendiri atau kepada masyarakat.


Untuk mengubatinya, kita kena pulihkan semula jiwa bertuhan. Beri mereka ilmu tentang Tuhan, ilmu yang boleh mendatangkan rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Fahamkan mereka tentang peranan Tuhan dalam kehidupan. Yakinkan mereka bahawa Tuhan adalah sangat diperlukan oleh setiap insan. Tuhan adalah segalanya. Setiap orang yang bertanggungjawab untuk memulihkan penyakit jiwa ini kenalah faham apa yang disebutkan di atas. Itulah ramuannya. Itulah penawarnya. Tidak ada yang lain. Di samping itu sebagai tambahan:

ه Betulkan semula sistem rumah tangga 
ه Setabilkan semula sistem masyarakat 
ه Hapuskan hidup nafsi-nafsi
ه Stabilkan semula pemerintahan dan politik 
ه Susun semula sistem ekonomi supaya agihan keperluan    jadi merata.

Walaupun perkara ini bukan perkara asas atau pokok, namun ia adalah perkara tambahan yang dapat membantu. Kita baru selesai membincangkan penyakit jiwa yang biasa. Selain penyakit jiwa yang biasa ini, ada lagi bentuk penyakit jiwa yang kesannya adalah jauh lebih serius. Ia dinamakan penyakit jiwa mazmumah. Kalau penyakit yang biasa itu gejalanya ialah rasa kekosongan, risau, runsing dan rimas.


Penyakit jiwa mazmumah ini lebih bahaya. Penyakit Inilah yang boleh memecahbelahkan rumah tangga, memecahbelahkan masyarakat, memusnahkan perpaduan dan kasih sayang, menimbulkan perbalahan, krisis, jatuh menjatuhkan dan peperangan. Dunia hari ini lebih banyak dirosakkan oleh penyakit jiwa mazmumah ini dari penyakit jiwa biasa atau penyakit-penyakit yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N