Langkau ke kandungan utama

PERTEMBUNGAN MUSYSIK DAN KUFFAR DI-ALEPPO SYRIA.




Pertembungan Rafidah (Syiah) dan MUBTADIAH (Wahabi) di Aleppo Syria sedang mengganas sekarang. Kuasa besar mengambil peluang menjual senjata kepada golongan yang sedang berperang di Aleppo sekarang begitulah perkara yang sama peperangan sesama umat Islam di tempat lain. Golongan 'Rafidah' atau Syiah bertembung dengan wahabi di Aleppo Syiria. Rafidah yang di ketuai oleh Iran dan di dokong oleh Rusia (Kuffar) dengan membekalkan senjata kepada mereka. Wahabi di ketuai oleh Saudi dan didokong oleh Amerika (Musyrik) dengan membekalkan senjata. Semua komflik yang berlaku petanda Imam Mahdi sudah hampir datang untuk berperanan mendamaikan dunia khususnya umat Islam yang sedang bergaduh. 


KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel. Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia. Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.


Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim. Soalan : Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?
Jawapan : Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.


Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).


Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).


Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Soalan : Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.


Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?
Jawapan : Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.


Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan Ibadah dalam Islam sebenarnya mengembalikan fitrah kepada kejadian asal semula jadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Tuhan tidak mengambil apa-apa untung dari hamba-hamba ciptaannya. Hamba-hamba-Nyalah yang mendapat untung dari apa yang diamalkannya. Walau apa pun kebaikan yang timbul dari ibadah yang melibatkan perkara material, ia tetap bertujuan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan rohaniah.


Solat bermakna doa. Betapa lagilah solat atau sembahyang yang merupakan tiang agama dan ibu segala ibadah. Solat merangkumi segala amalan para nabi, para rasul dan para malaikat. Ia adalah satu siri atau satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsanan terlibat didalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati. Kalau solat dapat dibuat dengan sempurna iaitu dengan khusuk, tawadhuk dan dapat kita faham, hayati atau jiwai apa yang kita lafaz dan baca, maka akan timbul rasa bertuhan dan rasa kehambaandi dalam hati kita. Rasa bertuhan termasuklah Allah itu hebat, Agung, Perkasa, Maha berkuasa, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan sebagainya.
Rasa kehambaan pula termasuklah rasa malu, berdosa, bersalah, lemah, dhaif, bergantung harap dan sebagainya kepada Allah. Rasa bertuhan akan menghidupkan dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan rasa kehambaan akan memusnah dan membakar sifat-sifat keji atau mazmumah dari hati kita.


Doa Ahli Sunnah Waljamaah yang di ajarkan oleh Abuya kepada kita yang ada hubungkait dengan kejadian pertembungan golongan Rafidah dengan golongan Mubtadiah. Maksud doa tersebut ialah: wahai Tuhan kami, engkaulah keselamatan, dan daripada -Mu jua keselamatan. Engkau Maha Suci Tuhan kami dan Maha Tinggi, hai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian. Kami dengar dan kami taat, ampunkanlah kami wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jua kesudahan kami. Wahai Tuhan, tolonglah tentera-tentera Islam, dan askar-askar yang mengesakan Tuhan dan binasakanlah orang-orang kafir, orang-orang yang mempersekutukan-Mu dan hancurkanlah musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama Islam. Dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekelian alam. Wahai Tuhan, pecahkanlah kumpulan mereka dan bubarkan himpunan mereka dan kurangkan bilangan mereka dan goncangkan kaki-kaki mereka, dan turunkan seksa yang pedih ke atas mereka dengan rahmat-Mu wahai Tuhan sekelian alam. Tuhan kami, wahai Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi kaum kafir. Hai Tuhan kami ampunkanlah kami dan dosa-dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam. Dan moga-moga Allah sejahterakan penghulu kami Muhammad dankeluarganya dan Sahabat-Sahabat-nya sekelian. Maha Suci Tuhan kami, Tuhan yang mulia daripada segala sifat kekurangan. Dan salam ke atas sekelian rasul dan pujian sebenar ialah bagi Allah Tuhan sekelian alam.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N