Langkau ke kandungan utama

ABUYA BERJAYA LAHIRKAN GENERASI KE 3 PENERUS PERJUANGAN.




Perjuangan kebenaran yang di janjikan keturunan pemimpinnya dijaga. Perkara tersebut termasuk yang tersirat 
itu ialah Tuhan menjaga keturunan pemimpin itu. Inilah yang saya maksudkan Tuhan monitor dari jauh lagi. Ratusan dan puluhan tahun sebelum Rasulullah, keturunannya tidak cacat, sama ada dari pihak ibu mahupun ayahnya. Ertinya Rasul dari keturunan yang sangat bersih. Kalau pemimpin yang bukan rasul, keturunannya agak bersih. Kalau Rasul sangat bersih keturunannya. Kalau mujaddid agak bersih. Tuhan jaga keturunannya.


Peribadi pemimpin yang di janjikan terpelihara. Ini adalah 
termasuk yang tersirat, waktu pemimpin itu baru lahir hingga dewasa, nakal macam mana pun, lasak macam mana pun dia namun ada padanya sifat-sifat tertentu yang Tuhan beri supaya jangan sampai dia memiliki sifat-sifat yang jahat. Kalau Rasul sudah tentulah terpelihara. Sebab itu Sayidina Abu Bakar, oleh kerana berkawan dengan Rasulullah sejak kecil, dia nampak betul Rasulullah itu pelik, luar biasa dan ajaib. Seolah-olah baginda itu malaikat berupa manusia. Sebab itu bila Rasulullah isytihar, “Ana Rasulullah”, Sayidina Abu Bakar kata, “Sadaqta – kamu benar.” Sedangkan kawan-kawan yang lain berdolak-dalik hendak terima atau tidak. Sayidina Abu Bakar terus jawab, “Engkau betul.”


Macam orang Yahudi juga, bila hendak lahirkan pemimpin, 200 ke 300 tahun sebelum itu, mereka sudah monitor. Mereka campur-campurkan atau kahwin-kahwinkan sesama orang paling jahat hingga lahirlah pemimpin yang jahat yang akan buat kerja untuk mereka. Bukti jelas adalah Mustafa Kamal Attartuk di Turki. Yahudi monitor kelahirannya 200 tahun sebelumnya bagi melahirkan seorang pemimpin yang boleh hancurkan Islam di Turki. Dicampur-campurkan anak zina dengan dikahwin-kahwinkan anak zina hingga lahirnya Kamal Attartuk. Dia tidak kenal siapa ibu bapanya. Lihatlah bagaimana orang Yahudi belajar dari Tuhan. Orang Islam tidak belajar. Ini kaedah Tuhan. Dari jauh sudah monitor. Tuhan hendak lahirkan orang baik manakala Yahudi hendak lahirkan orang jahat tetapi kaedahnya sama. Begitu dalamnya ilmu orang Yahudi kerana mengambil ilmu Tuhan. Yang kita, buat tidak tahu. Maha Besar Tuhan. Itu yang tersirat. 


"Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah 2:249).


Perjuangan kebenaran itu walaupun membawa Tuhan, membawa Islam, orang yang tidak Islam pun suka. Sebab kebenaran itu kepunyaan bersama. Islam atau tidak Islam, itu hidayah dari Tuhan, bukan hak kita. Tetapi berkaitan dengan kebenaran, kerana ia keperluan semua bangsa maka semua bangsa dan etnik boleh terima walaupun tidak Islam. Itulah dia di antara ciri-ciri kebenaran yang tersirat dan yang lahir. Kalau kita bahaskan, banyak lagi. Tapi sekadar itu sudah cukup. Dengan itu diharapkan dapat kita bezakan antara pemimpin kebenaran dengan yang bukan kebenaran. Antara pemimpin yang benar dan tidak. Sedikit sebanyak kita sudah faham. Ertinya kita sudah mengenal pasti antara dua puak iaitu yang hak dan yang batil secara umum.


Kebenaran keperluan semua bangsa dan agama. "Kebenaran itu seperti bunga hidup walaupun cantik tapi cepat layu, manakala kepalsuan ibarat bunga plastik yang bukan sahaja kelihatan cantik bahkan tahan lama. Begitulah juga dengan usia kebenaran selalunya tidak lama. Kepalsuan pula selalunya panjang. Hati kita ini pula seperti raja dalam diri manakala anggota badan seperti rakyat. Baik raja, baiklah rakyat. Ertinya, baik hati, baiklah tangan, kaki, mulut dan sebagainya. Begitulah kebenaran yang Abuya Imam Ashaari At Tamimi perjuangankan. Mudah difahami dan dirasakan hingga dapat menyentuh fikiran dan hati. Pendekatan yang Abuya lakukan mudah mendorong masyarakat buat perubahan. Kepimpinan Abuya berhikmah dan penuh kasih sayang. Contoh penerimaan masyarakat yang bukan Islam di Manila Filipina sangat terserlah. Hasil bergaul dengan Abuya ada dikalangan mereka yang masuk Islam. Lebih kurang 17 orang di Manila memeluk agama Islam ditangan Abuya.


Perjuangkan kebenaran dalam pelbagai bidang, kerana ia adalah  keperluan semua bangsa dan agama. Dalam Islam asasnya adalah dari ibadah. Ertinya ibadah dijadikan asas untuk membuahkan kemajuan dan tamadun masyarakat.
Bila masyarakat Islam menambah ibadah mereka, maka akan terbangunlah kemajuan dan tamadun orang-orang Islam.
Akhirnya nanti masyarakat Islam akan berdikari tanpa bersandar kepada kemajuan orang-orang bukan Islam.
Kita mengharapkan agar berjaya di dunia dan di Akhirat.
Bila kita jadikan setiap usaha itu sebagai ibadah, walaupun kita gagal di dunia, tetapi kita akan tetap berjaya di Akhirat. Oleh itu janganlah kita berputus asa. Yang penting kita sungguh-sungguh memainkan peranan kita sebagai hamba dan Khalifah Allah di muka bumi ini kerana Itulah amanah Allah untuk semua manusia.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N