Langkau ke kandungan utama

PEJUANG KEBENARAN TIDAK RAMAI TETAPI BERPENGARUH.




Sesuatu kebenaran yang datang dari Tuhan sangat berpengaruh. Perjuangan Abuya bertapak di Timur. Ianya sekarang di teruskan oleh keluarga besar Abuya dan ahli yang yakin dengan perjuangan Abuya sama-sama sedang memeriahkan kebangkitan Islam bersama masyarakat. Kini giliran Timur ertinya kebenaran itu akan terserlah di Timur ini. Pengaruh Timur akan mengatasi pengaruh Barat. Bila tuhan hendak gilirkan Timur ertinya banyak kebaikkan akan terserlah dari Timur. Kemakmuran juga akan terserlah dari Timur. Keluarga Abuya dan ahli sebagai pejuang yang mendokong kebenaran meneruskan misi Abuya tidak ramai. Hasil perjuangannya besar. Jemaah kebenaran itu ahlinya tidak ramai tetapi hasil perjuangannya lebih banyak daripada jemaah yang bukan kebenaran walaupun ahlinya ramai. Begitu juga perjuangan kebenaran itu walaupun membawa Tuhan, membawa Islam, orang yang tidak Islam pun suka. Ini menjadi pengalaman keluarga Abuya sendiri kerana mereka kini sebahagiannya tinggal di kawasan yang berjiran dengan orang yang bukan Islam tetapi penerimaan jiran yang bukan Islam terima baik keberadaan keluarga besar Abuya didalam masyarakat.


Bila kita terlihat sehelai daun yang berterbangan dan gugur ke tanah itu. Jangan disangka daun itu sendirian. Sebenarnya ada batang, dahan dan ranting yang sedang subur tumbuh. Sebab itu, kita lihatlah pohon itu secara keseluruhan, dimana akar, batang dan ranting yang sedang tumbuh subur 


Sebab kebenaran itu kepunyaan bersama. Islam atau tidak Islam, itu hidayah dari Tuhan, bukan hak kita. Tetapi berkaitan dengan kebenaran, kerana ia keperluan semua bangsa maka semua bangsa dan etnik boleh terima walaupun tidak Islam. Itulah dia di antara ciri-ciri kebenaran yang tersirat dan yang lahir. Kalau kita bahaskan, banyak lagi. Tapi sekadar itu sudah cukup. Dengan itu diharapkan dapat kita bezakan antara pejuang kebenaran dengan yang bukan kebenaran. Antara pejuang yang benar dan tidak. Sedikit sebanyak kita sudah faham. Ertinya kita sudah mengenal pasti antara dua puak iaitu yang hak dan yang batil secara umum.


Ciri bilangan ahli yang perjuangkan kebenaran tidak ramai. Perkara ini menepati apa yang di gambarkan di dalam Al Quran. Bagaimana Allah beritahu di dalam Al Quran tentang kisah Tholut. Bilangan pejuang-pejuang bersamanya tak ramai tetapi dapat mengalahkan bilangan pasukan musuh yang ramai. Berdasarkan kisah Tholut ini tidak pelik kalau negara Malaysia yang kecil di bandingkan dengan dua kuasa besar pada hari ini seperti Amerika dan Rusia. Apabila sudah ada orang yang bertaqwa Tuhan akan berpihak kepada kita sekalipun Malaysia negara yang kecil. Kalau Malaysia jelas menjadi wadah kepada kebangkitan kebenaran dan ciri kebenaran tersebut telah wujud kita sangat yakin Tuhan akan berpihak kepada Malaysia sekalipun kecil.


Masing-masing berbuat di mana pun berada untuk Islam. Tak boleh buat semua jangan tinggalkan semua. Yang penting Tuhan perintahkan berbuatlah. Allah, Rasulullah dan orang mukmin menjadi saksi apa yang di lakukan. Apabila kebenaran itu di laksanakan di dalam Jemaah Bani (keluarga) kebenaran itu ahlinya tidak ramai tetapi hasil perjuangannya lebih banyak daripada jemaah yang bukan kebenaran walaupun ahlinya ramai. Begitu juga perjuangan kebenaran itu walaupun membawa Tuhan, membawa Islam, orang yang tidak Islam pun suka. Sebab kebenaran itu kepunyaan bersama. Islam atau tidak Islam, itu hidayah dari Tuhan, bukan hak kita. Tetapi berkaitan dengan kebenaran, kerana ia keperluan semua bangsa maka semua bangsa dan etnik boleh terima walaupun tidak Islam. Itulah dia di antara ciri-ciri kebenaran yang tersirat dan yang lahir. Kalau kita bahaskan, banyak lagi. Tapi sekadar itu sudah cukup. Dengan itu diharapkan dapat kita bezakan antara pejuang kebenaran dengan yang bukan kebenaran. Antara pejuang yang benar dan tidak. Sedikit sebanyak kita sudah faham. Ertinya kita sudah mengenal pasti antara dua puak iaitu yang hak dan yang batil secara umum.


Apabila Timur menjadi tapak lahirnya kebenaran, ertinya banyak kebaikkan yang di cari oleh manusia boleh didapati di Timur. Malaysia ketua negara nombor satu adalah agong.
Kita bersyukur kerana pertabalan agong baru-baru ini orang yang cintakan agama dan tertonjol amalan Islamnya. Raja yang berperanan di era kebangkitan Islam. Perkembangan politik dunia khususnya dalam negara semakin cemas. Pemimpin politik bercakaran sesama sendiri. Kepentingan agama, bangsa dan negara mencemaskan. Maka disinilah kita melihat peranan intitusi raja-raja. Umat islam akan kembali gemilang. Saat dan ketikanya sudah menjelang tiba. Ini adalah ibarat era kebangkitan islam. Era kebangkitan intitusi raja-raja ada peranan. Siapa yang menolak peranan tersebut ibarat menentang arus. Kita masih ingat bagaimana ada golongan yang cuba menafikan peranan raja-raja dengan mencabut atau mengurangkan kuasa raja tetapi Tuhan tidak izinkan golongan tersebut sebaliknya mereka kini sedang bercakaran. Kegemilangan Islam kali kedua bukan satu ramalan, rekaan atau khayalan. Ianya pasti terjadi kerana ianya merupakan janji dari lidah Rasul SAW.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N