Langkau ke kandungan utama

ISLAM ADA KAEDAH LAHIRKAN RAKYAT BERWIBAWA.



Membina dan membangunkan insan ini bukanlah boleh buat sambil lewa dan bukanlah perkara main-main. Ia satu usaha yang serius dan memerlukan satu bentuk kemahuan dan komitmen yang tinggi. Ia bukan setakat berkumpul satu kem untuk beberapa hari, bergaul lelaki dan perempuan, muda dan mudi, mandi sungai, meredah hutan, gotong royong, berkayak, bermain berbagai bentuk permainan, berkawad dan perkara-perkara yang seperti itu. Kalau tidak kena caranya, ini semua bukan akan membina insan tetapi merosakkannya. Membangunkan insan bukan perkara boleh dibuat secara berkala. Ia sebahagian dari hidup. Ia mesti menjadi program hidup. Ia mesti berjalan secara berterusan tanpa henti dan rehat. Kalau rehat insaniah manusia akan rosak semula kerana dicemari oleh nafsu, syaitan, manusia dan dunia. 


Manusia itu, kalau insannya dapat dididik, dijaga, dibina dan dibangunkan, maka dia akan jadi seperti malikat bahkan lebih baik dari malaikat. Baiknya malaikat sekadar dan setakat mengikut akal dan hati mereka sahaja tetapi beiknya manusia selepas terpaksa terlbih dahulu berjuang, bermujahadah, bertarung dan bertungkus lumus berperang melawan dan mengekang hawa nafsu mereka yang sentiasa mengajak mereka kepada kejahatan. Ini bukan perkara mudah. Berperang dengan hawa nafsu itu ialah berperang dengan diri sendiri. Ia amat perit dan menyakitkan. Ia satu peperangan yang jauh lebih besar dan lebih dahsyat dari peperangan senjata.


Persoalannya sekaran, apakah dia itu dan bagaimana pula hendak membangunkannya. Ramai orang tahu akan perlunya pembangunan insan. Kalau , masyarakat akan jadi rosak dan kucar kacir. Maksiat akan berleluasa. Tetapi bagaimana hendak melakukannya. Disesbabkan tidak ada panduan dan tidak ada ilmu tentang masalah ini, maka mereka menggunakan akal mereka. Ada juga yang merujuk kepada Barat.


Membangunkan insan bukan buat secara berkala. Kerana ia termasuk masalah dalaman manusia, perkara maknawi atau yang menyentuh soal hati, jiwa dan rohani. Justeru itu kita tidak boleh pakai akal semata-mata untuk selesakannya. Lebh-lebih lagi kita tidak boleh merujuk kepada Barat kerana Barat sangat jahil tentang persoalan roh, hati dan jiwa. Mereka tidak ada cara. Bahkan, orang-orang Baratlah yang paling rosak insaniah mereka. Dalam hal ini kita mesti merujuk kepada Al Quran, Hadith, ijmak dan kias. Kita kena ikut panduan Islam di dalam usaha untuk membina dan membangunkan insan ini. Insan itu sebenarnya terdiri dari empat unsur iaitu fizikal, akal, hati dan nafsu. Membangunkan hati, jiwa atau roh adalah lebih rumit. 


Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Al-Baqarah 2:238).


Dalam Islam untuk melahirkan peribadi yang agong melalui solat yang agong. Solat perkara yang paling berkesan untuk membina insan. Lagi baik dan istiqamah solat maka ia akan semakin berkesan. Kalau solat tidak diutamakan dan tidak dibuat secara serius dan istiqamah janganlah harap insan akan terbina. Maksiat pula merosakkan keinsanan. Meninggalkan solat, bergaul bebas lelaki dan perempuan dan segala bentuk maksiat perlu dijauhkan kalau mahu membangunkan insan. Pihak yang memimpin pembinaan insan pula mestilah dari golongan orang yang telah terbina dan terbangun insannya sendiri atau orang bertaqwa. Pemimpin yang fasik akan hanya melahirkan orang-orang yang fasik juga. Ulama yang tidak beramal, lebih-lebih lagilah ulama suk atau ulama jahat, tidak layak untuk membangunkan insan manusia kerana keinsanan mereka pu diragui.


Inilah hakikat pembinaan insan yang sebenarnya. Jqnganlah kita orang Islam tertipu dan terpedaya dengan kaedah-kaedah atau metodologi yang didatangkan oleh pihak lain dan dinamakan dengan berbagai-bagai nama dan berbagai-bagai istilah dan berbagai tujuan. Tujuan pembinaan dan pembangunan insan di dalam Islam hanya satu iaitu untuk memudahkan manusia berperanan sebagai hamba kepada Allah dan sekaligus sebagai khalifah Allah di muka bumi, semoga dengan itu manusia akan berbahagia di dunia dan berbahagia di Akhirat.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N