Langkau ke kandungan utama

KELUARGA ABUYA KINI UMPAMA ETNIK BARU.




Dalam Islam membangunkan jemaah Islam adalah wajib.
Sembahyang berjemaah adalah wadah Allah proses hati-hati cintakan jemaah Islam. Disiplin sembahyang berjemaah adalah peraturan dan disiplin Islam paling asas. Ataupun disiplin yang wajib dipatuhi kalau tidak akan mencacatkan sembahyang jamaah kita. Kalau tidak ikut disiplin sembahyang jamaah sekalipun kita berjemaah tetapi Tuhan hanya bagi ganjaran sembahyang bersendirian bukan ganjaran pahala berjamaah. Proses paling penting dalam sembahyang berjemaah untuk menjadikan kita seorang hamba Allah dan  KhalifahNya. Sebab itu ayat-ayat didalam sembahyang sangat membesarkan Tuhan. Ertinya memaksa hati kita menjadi hamba bukan tuan. Dalam sembahyang berjemaah juga ada roh kepimpinan dan bagaimana menjadi makmum yang baik atau rakyat yang taat mendukung kepimpinan yang baik. Bagi umat Islam yang sembahyang berjemaah ertinya dia sedang mendisiplinkan dirinya pandai memahami keperluan masyarakat.


Jika imam telah melakukan kesilapan maka makmum kena membuat teguran. Dan Allah minta orang hendak membetulkan kesilapan berdasarkan perintah Tuhan bukan ikut kemahuan sendiri. Menegur kesilapan pun atas nama Tuhan. Bila imam melakukan kesilapan atau terlupa maka makmum kena menegur Imam dengan nama Allah. Contoh perkataan subhanallah yang maksudnya, Maha suci Tuhan. Kita adakan masa tertentu sembahyang bersama keluarga. Disitu kita dapat lakukan pendidikan secara langsung dan praktikal. Kita juga kena bagi peluang anak-anak di latih menjadi imam. 


Apabila kita menghayati sembahyang berjemaah atau solat berjemaah ertinya kita sedang membiasakan diri cetuskan suasana bergaul dan bermasyarakat. Sembahyang berjemaah Allah masukkan rasa kepada imam menjiwai keperluan makmum. Bagi makmum pula Allah masukkan roh Islam dan iman untuk seseorang hamba dapat kekuatan mendukung kepimpinan untuk mendaulatkan kehendak Allah dan Rasulullah SAW. Supaya disiplin Islam ini menjadi kebiasaan ianya perlu melalui didikan dari rumah lagi. Kalau didalam keluarga asing dengan disiplin Islam ini menunjukkan tidak berlaku sembahyang berjemaah dikalangan keluarga tersebut. Sebab itu ketua keluarga kena pastikan ketika dia sembahyang bersama-sama keluarga, semua anggota keluarnya pastikan ikut serta. Samada dikalangan isteri atau anak-anak kita. 


Abuya berusaha sedaya upaya mendidik keluarga besarnya dapat diberi iman yakni dapat cinta Tuhan. Abuya mendidik mereka besarkan Akhirat dan patuh dengan syariat Allah.
Untuk itu Abuya tidak mewahkan atau kayakan mereka dengan harta dunia. Mereka juga hidup berdikari tanpa makan gaji. Dididik dengan ilmu,iman dan Islam. Diasuh hidup untuk Tuhan. Ditatih berjuang untuk membangunkan fardhu ain dan fardhu kifayah. Maka Keluarga Abuya kini bagaikan etnik baru. Empayer Melayu Baru yang berwibawa menjadi asas kebangkitan Islam semula. Bukan hanya untuk keluarga tetapi juga untuk bangsa Melayu seluruhnya.


Kelompok Bani Tamim ini kelihatan mampu menerajui sebuah kebangkitan Melayu atas nama Islam. Disokong oleh beberapa kelompok Bani yang dicetuskan Abuya. Moga Allah akan menunaikan janjinya: "Bahawa Dia akan menggantikan suatu kaum dengan kaum lain yang mereka itu cintakan Allah dan Allah cintakan mereka". Dengan ini Abuya berjaya bangunkan model keluarga besar yang bermodalkan Allah dan Rasul. Sebagaimana kebangkitan pertama Allah serahkan kepada Bani Hasyim dan kaum Quraish yang menjadikan akhirnya semua etnik Arab menyerah kepimpinan kepada mereka. Oleh kerana kebangkitan kali kedua adalah besar maka ia akan mengulangi perkara yang sama. Iaitu semua Bani yang Abuya cetuskan dan rasmikan akan memberikan kepercayaan kepada Bani Tamim ini. Perkara tersebut ibarat buah menunggu matang untuk dipetik dan dimakan. Allah dan Rasul memang suka dan bangga dengan keluarga besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N