Langkau ke kandungan utama

SOLAT ADALAH WADAH ALLAH MEMPROSES MANUSIA.




Pengertian solat menurut bahasa adalah doa. Doa, "Usaha manusia tidak memberi bekas. Hanya Tuhan yang memberi bekas. Oleh itu kita kena banyakkan berdoa, meminta dan berharap sungguh-sungguh kepada Tuhan agar usaha kita dibantu. Sembahyang atau solat adalah wadah Allah proses hati kita. Lebih khusus lagi dalam sembahyang. Proses paling penting dalam sembahyang untuk menjadikan kita seorang hamba Allah. Sebab itu ayat-ayat didalam sembahyang sangat membesarkan Tuhan. Ertinya memaksa hati kita menjadi hamba bukan tuan.


Sepatutnya solat menjadikan kita begitu mesra dengan Tuhan. Bangun tidur sahaja, kita  sudah niat untuk membuat bermacam-macam kebaikan dari bagun tidur hingga tidur semula pada malam nanti. Hati yang sudah mesra dengan Tuhan, sentiasa mencari-cari pasal untuk membuat apa lagi kebaikan. Ertinya kebaikan itu dirancangnya. Dari bangun tidur dia sudah fikir apa lagi kebaikan yang Tuhan suka, yang dia hendak buat.


Kebangkitan Islam kali kedua sedang berlaku dengan terprosesnya hati manusia sangat berlunak dengan Tuhan. Perkaraini sedang berlaku depan mata kita. Inilah yang di maksudkan besarnya kebangkitan ini mengulangi kebangkitan pertama. Kegemilangannya pasti berlaku kerana ia adalah janji Allah. Ini membuktikan hanya Islam mampu bertahan menghadapi cabaran zaman, perubahan ideologi dan gelombang fikiran manusia. Selain daripada Islam, semua ideologi ciptaan otak akan runtuh. Ia runtuh sama ada tekanan daripada luar atau dari dalam tubuh badan ideologi itu sendiri. Kepincangan ideologi-ideologi tersebut akan terserlah melalui dua cara. Pertama, oleh bencana alam atau pun musibah kecuaian manusia. Kedua, kerana krisis yang timbul hasil tak sempurnanya ideologi itu sendiri. Ideologi tidak dapat selesaikan kegelisahan hati manusia berdepan dengan masalah dunia.


Oleh itu hanya Islam yang tinggal sebagai pilihan. Allah sedang proses hati manusia akan terdorong untuk memilih Islam atau binasa...Persoalannya, apakah bekalan kita untuk mengisi zaman kegemilangan ini?. Allah telah berfirman yang maksudnya: "Hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa." (Al-Baqarah 2:197).


Abuya mendidik kita supaya mengaktifkan roh atau hati dengan rasa-rasa yang suci bermula dengan sembahyang !    Sembahyang agong kata Abuya !   Pendidikan Rasulullah itu ialah anak-anak 7 tahun disuruh sembahyang !  Rasulullah tidak perintahkan belajar menulis dan membaca di umur itu.  Rohkan dulu manusia !  Bukan akalkan dulu !  Keutamaan diberi pada roh !   Akal di asuh membaca menulis untuk kegiatan roh iaitu sembahyang yakni akal itu dibentuk mengikut hala tuju roh !  Akal jangan berdiri sendiri supaya nafsu syaitan tidak dapat menguasai akal.
 

Dalam sembahyang Rasulullah akan jadi jambatan dengan berkat guru mursyid !  Setiap orang Islam kena ada guru roh !  Tidak cukup setakat mempunyai guru akal walaupun ramai !  Mursyid seorang cukup !  Siapa yang roh nya tiada mursyid maka syaitan lah mursyidnya.  Hati dipenuhi syaitan dan nafsu !. Daripada bacaan-bacaan sembahyang tahulah orang Islam hidup untuk Tuhan.  Hidup bukan untuk diri.  Sebab diri bukan kepunyaan sendiri.   Diri kita ialah ciptaan Tuhan !  Hasil berhubung hari dengan Tuhan didalam sembahyang maka hati merasai diri hanyalah barang ciptaan !  Diri bukan milik diri ! Pejuang-pejuang Islam melancarkan 'peluru' iman dan taqwa yang di halakan kepada hati-hati manusia. Untuk bersiap melancarkan peperangan ini, umat Islam mesti korbankan semua kekayaan dan apa saja yang  ada sebagai bukti kita bela Islam. Bela Allah dan Rasulullah SAW. 
 

Diri di ciptakan untuk menjadi hamba dan khalifah Tuhan di bumi.  Hati pun rasa takut pada pencipta bilamana hidup di gunakan untuk selain Allah.  Hati jatuh cinta pada Tuhan yang sayang gila pada sihamba !  Tuhan sanggup ciptakan alam sebagai bukti cinta pada manusia !. Namun sebesar zarrahpun kejahatan dicatatnya untuk disoal siasat di Padang Mahsyar !  Siapa lah tidak takut gila pada Allah yang dahsyat nya begitu sekali !  Sebab itu lah sekolah roh mampu lahirkan pejuang-pejuang yang sanggup memperjuangkan Allah dan Rasul.  ISO perjuangan yang harganya melebihi nilai dunia dan seisinya !  
 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N