Langkau ke kandungan utama

KAEDAH JONGKANG JONGKIT TEGAKKAN KEBENARAN ISLAM.



Kebangkitan Islam di Timur. Tapaknya di Malaysia, negara Malaysia menjadi simbul kebangkitan Islam di Timur. Kebangkitan Islam kali kedua sedang berlaku depan mata kita. Besarnya kebangkitan ini mengulangi kebangkitan pertama. Kegemilangannya pasti berlaku kerana ia adalah janji Allah. Ini membuktikan hanya Islam mampu bertahan menghadapi cabaran zaman, perubahan ideologi dan gelombang fikiran manusia. Selain daripada Islam, semua ideologi ciptaan otak akan runtuh. Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. 


Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. NIKMAT Kemerdekaan memberi ruang kepada umat Islam membuat perubahan daripada gaya hidup penjajah kepada gaya hidup umat Islam yang bercita-cita untuk mengulangi kebangkitan Islam sekali lagi. Bukti sejarah kebangkitan pertama terpahat pada seni bina bangunan Moor dan Moghul. Gaya seni bina Moor dan Moghul terserlah mengimbau sejarah kebangkitan Islam pertama. Bangunan Sultan Abdul Samad dan tarikh perjuangan Islam yang di cetuskan oleh Abuya yang di haramkan telah berumur 100 tahun. (1894-1994). Setelah Abuya memberi kerjasama yang kemudiannya perjuangan Abuya melalui era nama jamaahnya yang bermacam nama. 


Daripada sempena nama Sahabat Nabi SAW iaitu Arqam (Darul Arqam 25 tahun ), telah pun dibukukan. Kemudian dikenali dengan nama Rufaqa yang bermaksud kawan karib, kemudian GLOBAL IKHWAN sempena para pejuang akhir zaman yang dikenali dengan nama IKHWAN, membawa maksud pejuang yang membawa model Islam yang syumul. Moto yang di popularkan di era Arqam. ISLAM IS THE WAY OF LIVE). Kalau bangunan seni bina dapat disaksikan di Eropah iaitu di Negara Spanyol atau lebih dikenali di era Islam ialah Andalusia. Islam pernah berdaulat di bumi Spanyol, Portugal dan yang berdekatan dengannya.


Ketika ini mungkin sebagian orang masih belum menyedari arti penting sebuah negeri Spanyol (Andalusia) bagi Islam dan sebaliknya, arti sebuah Islam bagi negeri Spanyol. Negara Portugal juga berasal dari perkataan Arab yang bermaksud buah limau. Ketika pejuang Islam lalu kawasan ladang limau yang sangat luas yang kini di kenali dengan nama Negara Portugal. Ketika itu Negara Andalusia pernah menorehkan tinta  sejarah dengan aneka macam warna yang amat sulit dilupakan oleh kaum muslim. Berbicara tentag Andalusia akan mendorong imaginasi seseorang , khususnya muslim. Pada abad pertengahan tepatnya pada 711, ketika pasukan Islam berjumlah 12000 orang yang dipimpin oleh Thariq Ibn Ziyad mendarat di Gibraltar, Spanyol, pasukan itu berhasil menancapkan dan mengibarkan bendera Islam. Pengaruh Thariq di negeri yang sebelumnya berada dalam sengketa internal. Itulah awal sejarah Islam di Spanyol. Abuya bersama penulis bersama-sama menjejakkan kaki ke Spanyol pada tahun 1986, perjalanan menjejak sejarah Islam tersebut telah pun dibukukan bertaju "Kembara membuktikan kebenaran Al Quran".


Dengan bermulanya perjuangan Abuya pada tahun 1968 memberikan kesedaran kepada orang Melayu/Islam tentang kepentingan produk halal. Jenama Arqam pada produk keluaran syarikat yang di usahakan oleh Abuya bersama-sama ahlinya ketika itu sudah cukup meyakinkan umat Islam tentang produk halal sekalipun tidak ada ditampal logo halal. Pejuang kebenaran adalah seorang yang sangat gigih dan kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Orang yang serius melahirkan role model Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-citanya samaada sedang bersendirian atau ketika ramai.Gelanggang perjuangan adalah tempat jatuh bangunnya. Besarnya tarikh tersebut mengingatkan pesanan Rasulullah SAW:

Di riwayatkan oleh Al-Imam Abu Daawud As-Sijistaaniy rahimahullah :
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي أَيُّوبَ عَنْ شَرَاحِيلَ بْنِ يَزِيدَ الْمُعَافِرِيِّ عَنْ أَبِي عَلْقَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِيمَا أَعْلَمُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا.
Telah menceritakan kepada kami Sulaimaan bin Daawud Al-Mahriy, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb, telah mengkhabarkan kepadaku Sa’iid bin Abi Ayyuub, dari Syaraahiil bin Yaziid Al-Mu’aafiriy, dari Abu ‘Alqamah, dari Abu Hurairah –radhiyallaahu ‘anhu-, yang mana aku mengetahuinya dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.”
[Sunan Abu Daawud 6/349, Daar Ar-Risaalah Al-‘Aalamiyyah]


Oleh kerana kita berada di zaman kebangkitan Islam, sekalipun kita berbuat sedikit tetapi Allah akan beri subsidi kepada hasilnya faktor berkat berada di era kebangkitan Islam. Itulah bezanya dengan berjuang ketika bukan di era berkat kebangkitan Islam. Tetapi Tuhan yang Maha Adil tetap memberikan ganjaran kepada pejuang Islam sekalipun gagal hasilkan model perjuangan Islam yang diperjuangkan. Sejarah perjuangan Islam yang Abuya cetuskan telah di haramkan ketika pemerintahan Tun Dr. Mahadir pada tahun 1994. 


ABUYA KENALKAN KAEDAH JONGKANG JONGKIT dalam Islam. Patutlah Abuya menjejak kembali bumi Andalusia kerana ada hubungkait dengan kebangkitan Islam kali kedua. Dengan melakukan XPDC tersebut ertinya barokah ditaburkan kembali supaya keberkatan yang pernah wujud di bumi tersebut timbul kembali. Sebab itu ada dikalangan umat Islam di Malaysia mengambil berkat nama Andalusia yang pernah mekar bak bunga di bumi tersebut. TV3 juga pernah membuat program Jejak Rasul di bumi tersebut. Iaitu bumi Andalusia. Abuya Imam Ashaari At Tamimi pernal kenalkan kepada kita kaedah jongkang jongkit. Bila di bumi Timur kita taburkan berkat Islam, berkat Rasulullah SAW dan orang-orang Tuhan yang menjalankan tugas pewaris Rasul di bumi Timur nanti Tuhan lakukan jongkang jongkit di bumi tempat lain. Di pijak bumi Timur terjungkit dan muncul kembali Islam di bumi Barat dan tempat-tempat lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N