Langkau ke kandungan utama

TOKOH KRISTIAN MANILA TERTARIK DENGAN ABUYA.




Penerimaan sebuah keluarga kristian di Manila Filipina terhadap minda Abuya dan kepimpinan Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi serta pengislaman beberapa orang ahli keluarga itu selepas beberapa hari ketibaan Abuya di Filipina.
PAULIE CAYETANO seorang tokoh pejuang hak asasi Manila Filipina tertarik dengan Islam. Mengimbau kembali dakwah Abuya Imam Ashaari At Tamimi di Manila pada bulan april 1994. Telah melengkapkan misi dakwah Abuya di bumi sebelah Timur. Manakala sambutan baik daripada golongan intelek, ahli perniagaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan beragama kristian di sini. 


Kunjungan dakwah Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi ke bumi Filipina adalah sebagai penyelamat kepada 65 juta penduduk yang sedang "karam", kata Louie L. Balatbat, 60, seorang ahli politik dan ahli perniagaan terkenal di Filipina. Beliau berkata, Abuya dihantar khusus oleh Allah untuk tujuan itu. Hasil mereka menilai perubahan yang berlaku kepada Abu Khairullah salah seorang dari keluarga mereka yang telah memelok agama Islam. Peribadinya berubah setelah memelok agama Islam. Beberapa ahli keluarga yang lain telah menyatakan kesedian untuk memeluk agama Islam melalui Abuya. Anak perempuannya juga turut masuk Islam. 
(Cherito-isteri Abu Khairillah, 33 tahun, dan cucunya France ikut memeluk Islam). Manakala ahli keluarga yang lain turut yakin dengan kepimpinan Abuya walaupun masih kristian.


Ketika pada suatu hari Paulie Cayetano, 80, seorang pejuang hak asasi manusia, adalah juga antara orang yang menunggu kedatangan Abuya. Mereka kagum Abuya mampu merubah perangai Abu Khairullah, cucu kesayangannya. Dari seorang yang keras dan pemarah kepada seorang yang lemah lembut dan bertanggungjawab. Selain keluarga tersebut ramai lagi intelek, ahli perniagaan, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang menyambut baik kedatangan Abuya termasuk beberapa pegawai tinggi tentera dan kerabat Presiden Fidel Ramos dari istana Malacanang. 


Louie sambil air matanya mengalir menuruni pipinya. Beliau terharu barcampur gembira bila bertemu Abuya. Katanya kegembiraannya dengan kedatangan Abuya bukan hanya untuk dirinya seorang tetapi untuk seluruh rakyat Filipina. Agama lain selain yang dibawa Abuya hanya menguatkan mental tanpa menekankan kekuatan jiwa hingga menjadikan manusia seolah-olah berjalan tanpa roh. 


Cherito isteri Abu Khairillah, yang sebelum ini bersikap keras dalam mempertahankan agama kristian anutannya, malah pernah membakar buku-buku Abuya kerana terlalu marah dengan pengislaman suaminya, berubah menjadi lembut selepas bertemu Abuya. Ann Wan Seng, salah seorang yang ikut serta rombongan Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi ke Filipina. Beliau berkata pendekatan Abuya yang berdiplomasi dan penampilan Abuya sendiri telah menjadi satu tarikan. 


Kebangkitan Islam Bersama Cintakan Tuhan dan membawa Akhlak mulia adalah rahsia kejayaan yang berlaku pada kebangkita Islam pertama. Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh  mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih. Terbukti perkara yang sama berulang pada kebangkitan Islam kali kedua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N