Langkau ke kandungan utama

APAKAH RAHSIA ABUYA LAHIRKAN PENERUS JAMAAH?




Setelah menjadi penerus perjuangan Abuya yang jemaahnya kini telah berusia hampir 50 tahun. (1968- Des 2016).Tercatat dalam buku sejarah perjuangan Abuya sehinggalah diharamkan pada tahun 1994. Saya orang terakhir selaku timbalan Abuya Imam Ashaari At Tamimi telah berjaya Abuya memindahkan cita-cita perjuangannya menjadi cita-cita saya sebagai generasi penerus perjuangan Abuya didalam keluarganya dan juga ahli yang setia kepadanya. Cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh Abuya menjadi kekuatan kepada saya meneruskan cita-cita perjuangan Islam jemaah yang Abuya cetuskan sendiri.


Orang yang cintakan perjuangan Abuya terlalu cinta dan yang bencikan jemaahnya terlalu benci. Bagi orang yang nampak kebaikan yang diperjuangkannya tidak semudah itu melupakannya sekalipun tepaksa mengharungi ISA di zaman Tun Dr. Mahadir Muhammad. Berkat perjuangan Abuya produk halal menjadi viral era kebangkitan Islam ini. Penutupan aurat dan seterusnya Islam is the way of life menjadi cita-cita masyarakat sekarang. Kehidupan cara Islam sangat menepati fitrah manusia. Contoh Islam memperjuangkan kasih sayang, ini menjadi keperluan semua manusia tidak mengira apa bangsa dan agama memerlukannya.


Kasih Sayang adalah kehendak semua manusia. Kasih Sayang dapat cetuskan kebahagaian. Kasih Sayang milik bersama baik lelaki atau perempuan. Semua bangsa, etnik, agama inginkan kasih sayang. Manusia merasa hidup bahagia ataupun selesa apabila mendapat kasih sayang. Tuhan datangkan Islam supaya manusia mendapat kasih sayang Tuhan. Meperjuangkan Islam ertinya kita perkenalkan Tuhan Maha Rahman dan Maha Rahim. Tujuan manusia hidup adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Ertinya manusia akan mendapat Kasih Sayang Tuhan.  Tuhan wajibkan kita kenalinya bermula didalam sembahyang kalau tidak baca batal sembahyang kita. Sebab membaca Fatehah dalam sembahyang adalah wajib. Apabila kita mendapatkan Rahman dan Rahim Tuhan kita akan diselamatkan didunia dan di Akhirat.


Manusia merasa hidup bahagia ataupun selesa apabila kita dapat meletakkan diri sesuai sebagai hamba Allah. Tujuan manusia hidup adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Hal ini sesuai dengan wahyu, dibenarkan juga oleh akal dan hati manusia. Dengan menyembah dan beribadah kepada Allah, ertinya kita berjaya meletakkan diri sebagai hambaNya. Manusia apabila mendapatkan Islam ertinya mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat. Bertepatan dengan Islam adalah agama keselamatan.
Hari ini kita sangat kurang memahami ajaran Islam, oleh kerana itu kita hidup dalam gelap gelita, dalam suasana yang tidak ada panduan. Dengan begitu bukan saja kita akan terjun ke neraka, tapi sejak di dunia lagi kita telah berada dalam neraka. Kerana kita gagal meletakan diri sebagai hamba Allah SWT. Bila gagal meletakkan diri sebagai hamba Allah ertinya nafsu berjaya menguasai diri kita dan merasakan dirinya adalah Tuan. Ertinya ketika itu manusia telah melakukan syirik khafi.


Orang yang berjaya menjadikan Islam adalah cita-citanya, ertinya dia menjadikan wadah atau jamaah sebagai alat kepada Islam. Jamaah ibarat bekas atau pinggan untuk menampung makanan seperti nasi, kuih dan sebagainya. Isi dalam pinggan yang menjadi tujuan untuk kita makan. Pinggan boleh saja dari pinggan plastik, kaca atau apa saja yang sesuai,ang penting kita dapat makan isi didalam pinggan tersebut. Ada masa kita hanya menggunakan bekas dari daun pisang untuk mendapatkan aroma nasi lemak yang sedap dan wangi. Kalau pinggan plastik sudah terbakar, kita boleh pakai pinggan dari kaca atau dari apa sahaja yang sesuai untuk menampung makanan kita. Pinggan atau daun pisang adalah alat matlamatnya adalah isi yang hendak kita makan iaitu nasi atau makanan yang ada didalam pinggan tersebut. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N