Langkau ke kandungan utama

PEJUANG YANG MERUBAH MASYARAKAT.



Kepada pejuang kebenaran, pasti mereka akan diuji. Kerana ujian yang paling besar dan berat itu diberikan kepada mereka yang paling dekat dengan Allah, seperti para Nabi dan Rasul, seterusnya mengikut kekuatan dan tahap iman masing-masing. Para pejuang Islam perlukan kekuatan rohaniah dan cita-cita Islam. Mereka perlukan Zikir atau Wirid khususiah atau amalan tarekat. Memisahkannya bererti membuang roh dari jasadnya. Apalah ertinya lagi kalau itu berlaku kepada jasad dan roh tadi? Kekuatan rohaniah dan cita-cita Islam yang ada pada diri kita akan terus mengubah masyarakat dengan dakwah dan tarbiah. 


"Islam bangkit di setiap zaman, bersama bersama tarekat pengiring. Tanpa kegiatan rohaniah, para pejuang tidak mungkin ada 'power' untuk melakukan kerja-kerja kebangkitan itu. Bila selesai program dan sempurna program kebangkitan itu, untuk sesuatu zaman itu, maka tamat jugalah peranan tarekat itu."


Pejuang kebenaran bagi kebangkitan Islam sekali lagi akan mengambil pendekatan yang lunak seperti air. Bila ia diempang, air tadi akan menakong. Bila empangannya kukuh air tadi terus meninggi dan akhirnya melepasi empangan atau sekatan tembok yang di bina. Maka airnya akan terjun deras kerana ketinggian yang telah menghalangnya mengalir. Apabila air empangan itu pecah ia akan keluar begitu deras, laju dan akan menghanyutkan apa sahaja di hadapannya. Begitulah kiasan satu gerakan evolusi yang bergerak lunak tetapi sangat berkesan kepada hati, akal dan perasaan masyarakat. 


Kebangkitan kebenaran sekali lagi adalah "JADUAL ALLAH " sebagaimana kebangkitan kali pertama yang telah di catit sejarahnya. "JADUAL ALLAH " ianya pasti berlaku kerana ianya adalah janji Allah untuk akhir zaman sebelum dunia ini di kiamatkan. Kita hendaklah membuat persiapan berdepan dan mengharunginya. Kita buat kiasan bandingan, kepada umat Islam yang di rezekikan menunaikan haji. Mereka yang akan pergi menunaikan haji sudah tentulah persiapan mereka dengan umat Islam yang tidak pergi lagi tidak sama. Mereka perlu membuat persiapan yang sangat serius untuk pergi menunaikan rukun Islam yang kelima. Ketika umat Islam yang di rezekikan pergi dahulu menunaikan haji, mereka yang datang di bahagian ceruk atau penjuru dunia mana  pun sudah tentu juga membuat persiapan yang sama paling kurang mereka sudah pastikan laluan yang dilalui samada darat, laut atau udara. Sudah tentu ada perbezaan bagi umat Islam sedang menuggu gilirannya akan pergi menunaikan ibadah haji dengan yang akan berangkat tidak sama. 


Memiliki seorang pemimpin iaitu Abuya, yang kita kena serahkan kepercayaan kepadanya, supaya diri kita sentiasa dimonitor dan menjadikannya penghubung kepada kebangkitan Islam pertama. Contoh, kita akan dikongsikan ilmu ilham yang di terimanya untuk melakasanakan kebangkitan kedua supaya mengulangi kebangkitan pertama. Kemudian Abuya Imam Ashaari At Tamimi terus memimbingbing kita, dengan menanamkan cita-cita ke dalam jiwa kita. Dengan ilmu dan cita-cita menjadikan diri kita seorang pejuang cinta Allah dan Rasul. Supaya kita menjadi pejuang yang tidak mudah putus asa dan kecewa maka kita hati kita terus di hidupkan dengan bekalan rohaniah khususiah iaitu amalan-amalan khusus untuk di baca dan menjadi wirid dan zikir supaya hati tak putus-putus dengan Tuhan.


Bila kita memiliki pemimpin seperti Abuya yang berjaya bimbing kita melahirkan model kehidupan Islam. الإسلام دين الحياة Model Islam is the way of live. Membuat model sistem Islam dalam dunia yang sedang melagang sistem Yahudi. Ini di akui oleh kawan dan lawannya. Buktinya yang sayang terlalu sayang dan yang benci terlalu benci. Contoh pihak resmi yang mengiktiraf Abuya, Surat dari Yayasan Penyelidikan Cheng Ho, mengundang Abuya Imam Ashaari At Tamimi ke majlis penyerahan watikah perlantikan beliau sebagai Pengerusi-Presiden Kehormat (seumur hidup) Yayasan berkenaan di Kunming, Yunnan pada 14 Oktober 1993. Kita bersyukur memiliki pemimpin mindanya menjadi viral dalam masyarakat dalam dan luar negara. 


Kesan kepimpinan rohaniah yang di terima sangat membantu ibadah yang ada roh. Natijah ibadah mereka pula ialah kesan rohani kepada tuan punya diri. Tuan punya diri yang merasa, orang lain pun dapat merasa tempiasnya. Kesan rohaniah ialah nilai sebenar bagi sesuatu ibadah. Ia menghampirkan diri kepada Tuhan. Ia meningkatkan sifat kehambaan pejuang itu sendiri. Ia membina peribadi insaniah peribadi pejuang itu sendiri. Pejuang yang membawa manusia kepada cinta dan takutkan Tuhan, makin mereka beribadah makin tawadhuk, makin rasa berdosa.  Makin berbuat, makin rasa tak buat apa-apa. Begitulah hidup yang berkat.  Hidup yang berfaedah untuk diri sendiri dan orang lain.  Hidup yang bermakna di dunia dan di Akhirat kelak.  Hidup yang tak lekang dengan Allah dan Rasulullah SAW.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N