Langkau ke kandungan utama

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA.




Firman Allah: 


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At-Taubah 9:105).


Kejahatan, kemungkaran dan segala kerosakan yang sedang terjadi di zaman fitnah ini tidak melemahkan keyakinan dan semangat perjuangan segolongan manusia yang tetap pendiriannya. Mereka bukan saja mampu mempertahankan identiti Islam di kalangan mereka, bahkan mereka gigih berjuang untuk memperbaiki masyarakat. Inilah golongan-golongan yang lemah tetapi mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang padu.

Rasulullah SAW bersabda :
“Sentiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailah hari kiamat”


Namun untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-tengah kerosakan dan kegelapan zaman fitnah ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Thoifah-thoifah Islamiyah ini sentiasa diuji dan ditentang dengan berbagai macam fitnah dan ancaman. Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahwa Islam akan kembali asing.
Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk kekufuran sebagaimana Rasulullah dulu berhasil melakukannya iaitu dengan jalan berdakwah dan mendidik hati manusia. Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa yang merupakan peringkat zaman terakhir yang akan dialami umat Islam sebelum hari kiamat, setelah sekian lama umat Islam mengalami zaman fitnah.


Kejahatan, kemungkaran dan segala kerosakan yang berlaku sekarang penyakit pokoknya ialah penyakit rohani. Oleh itu, pakar untuk meneliti dan mengkajinya mestilah ulama rohani. Setidak-tidaknya orang yang faham tentang hal perjalanan hati dan rohani manusia. Cara mengubatinya juga perlulah dengan cara dan kaedah rohani. Usaha lahir yang dijalan oleh swasta atau kerajaan sekarang seperti mengadakan kem-kem motivasi dan sebagainya tidak salah. 
Ia boleh saja diteruskan asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak pula mengganggu program pemulihan rohaniah.


Penyakit rohani telah menjadi penyakit yang serious didalam masyarakat barat sekarang. Penyakit rohani ini telah menular keseluruh dunia termasuk disebelah Timur. Malaysia tidak terkecuali sama juga dilanda penyakit rohani. Sebab itu gejala sosial seperti pergaulan bebas lelaki perempuan, penagihan dadah dan permasaalahan masyarakat yang lain seperti persoalkan jati diri, penyakit jiwa menjadi-jadi. Untuk membina semula kekuatan jiwa, roh atau hati kita mesti cari jalan bagaimana generasi yang jiwanya tidak kosong, tidak gelisah, tidak dilanda risau dan runsing dan mempunyai fikiran yang stabil.


Masalah masyarakat seperti yang kita sebutkan di atas bukan berpunca dari masalah lahir. Ia berpunca dari masalah batin. Oleh itu tidak boleh dipulihkan dengan cara lahir. Mulai penyembuhan penyakit rohani ini dengan iman dan ilmu.
Musuh-musuh Tuhan sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat `toleransi` terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam.     


Maksud firman Tuhan:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. 
(Al-anfal,8:29).


Mari kita muhasabah diri atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. 


Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. 


Maksud firman Tuhan, "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah,2:286).


Penyakit rohani yang melanda masyarakat dunia tidak boleh dipulihkan, kalau kita membaikinya menggunakan akal semata-mata, lebih-lebih lagi dengan kehendak nafsunya kalau bukan dengan pimpinan Allah yang punya dunia Akhirat. Hiburan yang menyentuh akal akan menambah ilmu dan pengalaman. Hiburan yang menyentuh hati akan menambah rasa cinta dan takut kepada Tuhan, seterusnya mencetus rasa keinsafan, keimanan dan ketaqwaan. Akan tetapi, hiburan yang menyentuh nafsu akan merosakkan akhlak, peribadi, wibawa dan jati diri seseorang. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N