Langkau ke kandungan utama

APA BANGSA DAN AGAMA FITRAH TETAP SAMA.




Bapa Abu Khairullah

Abu Khairullah

Nenek Abu Khairullah
Gambar :Abu Khairullah, ibu dan ayahnya masuk Islam di tangan Abuya.Ganbar neneknya sedang berucap didalam pertemuan dengan Abuya.




PERJUANGAN FITRAH.
Tuhan bekalkan kita mata lahir dapat melihat perkara-perkara lahir. Tuhan bekalkan kita mata batin atau hati supaya ada perasaan. Tuhan bekalkan akal supaya kita boleh berfikir. Orang yang pandai bersyukur, contoh digunakan matanya untuk melihat ciptaan Allah supaya membantunya merasakan kebesaran Allah.


Tuhan bekalkan hati supaya kita pandai berperasaan. Pandai berperasaan adalah tanda kita bersyukur. Contoh orang telah berbakti dengan kita tanda berterima kasih kita pun berbudi kepada orang. Kita sibuk bekerja atau ada urusan lalu jiran tetangga tolong perhatikan
keselamatan rumah kita. Sebagai tanda bersyukur kita
ucapkan kata-kata terima kasih paling kurang bukannya buat selamba sahaja dan contoh-contoh lainnya. Orang yang tidak ada
perasaan adalah tanda sombong dengan Tuhan dan manusia.
Contoh kita bersama dengan orang pernah basuhkan berak dan kencing kita, kalaupun kita tidak tahu tentu ibu bapa pernah bercerita dengan kita.Sebagai tanda berterima
kasih sekurang-kurangnya
kita  lontar dengan ucapan yang baik kalau kita tidak mampu membalas jasa baik mereka. Betapalah ibu bapa kita, hingga Tuhan ingatkan
Kata-kata OH  pun tak boleh.


Saya teringat sewaktu umur
sebelum sekolah rendah, kami anak-anak Abuya ada keluarga angkat. Waktu itu kami tinggal di kampung Dato Keramat. Kami dididik hubungan berlaku bukan sekadar anak dengan ibu pengasuh tetapi jauh lebih daripada hubungan tersebut.


Kami rasakan mereka adalah
saudara yang ada kaitan talian darah. Begitu akrab Abuya mendidik kami dalam bersilaturahim. Ketika kami sudah besar mudah untuk
memahami Abuya adalah
Pejuang kasih sayang. Begitu juga contoh lain hubungan dengan guru Abuya. Setiap tahun beliau akan membawa keluarganya  menziarahi gurunya. Satu hari saya bertanya kepada Abuya, siapakah orang yang kita ziarahi setiap tahun ini?
Abuya menjawab soalan saya dia adalah guru bahasa yang mengenalkan Abuya pelajaran A B C. Saya begitu kagum akhlak Abuya menghormati orang yang lebih tua padanya hanya guru
A B C sahaja.


Mengimbau kembali bersama Abuya di bumi Filipina. Pada 27 mac 1994 buat pertama kali Abuya menjejakkan kaki di negara yang terkenal dengan agama roman katholiknya. Titik bermulanya barokah Abuya telah bertebaran di negara itu.Di mana kasih sayang Abuya dapat dirasai oleh orang-orang dikalangan agama
Kristian yang menjadi penduduk mejoriti.


Filipina merupakan negara yang akan menerima tempias kebangkitan semula Islam di sebelah Timur ini. Justeru itu kehadiran Abuya di Filipina bukan sekadar berjalan-jalan dan melihat-lihat negara orang tetapi membawa misi yang jauh lebih besar dari itu.


Fitrah yang hidup dan murni berlaku kepada semua manusia,tidak mengira agama atau bangsa. Contoh apa yang berlaku kepada sebuah keluarga orang kuat
gereja di Manila. Cucunya nakal keluarga orang kuat gereja tersebut tidak mampu
mengawal aktiviti negatif dan  keganasan  yang diketui oleh cucunya.


Ketika Abuya ke Manila, cucu dari keluarga tersebut bertemu Abuya dan akhirnya masuk Islam ditangan Abuya. Abuya beri nama Abu Khairullah. Kemudian Abuya diperkenalkan kepada neneknya. Ketika pertemuan berlaku nenek sebagai orang kuat Kristian itu terkejut kerana perubahan positif cucunya ditangan Abuya lalu dia berkata berulangkali terima kasih kepada Abuya. Inilah contoh fitrahnya masih murni dan hidup.


Pengalamn yang berlaku di negara agama rasminya adalah budha seperti di Thailand. Disana Abuya banyak bergerak di Bangkok ibu negara Thailand dan wilayah utara Thailand. Bahkan ketika di utara Thailand ramai yang Abuya Islamkan termasuk dikalangannya  wartawan.Bahagian keselamatan utara Thailand, walaupun tidak masuk Islam tetapi sangat bersimpati dengan Abuya.



Sepanjang Abuya di utara Thailand mereka eskot mengiringi perjalanan Abuya.
Ajaran Islam sama ada yang tersirat atau tersurat, zahiriah atau maknawiah, qat’ie atau ijtihad, semuanya ada di dalam Al Quran dan Hadis. Untuk memulakan model Islam is the way of live kita tidak perlu lagi merujuk walau seinci pun kepada mana-mana agama atau ideologi. Segala-galanya tersusun indah dan terpampang dalam sejarah. Model Islam itu walaupun telah pernah punah dilanyak oleh dunia Barat, kerana kesalahan umat Islam sendiri, namun Insya Allah ia mampu bangun semula. Ia akan sekali lagi menguasai dunia bersama kebangkitan Islam kali kedua yang sedang hebat melanda dunia kini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N