Langkau ke kandungan utama

BERKAT KEBANGKITAN.

BERKAT kebangkitan Islam yang kian memuncak di Malaysia, kerajaan  memberi laluan bagi perlaksanaan Islam.Ini satu perkembangan yang positif dan menarik. Walau apa pun tujuan membenarkan syariat dilaksana kan, namun ia telah memberi peluang yang baik kepada umat Islam untuk mula berfikir tentang hukum ALLAH ini. 
Pandangan ulama-ulama rohani tentang kebangkitan Islam sekali lagi di Akhir zaman. Sebelum
itu kita datangkan hadis-hadis
yang membenarkan pandangan
rohani seperti yakazah dan
mimpi yang benar menurut
Islam.
Syeikh Profesor DR. Abdussalam Al Harras dari Maghribi telah berkata bahwa beliau beritahu oleh Rasulullah dalam yakazahnya bahwa kebangkitan Islam  Timur itu tapaknya di Malaysia. Syeikh Abdussalam Harrats adalah mudir di Qarawiyyin University, Fez, Marokko.
Syeikh Abdul Nasir dari Mekah telah berkata bahwa Nabi SAW telah beritahu beliau bahwa orang-orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangan Imam Mahdi di TIMUR. Beliau kemudian pernah datang ke Malaysia. Beliau gembira dengan perkembangan Islam di Malaysia. 
- Syeikh Abu Mus’ab dari Jordan telah berkata bahwa Rasulullah memberitahukan kepada beliau secara yakazah bahwa : “Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam  di Timur, akan datang ke Jordan.” Ucapan Rasulullah itu beliau catat dalam buku catatannya.
-  Ummu Anas, isteri mantan menteri agama Jordan, datang ke Malaysia dan menceritakan bahwa Rasulullah telah memberitahu beliau bahwa Malaysia adalah sumber kebangkitan kurun ini.
-  Syeikh Abdul Jabbar dari Irak, telah memberitahukan bahwa beliau berkongsi panduan  dari Rasulullah SAW dan diberitahu bahwa Malaysia adalah tapak kebangkitan.
  -  Syeikh Abu Khalid As Syamar, pemimpin 30 juta orang suku Badui di Jazirah Arab. Beliau orang sangat menyokong perkembangan Islam di Malaysia.  Syeikh Abu Khalid dan setiap kali bertemu dengan orang Malaysia yang dikenalinya akan berkongsi apa yang dia dapat secara rohani tentang Malaysia san melahirkan kegembiraannya.
Syeikh Mahmud Effendi, syeikh tarekat Naqsabandi di Turki. Setiap kali bertemu dengan orang Malaysia yang dikenalinya akan menyatakan tentang kebangkitan Islam dari timur ianya bermula di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...